Skip to main content

Posts

Showing posts with the label herba

Jom Kenali 2 Jenis Bangun-Bangun!

Herba yang Mirip Oregano, Bangun-Bangun! Pokok bangun-bangun, bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, ati-ati hijau atau lemuju bukanlah oregano asli. Ia adalah sejenis herba aromatik yang sangat beraroma dan lazimnya digunakan di dalam masakan Mediterranean. Masyarakat India banyak menanam pokok bangun-bangun ini di sekitar laman. Ia boleh digunakan sebagai ulaman, herba ubatan dan sebagai tumbuhan hiasan yang menarik.  Terdapat 2 varieti pokok bangun-bangun iaitu bangun-bangun hijau ( Tropical oregano ) dan b angun-bangun batik ( Variegated tropical oregano ). BANGUN-BANGUN HIJAU NAMA SPESIES: PLECTRANTHUS AMBOINICUS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: AFRIKA SELATAN DAN AFRIKA TIMUR CIRI-CIRI: MEMPUNYAI AROMA KUAT SEAKAN OREGANO DAN TAIM DAUN BERBENTUK HATI DENGAN HUJUNGNYA MERUNCING DAUN MEMPUNYAI GERIGI DI SEKELILINGNYA BUNGA MAJMUK, KECIL DAN BERWARNA PUTIH BANGUN-BANGUN BATIK NAMA SPESIES: PLECTRANTHUS AMBOINICUS 'VARIEGATUS' KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: BERASAL DARI AFRIKA ATAU...

Apa Itu Bunga Telang?

  Bunga Telang, Pewarna Biru Nasi Kerabu ! Memiliki kelopak bunga berwarna ungu kebiruan yang begitu cantik dipandang, Bunga telang atau nama Inggerisnya butterfly pea adalah sejenis tumbuhan yang  memang sudah dikenali ramai di dalam penyediaan makanan dan kuih-muih. Ada yang mengambil bunga telang sebagai makanan ulam di Malaysia.  Bukan itu sahaja, bunga telang juga sering digunakan sebagai pewarna biru semulajadi  terutamanya dalam sajian nasi kerabu yang terhasil daripada sebatian anthocyanin dalam pigmen bunganya yang didapati memberikan bunga ini warna biru. NAMA SPESIES: CLITORIA TERNATEA KELUARGA: FABACEAE ASAL: AMERIKA SELATAN DAN ASIA CIRI-CIRI: TUMBUHAN JENIS MENJALAR DAN BERDAUN ELIPS BUNGA MEMILIKI KELOPAK BERBENTUK CORONG BUNGA BIRU TUA ATAU UNGU KEBIRUAN DENGAN TANDA KUNING DI TENGAH  TUMBUH DENGAN CEPAT DAN MENCAPAI KETINGGIAN 6-10 KAKI Kebaikan bunga telang Bunga telang turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan. Antaran...

Apa Itu Misai Kucing?

  Misai Kucing, Tumbuhan Herba Tradisional! Adakah anda kenal tanaman herba yang rupanya seakan kumis kucing iaitu Misai Kucing ? Pokok misai kucing atau nama inggerisnya Java Tea atau Cat's Whiskers popular sebagai tumbuhan untuk taman kerana bunganya yang cantik. Tumbuhan herba ini juga bukan semusim jadi ia boleh hidup lama. Herba misai kucing telah digunakan di Asia Tenggara sejak beratus tahun dahulu oleh para pengamal perubatan tradisional untuk merawat pebagai penyakit berkaitan buah pinggang dan pundi kencing. Bukan itu sahaja, Misai kucing mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke-20. NAMA SPESIES: ORTHOSIPHON ARISTATUS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: PERMUKAAN DAUNNYA LICIN DAN BERWARNA HIJAU DAUN TUMBUH TERSUSUN DALAM PASANGAN BERTENTANGAN BUNGANYA MEMPUNYAI FILAMEN PANJANG SEAKAN MISAI KUCING BATANG POKOK LAZIMNYA BERBENTUK SEGI EMPAT BERBULU PENDEK BOLEH MENCECAH K...

Apa Itu Sireh?

