Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tamanherbamini

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Melur

 Harum an kuat dan manis, Bunga Melur!     Pokok bunga Melur merupakan antara tumbuhan berbunga yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Tumbuhan berbunga harum  a mat popular terutamanya dalam industri penghasilan minyak wangi. Terdapat lebih dari 200 spesies tumbuhan Melur yang telah dikenalpasti dan bunganya terdiri daripada warna putih, kuning mahupun merah. Selain nama Melur, tumbuhan ini turut dipanggil sebagai Jasmine, Melati dan Sri Gading. NAMA SPESIES: JASMINUM SAMBAC KELUARGA: OLEACEAE ASAL: ASIA TROPIKA CIRI-CIRI: BUNGA BERWARNA PUTIH BERBAU HARUM DAUN BERBENTUK OVATE , LICIN DAN BERBULU HALUS DI BAWAH PERMUKAAN DAUN TUMBUHAN MALAR HIJAU JENIS BELUKAR RENEK KETINGGIAN POKOK ANTARA 0.5 - 3 METER  Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok bunga Melur adalah: Merawat sakit mata dan asma Merawat masalah resdung Merawat gigitan serangga berbisa Mengurangkan sakit kepala dan stres Menguatkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol Men...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Subang Nenek

Subang Nenek,  Anestetik dan Penambah Perisa Semulajadi!     Jika anda kunyah daun Subang Nenek, anda akan mengalami sensasi seperti meletakkan bateri 9V  pada lidah dan jika anda kunyah bunganya, mata akan mula berair dan air liur akan mula memenuhi mulut sehingga anda terasa seperti hendak muntah.      Subang Nenek merupakan sejenis tumbuhan yang sangat unik kerana bunganya apabila dimakan akan memberi efek seperti dibius kekebasan. Disebakan itu, Subang Nenek diberi jolokan 'Toothache Plant' dan dikenali sebagai Electric Daisy. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'Eyeball plant' dan 'Butang Baju Siti Fatimah' disebabkan rupa bunganya yang seakan-akan bebola mata atau butang baju.   NAMA SPESIES: ACMELLA OLERACEAE KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: BRAZIL CIRI-CIRI: BUNGA KECIL-KECIL DAN TUMBUH SECARA   KLUSTER BUNGA BERWARNA MERAH BERCAMPUR KUNING KEEMASAN BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN LICIN DAN DAUNNYA BERBENTUK OVATE   KETINGGIAN POK...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Cina Titan

Bunga Cina Titan, Pokok Berbunga Putih Krim yang Sangat Wangi!           Bunga Cina Titan  atau lebih mesra dikenali sebagai Tahitian Gardenia  merupakan tumbuhan berbunga yang dipercayai berasal dari pantai dataran tinggi Selatan Pasifik. Bunganya yang bersaiz besar bukan sahaja cantik dipandang malah mengeluarkan aroma kuat yang manis dan wangi. NAMA SPESIES: GARDENIA TAITENSIS KELUARGA: RUBIACEAE ASAL: SELATAN PASIFIK CIRI-CIRI:  POKOK RENEK TROPIKA YANG MALAR HIJAU  BUNGANYA BERWARNA PUTIH KRIM YANG AMAT WANGI  DAUNNYA HIJAU GELAP DAN BERKILAT BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 4 METER Antara kelebihan Bunga Cina Titan adalah: Membantu mengatasi masalah sakit kepala Bersifat antiseptik dan anti inflamasi Sebagai tanaman hiasan berbunga yang harum      Anda juga boleh menikmati homemade tea Bunga Cina Titan bersama Stevia. Ambil campuran bunga dan daunnya dan racik-racikkan sehingga penuh 1/4 cawan. Kemudian, ...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Limau Kasturi

  Limau Kasturi, Tumbuhan Sitrus Kaya Antioksidan!      Limau Kasturi adalah antara buah sitrus yang selalu digunakan dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara terutamanya dalam masakan dan minuman. Tumbuhan sitrus ini mudah ditanam dan hidup subur dalam keadaan cuaca di Malaysia.       Calamansi, Calamondin, Phillippine Lime dan Philippine Lemon adalah nama lain bagi Limau Kasturi. Selain mengeluarkan aroma yang wangi, Limau Kasturi kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Menurut kajian yang dilakukan oleh MARDI, 3 biji buah limau kasturi mengandungi kandungan antioksidan Phoretin dan Vitexin bersamaan dengan 10 biji epal dan ianya jauh lebih tinggi dari teh hijau! '  NAMA SPESIES: CITRUS MICROCARPA  KELUARGA: RUTACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU MUDA KE HIJAU TUA MEMPUNYAI BUNGA BERWARNA HIJAU MUDA KE HIJAU TUA BUAH BERBENTUK SEPERTI BUAH LIMAU LEBIH KURANG BESAR IBU JARI MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Pokok Selasih

