Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

6 Jenis Mint yang Ditanam dan Dijual Dari Kebun Reyhan

  Pudina, Tumbuhan Harum Berangin!      Pokok pudina adalah salah satu bau yang paling mudah dikenali, digunakan dalam berpuluh-puluh gula-gula dan pencuci mulut. Pudina digunakan secara meluas dalam menghasilkan pelbagai produk komersial seperti produk kebersihan diri, ubat-ubatan dan makanan. Kebanyakannya mengenali spearmint dan pudina, tetapi tahukah anda sebenarnya ada banyak jenis tumbuhan pudina wujud?       Selama beribu-ribu tahun, pudina telah ditanam untuk kegunaan perubatan. Rasa pudina menyegarkan selain ia turut menyihatkan. Minyak patinya digunakan secara meluas dalam produk yang dikilangkan seperti ubat gigi, gel mandian dan ubat-ubatan      Dalam senarai ini, adalah beberapa jenis pudina yang terdapat di Kebun Reyhan kami di Hulu Langat. Anda boleh menanam serta menggunakan aroma dan perisa yang unik. Anda akan terkejut dengan pelbagai jenis perisa yang boleh anda tanam. Ini antara pokok mint yang ditanam dan dijaga secara organik di Kebun Reyhan. 1. Japanese Pepperm

Apa Itu Ceri Barbados?

Ceri Barbados, Buah Ceri Sarat Vitamin C!      Siapa yang suka menanam pokok yang cantik dan membuahkan hasil (boleh dimakan), ini pokok untuk anda. Ceri Barbados atau nama lainnya ceri Cina, Acerola dan Barbados cherry merupakan sejenis tumbuhan renek yang mana buahnya seakan-akan buah epal yang bersaiz kecil yan terbentuk secara gugusan. Buah ceri Barbados mempunyai rasa yang manis dan sedikit kelat. NAMA SPESIES: MALPIGHIA EMARGINATA KELUARGA: MALPIGHIACEAE ASAL: AMERIKA SELATAN DAN AMERIKA TENGAH CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK RINGKAS BERWARNA HIJAU GELAP BUNGANYA KECIL-KECIL BERWARNA MERAH JAMBU BUAH BERKILAT, MERAH TERANG MIRIP EPAL KECIL BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN MATANG SEHINGGA 12 KAKI Pokok Ceri Barbados Antara manfaat kesihatan yang terdapat pada ceri Barbados adalah: Mengawal kencing manis Meningkatkan memori dan daya ingatan Menguatkan sistem imunisasi badan Meningkatkan metabolism badan Menguatkan tulang dan gigi Melancarkan pencernaan Mencegah penyakit jantung Melambatkan

Apa itu Buah Tarap?

  Buah Tarap Popular Di Sabah? Dr Irfan     Bagi penggemar buah tempatan, sudah tentu kita teruja apabila tibanya musim durian atau dikenali sebagai raja segala buah. Apatah lagi pada musim durian tiba, kawasan pasar atau tepi jalan pasti menjadi tumpuan orang ramai membeli. Namun berbeza dengan orang di Sabah, buah eksotik popular dan diminati masyarakat adalah buah tarap atau dikenali sebagai "timadang" dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun.       Buah Tarap adalah salah satu buah-buahan tempatan negeri Sabah yang sangat terkenal dengan rasa yang cukup sedap. Pokok buah tarap mudah tumbuh dan subur di kawasan Sabah yang beriklim tropika. Ketika anda cuba makan buah tarap ini pasti akan sedar betapa bertuahnya dapat merasa buah tarap kerana ada rasa manisnya lain dari rasa manis buah yang lain.  Buah tarap     Pokok dan buah ini dipercayai memang berasal dari Borneo atau Filipina. Buah ini juga dikenali sebagai Kiran di Sarawak. Buah ini mempunyai rupa bentuk yang bulat da

Khasiat Pokok Kelor Sebenar

Apa Khasiat Pokok Kelor Sebenarnya? Dr Irfan     Ramai yang mengemari buah kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera dari keluarga Moringacea kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Pokok ini dikenali dengan pelbagai nama sepeerti pokok drumstik (horse-radish tree), murunga (Sri Langka), melungai atau mulangai:   முருங்கை  (India),  辣木 (China) , atau marum:  มะรุม   (Thailand) . Buah kelor      Pokok Kelor sebenarnya mengandungi lebih tinggi vitamin C berbanding dengan buah oren dan lebih kandungan protein jika dibanding dengan kacang pea manakala kandungan kalsium lebih tinggi daripada susu dan kaliumnya lebih tinggi daripada pisang sementara kandungan zat besi lebih tinggi daripada bayam (spinach). Sangat menakjubkan betul tak?      Pokok kelor NAMA SAINTIFIK: MORINGA OLEIFERA NAMA MALAY: MERUNGGAI, KELOR, KACANG KELOR NAMA INGGERIS:  MORINGA, HORSE RADISH TREE, DRUMSTICK TREE ASAL:  INDIA &a

Siapa mahu melawat kebun Pokok Zaitun di Çanakkale, Turki?

  Mahu pergi Canakkale, Turki? Jom jadi Agent Dr Sweet! Dr Irfan      Jika anda ingin bercuti di Turki, anda patut melawat kampung saya iaitu di Canakkale, Turki. Di kampung saya ada kebun yang penuh dengan pokok zaitun.  Canakkale, Turki Kebun zaitun keluarga Dr Irfan di Turki      Majoriti penduduk Malaysia mesti pernah dengar pokok zaitun kan? Pokok zaitun merupakan tumbuhan paling tua di dunia dari kawasan Mediterranean dengan umur pokok yang sangat lama dan dilaporkan mampu hidup sehingga lebih 1,000 tahun.      Pokok ini boleh tahan dalam suhu yang panas dan kemarau tanpa perlu siram selama bertahun-tahun tetapi ia juga boleh mati sekiranya akarnya terendam dalam air selama seminggu. Buah zaitun ini juga merupakan sejenis buah yang telah ditanam dan digunakan sejak zaman purba Mesir lagi. Pokok zaitun turki    Buah zaitun bersaiz kecil dan lonjong. Buah ini berwarna hijau semasa muda dan bertukar merah, ungu gelap dan kehitaman apabila matang. Kulit buah yang licin, berkilat atau