  Sireh, Tumbuhan Turun-Temurun Pelbagai Guna! Sebut sahaja sireh pasti anda akan terbayangkan tepak sireh yang digunakan dalam adat isitadat perkahwinan masyarakat Melayu. Tumbuhan yang dikenali sebagai Betel Pepper ini juga adalah suatu komponen utama dalam aktiviti mengunyah sireh yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Namun, perlu diingatkan, tabiat  mengunyah sireh  dengan buah pinang adalah tidak digalakkan kerana ia dipercayai boleh menyebabkan kanser mulut.   NAMA SPESIES: PIPER BETLE KELUARGA: PIPERACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: DAUN TUMBUH SECARA TUNGGAL BERSELANG-SELI DAUN BERBENTUK JANTUNG MERUNCING MENYERUPAI DAUN KADUK BERAKAR TUNJANG, BULAT BEWARNA COKLAT KEKUNINGAN BOLEH MENCECAH KETINGGIAN HINGGA 12 METER Sireh sering digunakan dalam perubatan tradisional kerana kelebihannya yang pelbagai. Antaranya: Membantu merawat masalah keputihan Membantu menghilangkan sakit tekak dan batuk berkahak Menyejukkan badan dan mengecutkan saluran pe...

Apa Itu Belalai Gajah?

  Belalai Gajah, Tumbuhan Penyembuh Penyakit Kronik! Sabah Snake Grass atau lebih mesra dikenali sebagai Belalai Gajah merupakan sejenis tumbuhan herba bersemak yang banyak khasiat dan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit termasuklah dalam mencegah kanser. Belalai gajah mempunyai rasa yang sedikit pahit dan merupakan sejenis herba popular di Asia Tenggara terutamanya dalam perubatan tradisional China dan Thailand. NAMA SPESIES: CLINACANTHUS NUTANS KELUARGA: ACANTHACEAE ASAL: CHINA, THAILAND, VIETNAM, MALAYSIA DAN INDONESIA CIRI-CIRI: TUMBUH MENEGAK DENGAN BATANG BERKAYU DAUN BERWARNA HIJAU GELAP DENGAN BUNGA MERAH MUDA BATANG LEMBUT MEMPUNYAI RUAS-RUAS BOLEH MENCECAH KETINGGIAN HINGGA 2.5 METER Sebahagian daripada kebaikan Belalai Gajah untuk kesihatan adalah: Mengawal diabetes Merawat tekanan darah tinggi  Merawat masalah buah pinggang   Membantu melawan kanser  Melegakan ketidakhadaman  Merawat gigitan kala jengking, ular dan serangga  Membant...

Apa Itu Pudina Coklat?

 Pudina Coklat, Tumbuhan Beraroma Mint Segar Bercampur Koko!           Jika anda peminat coklat, anda mungkin menyukai pudina unik ini. Pudina coklat atau Chocolate Mint  merupakan kultivar Peppermint yang boleh dibezakan dari segi batang pokoknya yang agak gelap dan berwarna coklat. Pudina coklat menjadi tarikan kerana daunnya yang beraroma lembut, gabungan pudina dan koko. NAMA SPESIES: MENTHA × PIPERITA F. CITRATA 'CHOCOLATE' KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: EROPAH DAN TIMUR TENGAH CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU GELAP DENGAN BUNGA BERWARNA LAVENDER BATANG POKOK BERSEGI BERWARNA COKLAT GELAP BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN DALAM 2 METER Antara  kelebihan  yang terdapat pada Pudina Coklat adalah: Untuk mengubati demam Untuk merawat sakit kepala Untuk meningkatkan kualiti tidur Untuk melegakan masalah ketidakhadaman Untk meredakan stress dan anxiety Pudina coklat sering dijadikan tanaman tutup bumi serta digunakan dalam masakan dan minuman terutaman...

Apa Itu Tulasi?

Tulasi, Herba Sakti yang Sohor di India! Tulasi dikenali dengan pelbagai nama, antaranya Tulsi, Holy Basil dan Indian Basil . Tumbuhan ini diberi nama Holy Basil kerana dianggap sebagai sacred plant  serta dipercayai membawa maksud "the incomparable one".  NAMA SPESIES: OCIMUM TENUIFLORUM KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: INDIA CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERBULU HALUS DAUN BERWARNA KEHIJAUAN ATAU UNGU DAUN OVATE DAN BERGERIGI DI TEPI TINGGI POKOK ANTARA 30-60CM Tulasi terkenal dalam perubatan ayuverdik kerana dipercayai mampu merawat, mencegah dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Antaranya: Meredakan migrain, mengurangkan insomnia dan anxiety Merawat demam, selsema dan perut berangin  Melegakan sengatan dan gigitan serangga Merawat masalah gangguan usus  Mencegah penuaan pramatang Menurunkan paras gula dalam darah Menguatkan sistem imun badan Mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung Mengurangkan stress Menyeimbangkan sistem metabolisma badan Selain dimakan atau dibuat...

