Skip to main content

Apa Itu Bunga Telang?

 Bunga Telang, Pewarna Biru Nasi Kerabu!


Memiliki kelopak bunga berwarna ungu kebiruan yang begitu cantik dipandang, Bunga telang atau nama Inggerisnya butterfly pea adalah sejenis tumbuhan yang memang sudah dikenali ramai di dalam penyediaan makanan dan kuih-muih. Ada yang mengambil bunga telang sebagai makanan ulam di Malaysia. 

Bukan itu sahaja, bunga telang juga sering digunakan sebagai pewarna biru semulajadi terutamanya dalam sajian nasi kerabu yang terhasil daripada sebatian anthocyanin dalam pigmen bunganya yang didapati memberikan bunga ini warna biru.


NAMA SPESIES:
CLITORIA TERNATEA

KELUARGA:
FABACEAE

ASAL:
AMERIKA SELATAN DAN ASIA

CIRI-CIRI:
TUMBUHAN JENIS MENJALAR DAN BERDAUN ELIPS
BUNGA MEMILIKI KELOPAK BERBENTUK CORONG
BUNGA BIRU TUA ATAU UNGU KEBIRUAN DENGAN TANDA KUNING DI TENGAH 
TUMBUH DENGAN CEPAT DAN MENCAPAI KETINGGIAN 6-10 KAKI

Kebaikan bunga telang

Bunga telang turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan. Antaranya:

  • Mengubati bisul atau jerawat
  • Menajamkan penglihatan
  • Mengatasi stress dan merawat insomnia
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mencuci darah kotor dan sebagai detoks
  • Mengatasi cirit-birit dan sembelit

Pewarna biru untuk nasi kerabu

Anda boleh membuat minuman menyegarkan dan kaya khasiat menggunakan bunga telang dan campuran herba lain untuk rasa yang lebih mengasyikkan.

Bahan-bahan:

  • Bunga telang 8 kuntum
  • 1 gelas air (untuk air bunga telang)
  • 200ml air
  • 4 hiris lemon (ambil jusnya)
  • 3-4 titis stevia 
  • Ais batu

Cara penyediaan:

  1. Bunga telang dibasuh bersih dan direbus dengan segelas air (anggaran 10-15 minit sehingga keluar warna pekat). Kemudian, tapiskan.
  2. Di dalam balang yang berasingan, masukkan 200ml air, jus lemon dan stevia. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan ais batu ke dalam jug air dan tuangkan air rebusan bunga telang serta bancuhan stevia dan lemon tadi.
  4. Minuman siap dan sedia untuk dihidangkan.


Air rebusan bunga telang


Minuman bunga telang yang menyegarkan


Serlahkan landskap kediaman anda dengan tumbuhan berbunga mekar dengan mendapatkan anak pokok bunga telang terus dari Kebun Reyhan di:

Laman web: www.herbalwise.com.my

Atau anda boleh dapatkan pokok bunga telang di:

Lazada:
https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/
https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/

Shopee:
https://shopee.com.my/herbalwise.holdings
https://shopee.com.my/steviasugar

Whatsapp HQ: 019-5466443


Saksikan video di bawah untuk mengetahui cara mudah untuk tanam pokok bunga telang!



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...