  Tanaman Semusim, Pokok Selasih!      Ramai di antara kita yang tidak mengenali apa itu tumbuhan Selasih. Tanaman renek ini sangat popular dalam kalangan tukang masak di negara Eropah khususnya dalam masakan Itali seperti pizza margarita, pasta dan sup tomato.      Pokok Selasih merupakan antara tumbuhan yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet . Tumbuhan ini mengeluarkan aroma yang agak berangin seakan-akan pudina. Selain nama Selasih, tumbuhan ini turut dikenali dengan pelbagai nama lain seperti  Sweet Basil, Kemangi, Holy Basil dan Thulasi. NAMA SPESIES: OCIMUM BASILICUM KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: INDIA CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK OVAL BERWARNA HIJAU PEKAT BUNGA TERDAPAT DI DAHAN DAN DI HUJUNG BATANG POKOK TERDAPAT RERAMBUT HALUS BERWARNA JERNIH DI BAWAH PERMUKAAN DAUN KETINGGIAN POKOK ANTARA 60 - 70 CM      Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok Selasih adalah seperti berikut: Melancarkan peredaran darah Menghi...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Ulam Raja

  Ulam Raja, Mahkota Segala Ulam!       Pokok Ulam Raja merupakan suatu khazanah herba yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Disebabkan khasiatnya yang pelbagai, tradisi memakan ulam-ulaman telah menjadi amalan masyarakat Melayu sejak turun-temurun.        Di Taman Herba Mini Dr Sweet, kami juga menanam tumbuhan Ulam Raja. Selain dikenali sebagai Ulam Raja, tumbuhan luar biasa ini turut mempunyai beberapa nama lain seperti King Salad , Intan Berayun dan Kenikir. NAMA SPESIES: COSMOS CAUDATUS KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: AMERIKA LATIN CIRI-CIRI: DAUN ADALAH BERGARIS DAN BERBENTUK OVAL ATAU SEGI TIGA ANAK DAUN BERWARNA HIJAU TUA, KESAT DAN RUNCING BERBUNGA KECIL BERWARNA UNGU ATAU KUNING MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 2 METER        Manfaat Ulam Raja untuk kesihatan adalah seperti berikut: Melancarkan peredaran darah dalam badan Mencuci darah daripada bahan toksik Menguatkan tulang Merencatkan aktiviti sesetengah fungus at...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Kenanga

  Bunga yang sangat harum, bunga Kenanga!      Terdapat beberapa spesies pokok bunga yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Antara tumbuhan yang tumbuh mekar di taman kami adalah pokok bunga Kenanga. Pokok bunga Kenanga dikenali juga dengan pelbagai nama lain dari pelbagai bahasa, antaranya Y lang-Ylang, Lana-Lana, Kenongo dan Mato'oi. NAMA SPESIES: CANANGA ODORATA KELUARGA: ANNONACEAE ASAL: NATIF DI KAWASAN INDO MALAYAN CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU PEKAT DAN URAT DAUN JELAS KELIHATAN BUNGA KENANGA ADALAH DALAM BENTUK SATU JAMBAK KELOPAK BUNGA ADALAH PANJANG DAN SERING BERGULUNG MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN ANTARA 5 - 20 METER      B unga Kenanga adalah suatu tumbuhan unik yang sering meraih perhatian dalam tradisi majlis perkahwinan masyarakat Melayu turun temurun. Bukan sahaja popular, bunga Kenanga merupakan antara kuntuman bunga yang wajib disertakan untuk dijadikan bunga rampai.          Minyak ekstrak dari bunga...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Apa Itu Lemon Myrtle?

Lemon Myrtle, Ratu Herba Limau!      Lemon Myrtle atau nama lainnya limau Myrtle , limau wangi dahan besi dan serai pedas adalah sejenis tumbuhan herba yang mengeluarkan aroma lemon yang bukan sahaja wangi malah menyegarkan. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari Queensland, Australia ini merupakan antara tumbuhan herba yang mampu hidup subur dalam keadaan cuaca di Malaysia dan turut ditanam di kebun kami di Serdang.  NAMA SPESIES: BACKHOUSIA CITRIODORA KELUARGA: MYRTACEAE ASAL: SUBTROPIKA AUSTRALIA CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN BERBENTUK MATA TOMBAK BUNGA BERWARNA PUTIH KRIM DAN BERKELOMPOK DI HUJUNG DAHAN MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 20 METER     Daun Lemon Myrtle yang dihancurkan mengeluarkan wangian sitrus lemon yang amat kuat sehingga mendapat gelaran 'The Queen of Lemon Herbs'. Selain itu, pokok Lemon Myrtle juga dikatakan berbau lebih seperti lemon berbanding lemon sendiri.     Lemon Myrtle kian popular dalam kalangan pencinta herb...

Apa Itu Mulberi?