Apa Itu Sambung Nyawa?

  Sambung Nyawa, Tumbuhan Herba Pengubat Pelbagai Penyakit!           Selain Sambung Nyawa Batik, tumbuhan Sambung Nyawa juga ditanam di Kebun Reyhan kami.  Tumbuhan yang mendapat jolokan 'Daun Dewa' ini merupakan sejenis pokok herba yang berpotensi untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Sambung Nyawa atau nama lainnya Akar Sebiak banyak digunakan dalam perubatan di Asia Tenggara contohnya di Malaysia, Thailand dan Indonesia.  NAMA SPESIES: GYNURA PROCUMBENS KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: CINA, ASIA TENGGARA DAN AFRIKA CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN     Sebenarnya, b anyak manfaat yang boleh diperoleh dari Sambung Nyawa. Air rebusan daun Sambung Nyawa segar boleh diminum sebagai ubat manakala daun segar yang digiling sehingga lumat boleh dijadikan ubat pupuk untuk disapu di tempat yang sakit.  Antara  manfaat Sambung Nyawa untuk kesihatan adalah: Menurunkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol Merawat mas...

Apa Itu Selasih Thai?

  Selasih Thai, Selasih Popular dalam Sajian Thai!          Pernah dengar tentang Selasih Thai ? Penggunaan Selasih Thai atau Thai Basil amat popular dalam masakan Thai, Vietnam, Laos dan Kemboja kerana keunikan rasanya. Daun Selasih Thai mengeluarkan aroma manis seakan bunga cengkih dan likuoris dengan rasa sedikit pedas. NAMA SPESIES: OCIMUM BASILICUM VAR. THYRSIFLORA KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG BERKILAT DAN SEDIKIT BERGERIGI BUNGA SELASIH BERWARNA MERAH JAMBU KEUNGUAN BATANG SELASIH BERWARNA UNGU KETINGGIAN POKOK SETINGGI 45CM Kebaikan Selasih Thai dari aspek kesihatan adalah: Untuk menguatkan tulang Untuk mencegah kanser Untuk melindungi daripada jangkitan bakteria Untuk merawat rheumatoid arthritis Untuk mengurangkan stress dan kegelisahan ( anxiety )      Selasih Thai merupakan antara spesies selasih yang ditanam di Kebun Reyhan. Jadikan tumbuhan Selasih Thai sebagai pelengkap landskap k...

Apa Itu Radish Merah?

  Radish Merah, Radish Bulat Comel Berwarna Merah!      Radish Merah atau nama lainnya Cherry Belle Radish merupakan sejenis tumbuhan yang cepat bercambah dan mengeluarkan umbi merah bersaiz kecil. Umbinya mempunyai rasa yang agak pedas dan sedap dimakan mentah atau dimasak. Bukan itu sahaja, Radish Merah juga kaya dengan Vitamin C, zat besi dan kalsium. NAMA SPESIES: RAPHANUS SATIVUS KELUARGA: BRASSICACEAE ASAL: CINA CIRI-CIRI: TUMBUHAN SEMUSIM YANG TUMBUH MENEGAK TUMBUH DARI AKAR UMBI YANG KECIL ISI RADISH KEBIASANNYA BERWARNA PUTIH KETINGGIAN POKOK ANTARA 20-100CM Apakah kelebihan makan Radish Merah? Mengurangkan risiko kanser Menaikkan selera makan dan meningkatkan fungsi penghadaman Merawat asma dan sakit dada Menurunkan risiko kencing manis Meningkatkan fungsi hati Nak tanam pokok Radish Merah di laman kediaman anda? Dapatkan anak pokok Radish Merah terus dari Kebun Reyan kami dengan membuat pembelian di: Lazada:   https://www.lazada.com.my/shop/herb...

Apa Itu Turi?

Tanaman Herba Tropika, Pokok Turi!      Vegetable hummingbird atau Pokok Turi merupakan tumbuhan renek bercabang banyak yang tumbuh dengan subur di kawasan tropika panas dan lembap. Mempunyai jangka hayat selama 20 tahun, tumbuhan ini mampu bertahan dalam cuaca kemarau selama 9 bulan. Namun begitu, dahan Turi mudah patah apabila ditiup angin kencang. NAMA SPESIES: SESBANIA GRANDIFLORA KELUARGA: FABACEAE ASAL: SELATAN ASIA & ASIA TENGGARA  CIRI-CIRI: DAUN TURI BERBENTUK OBLONG HINGGA ELIPTIK BUNGA TURI BERBENTUK KACANG PEA DAN BERSAIZ BESAR MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SETINGGI 15M Apakah kelebihan Pokok Turi? Menurunkan tekanan darah Mencegah penyakit Alzheimer Meredakan migrain dan sakit kepala Meningkatkan sistem imun tubuh Membantu tumbesaran janin Merawat demam dan rheumatism      Pucuk Turi bukan sahaja terkenal dengan kandungan proteinnya yang tinggi malahan sangat popular dalam masakan sayur Turi masak lemak. Teringin nak tanam pokok Turi ...

Apa Itu Selasih Limau?

 Selasih Limau, Tumbuhan Segar Berbau Lemon!      Tahukah anda, terdapat lebih kurang 50-150 spesies Selasih yang telah dikenalpasti di seluruh dunia! Salah satu spesies Selasih yang terkenal adalah Selasih Limau ataupun Lemon Basil.  Selasih Limau merupakan spesies Selasih yang unik kerana daunnya mengeluarkan aroma seakan lemon yang menyegarkan sehingga menjadi antara tumbuhan favourite dalam   penyediaan potpourri. NAMA SPESIES: OCIMUM X CITRIODORUM KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: AFRIKA CIRI-CIRI: DAUN MERUNCING DAN SEDIKIT BERGERIGI DAUN MENGELUARKAN AROMA LEMON YANG KUAT BUNGANYA KECIL BERWARNA PUTIH TUMBUH SETINGGI 20-40 CM Antara manfaat Selasih Limau dari aspek kesihatan adalah: Untuk merawat jangkitan bakteria dan parasit usus Untuk meredakan demam dan selsema Untuk membantu mengatasi masalah penghadaman Untuk meredakan migrain Untuk merawat jerawat, sengatan serangga dan jangkitan kulit     Daun, bunga dan biji Selasih Limau boleh dim...

Apa Itu Lavender?

Lavender, Tumbuhan Berbunga Wangi dan Cantik!      Sebut sahaja nama Lavender pasti anda dapat membayangkan baunya yang wangi lagi menenangkan. Tumbuhan romantik ini diusahakan secara meluas di negara-negara beriklim sederhana. Namun, di Malaysia, Lavender juga telah ditanam secara komersial terutamanya di kawasan tanah tinggi. NAMA SPESIES: LAVANDULA ANGUSTIFOLIA KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: KAWASAN MEDITERRANEAN, SEMENANJUNG ARAB DAN RUSIA  CIRI-CIRI: BATANG BERBULU LEMBUT DAN BERSEGI DAUN BERBENTUK LINEAR DAN BERBULU HALUS BUNGA BERWARNA UNGU KEBIRUAN TUMBUH SETINGGI 1-2M Antara kelebihan Lavender adalah: Mengurangkan kegelisahan dan stress Mengurangkan sensasi kepanasan bagi wanita menopause  Mencegah masalah penghadaman Merawat kulat kaki dan kurap  Meredakan migrain dan sakit kepala Merawat masalah pernafasan Melancarkan peredaran darah Merawat ekzema      Bunga Lavender yang dipetik segar atau yang telah dikeringkan boleh digunakan dalam...

Apa Itu Rosmari?

Tumbuhan Herba Beraroma, Rosmari!      Rosmari atau nama Inggerisnya Rosemary merupakan sejenis tumbuhan rimbun beraroma yang kebiasaannya dijumpai di kawasan beriklim sederhana dan berhampiran laut. Tumbuhan ini juga boleh ditanam di Malaysia kerana Rosmari menyukai cuaca panas kering dan boleh ditanam di pelbagai jenis tanah asalkan ia bersaliran baik. NAMA SPESIES: ROSMARINUS OFFICINALIS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: SELATAN PERANCIS DAN KAWASAN MEDITERRANEAN CIRI-CIRI: MERUPAKAN TUMBUHAN JENIS RIMBUN DAUN BERBENTUK JARUM DAN AROMATIK BUNGANYA KECIL BERWARNA UNGU KEBIRUAN KETINGGIAN POKOK LAZIMNYA ANTARA 1.5-3 METER Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari tumbuhan Rosmari adalah: Untuk melegakan sakit perut, sembelit, kembung perut dan cirit-birit Untuk dijadikan detoks Untuk menguatkan memori Untuk meredakan sakit-sakit badan Untuk merawat migrain Untuk melancarkan peredaran darah Untuk menyegarkan nafas Untuk meningkatkan kesihatan kulit     Daun Rosmari...