Mulberi, Tumbuhan Comel Yang Penuh Khasiat!      Salah satu tumbuhan yang ditanam di kebun Steviasugar Corporation adalah pokok Mulberi. Pokok Mulberi merupakan tumbuhan yang popular kerana ditanam secara meluas oleh pengeluar benang sutera untuk dijadikan makanan ulat sutera. Selain nama Mulberi, pokok ini juga dikenali sebagai Bebesaran atau Kertau. Terdapat lebih daripada 10 spesies pokok Mulberi yang ditanam di kebun kami di Ladang Stevia Hulu Langat. NAMA SPESIES: MORUS KELUARGA: MORACEAE ASAL: BENUA ASIA, AMERIKA LATIN, AFRIKA  CIRI-CIRI: DAUN POKOK BERURAT, BERCUPING DAN TEPINYA BERGERIJI BUAH BERBENTUK MAJMUK DAN SAIZNYA DALAM 2-3 CM PANJANG MUDAH DIBIAKKAN SECARA KERATAN BATANG ATAU KAEDAH TUT KETINGGIAN POKOK JARANG MELEBIHI 10-15 METER     Bukan sahaja buah Mulberi, daun pokok Mulberi juga terkenal dengan pelbagai khasiat semulajadi. Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok Mulberi adalah: Mengawal dan mengurangkan kolestrol da...

Herbal Talk: Tropical Oregano dan Ginger Bush

Kenali 2 jenis herba, Tropical Oregano dan Ginger Bush!      Terdapat pelbagai jenis tanaman herba yang ditanam di Kebun Steviasugar Corporation. Antaranya adalah pokok Bangun-Bangun ataupun lebih mesra dikenali sebagai Tropical Oregano serta pokok Ginger Bush.  Kedua-dua spesies herba ini terkenal dengan aroma herba yang wangi dan menenangkan. NAMA SPESIES:  PIECTRANTHUS AMBOINICUS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: KENYA HINGGA AFRIKA SELATAN, SEMENANJUNG ARAB, INDIA CIRI-CIRI: DAUN BERSAIZ SEDERHANA BESAR BERBENTUK HATI DAUN TEBAL DAN SEKELILING DAUN BERGERIGI DAUN MEMPUNYAI AROMA YANG KUAT SEPERTI OREGANO MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1.2 METER      Pokok Tropical Oregano mempunyai pelbagai nama gelaran seperti pokok ubat batuk, hati-hati hijau dan Cuban Oregano. Selain itu, daun Tropical Oregano mempunyai aroma yang lebih kuat daripada Greek Oregano. Disebabkan aromanya seakan Oregano, daun pokok Tropical Oregano sering digunakan dalam m...

Apa Itu Stevia?

       Stevia, Pemanis Semulajadi! NAMA SPESIES:  STEVIA REBAUDIANA BERTONI  KELUARGA:  ASTERACEAE ASAL:   AMERIKA SELATAN TERUTAMANYA PARAGUAY & BRAZIL CIRI-CIRI: TUMBUHAN HERBA BERBATANG LEMBUT  DAUN BERBENTUK BUJUR  MENGELUARKAN BUNGA-BUNGA KECIL BERWARNA PUTIH MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN >1 METER      Stevia Rebaudiana adalah sejenis tumbuhan yang sangat unik kerana daunnya terkenal dengan rasa yang manis. Tumbuhan yang berasal dari Amerika Selatan ini lebih mesra dikenali sebagai Stevia . Disebabkan rasanya yang manis, Stevia juga digelar sebagai daun manis, pokok gula serta candyleaf.       Banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada tumbuhan herba Stevia ini. Antaranya:  Menurunkan paras gula dalam darah Mengurangkan tekanan darah tinggi Menurunkan paras kolestrol Mengurangkan masalah keradangan Mengurangkan risiko kanser Membantu untuk mengawal berat badan Menguatkan sistem i...

Taman Herba Mini Dr Sweet

Pelbagai Jenis Tumbuhan di Taman Herba Mini Dr Sweet!     Di samping mengusahakan ladang di Serdang dan Hulu Langat, Dr Irfan Unal turut mengusahakan taman herba mini beliau sendiri di Ibu Pejabat SteviaSugar Corporation. Jika anda berkunjung ke HQ kami, anda boleh melihat terdapat pelbagai spesies tumbuhan dan tanaman herba yang ditanam di halaman bangunan pejabat.       Tumbuhan-tumbuhan tersebut merupakan antara spesies tumbuhan yang mampu bertahan dalam keadaan iklim di Malaysia. Antara tumbuhan yang terdapat di taman herba mini adalah pohon Stevia, pokok limau kasturi, ulam raja, mulberi dan lemon myrtle . Selain mengindahkan pemandangan, tumbuhan-tumbuhan ini terkenal dengan pelbagai khasiat menarik yang bermanfaat dari segi kesihatan.     Bukan sekadar menyejukkan mata yang memandang, tumbuhan-tumbuhan di taman herba mini Dr Sweet juga boleh menjadi sumber inspirasi kepada para pelawat yang sedang mencari spesies pokok herba yang henda...