Apa Itu Cincau Hitam?

  Cincau Hitam, Bahan Mentah Agar-Agar dan Cincau yang Enak!      Suka makan cincau? Tahukah anda, cincau sebenarnya berasal dari tumbuhan? Cincau Hitam atau nama Inggerisnya Black Grass Jelly adalah sejenis tumbuhan berbatang lembut yang membiak dengan cepat jika diberi air dan baja yang cukup. Selain Cincau Hijau, Cincau Hitam juga sering digunakan sebagai bahan mentah untuk membuat agar-agar atau cincau.   NAMA SPESIES: MESONA CHINENSIS KELUARGA: LAMIACEAE  ASAL: INDIA, MYANMAR, INDOCINA CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK OVATE HINGGA HAMPIR BULAT . BATANGNYA ADA YANG BERBULU HALUS ATAU TIDAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH, KEMERAHAN, BIRU CAIR HINGGA KEUNGUAN TINGGI POKOK ANTARA 15-100CM Manfaat yang boleh anda dapati dari Cincau Hitam adalah: Untuk mengubati hipertensi Untuk mencegah diabetes Untuk melegakan sakit sendi Untuk merawat penyakit hati Untuk merawat deman dan sakit tekak       Nak tahu bagaimana proses pembuatan Cincau Hitam?...

Apa Itu Sundal Malam?

Bunga Mekar & Harum Semerbak di Malam Hari, Sundal Malam!     Dalam banyak-banyak bunga, bunga apakah antara yang paling wangi di dunia ini? Jawapannya, bunga Sundal Malam! Walaupun nama bunga ini mengingatkan kita tentang filem Melayu Pontianak Harum Sundal Malam, namun pokok bunga ini tidak perlu ditakuti, kerana ia bukan sahaja sangat wangi malah memikat hati. Selain itu, pokok bunga Sundal Malam dikenali juga dengan nama Inggerisnya, iaitu Tuberose. NAMA SPESIES: POLIANTHES TUBEROSA KELUARGA: ASPARAGACEAE ASAL: MEXICO CIRI-CIRI: SEJENIS TANAMAN BERUMBISI ATAU TUBER MEMPUNYAI DAUN MEMANJANG BERWARNA HIJAU TERANG MEMPUNYAI BUNGA BERLILIN BETRWARNA PUTIH TINGGI POKOK KURANG DARI 3 METER   Apakah kelebihan Sundal Malam? Untuk mencegah anemia Untuk mengatasi influenza dan selsema Untuk melegakan sakit tekak Untuk mengurangkan insomnia Untuk merawat dan mengurangkan simptom katarak Untuk menguatkan sistem imun       Kewangian Sundal Malam tidak aka...

Apa Itu Pudina?

Pudina, Tumbuhan Harum Berangin!      Pudina atau Wild Mint merupakan sejenis tumbuhan herba perennial yang banyak kegunaannya. Pudina digunakan secara meluas dalam menghasilkan pelbagai produk komersial seperti produk kebersihan diri, ubat-ubatan dan makanan.  NAMA SPESIES: MENTHA ARVENSIS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: EROPAH DAN ASIA CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK ELIPTIK-OVATE DAN BERGERIGI DI TEPI MEMPUNYAI URAT DAUN YANG NYATA BUNGANYA MUNCUL DI ANTARA DAUN TUMBUH SETINGGI 10-60CM  Antara kelebihan Pudina dari segi perubatan adalah: Untuk meredakan sakit kepala Untuk melegakan sakit perut  Untuk menghilangkan nafas berbau Untuk merawat gigitan serangga Untuk merawat selsema dan sakit tekak Untuk mengatasi morning sickness      Selain dijadikan perisa makanan seperti aiskrim, tumbuhan Pudina yang mempunyai lebih kurang 30 jenis varieti ini juga sering dijadikan ramuan teh herba yang menyegarkan. Jika anda berminat untuk menanam tumbuhan Pu...