Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kebunreyhan

APA ITU DAUN CINCAU HIJAU BULU?

  Cincau Hijau Bulu, Bahan Mentah Agar-Agar dan Cincau yang Sedap!      Suka makan cincau? Tahukah anda, cincau sebenarnya berasal dari tumbuhan? Daun Cincau Hijau Bulu atau nama Inggerisnya  Velvetleaf  adalah salah satu jenis tumbuhan yang boleh juga digunakan sebagai  bahan mentah untuk membuat agar-agar atau cincau.    NAMA SPESIES: Cissampelos Pareira   KELUARGA: Menispermmaceae CIRI-CIRI: Daun  berbentuk orbicular, pangkal bulat atau terpotong menjadi berbentuk hati, berlekuk, diameter 7-14 cm. Permukaan berselaput, kasar berbulu, berurat, berwarna hijau.   Manfaat  yang boleh anda dapati dari Cincau Hijau Bulu adalah: Membersihkan serta menyembuh luka dan bisul. Mengubati patah tulang dan keracunan gigitan ular. Mengatasi sakit perut dan pendarahan uterus serta mencegah keguguran. Mengubati demam, batuk, asma dan bengkak.     Nak...

Apa Itu Ceri Barbados?

Ceri Barbados, Buah Ceri Sarat Vitamin C!      Siapa yang suka menanam pokok yang cantik dan membuahkan hasil (boleh dimakan), ini pokok untuk anda. Ceri Barbados atau nama lainnya ceri Cina, Acerola dan Barbados cherry merupakan sejenis tumbuhan renek yang mana buahnya seakan-akan buah epal yang bersaiz kecil yan terbentuk secara gugusan. Buah ceri Barbados mempunyai rasa yang manis dan sedikit kelat. NAMA SPESIES: MALPIGHIA EMARGINATA KELUARGA: MALPIGHIACEAE ASAL: AMERIKA SELATAN DAN AMERIKA TENGAH CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK RINGKAS BERWARNA HIJAU GELAP BUNGANYA KECIL-KECIL BERWARNA MERAH JAMBU BUAH BERKILAT, MERAH TERANG MIRIP EPAL KECIL BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN MATANG SEHINGGA 12 KAKI Pokok Ceri Barbados Antara manfaat kesihatan yang terdapat pada ceri Barbados adalah: Mengawal kencing manis Meningkatkan memori dan daya ingatan Menguatkan sistem imunisasi badan Meningkatkan metabolism badan Menguatkan tulang dan gigi Melancarkan pencernaan Mencegah penyakit jantun...

Apa Itu Ceri Surinam?

Ceri Surinam, Buah Eksotik yang Rasanya Masam Manis! Memiliki rupa mirip labu yang bersaiz mini,   atau nama lainnya Surinam cherry merupakan sejenis pokok renek yang sering dimakan segar atau dibuat jeruk. Ceri Surinam adalah tanaman eksotik yang berasal daripada negara Amerika Selatan yang dapat tumbuh dengan baik di kebun atau di dalam rumah. Ia ditanam sebagai tanaman hiasan dan sebagai pokok buah untuk dimakan. Variasi warna buah ceri surinam Tumbuhan ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 8m, mempunyai bunga berwarna putih , pucuk kemerahan, daun berwarna hijau muda kekelabuan (pucuk dan daun muda) dan hijau tua berkilat (daun tua).Mereka mempunyai aroma damar ringan, yang dirasakan ketika digosok di tangan. Manakala, buah ceri surinam yang  berwarna hijau  mempunyai rasa kelat yang teramat masam (belum matang),separa masak ketika ia  berwarna oren (ketika matang) ,  apabila dah  berwarna merah  ia mempunyai rasa masam-masam manis yang cu...

Apa Itu Buah Kristal?

Buah 3 Rasa, Buah Kristal! Pernah dengar tentang buah kristal ? Jika tidak, mari kenali lebih banyak tentang buah eksotik ini.  Cantik dipandang, enak dimakan. Buah kristal atau matoa fruit dikatakan mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, durian dan rambutan. Keunikan buah kristal tidak terhenti di situ sahaja, ia diberi nama buah kristal kerana isi buahnya yang berwarna putih jernih seakan kristal dan berkulit rapuh serta mudah pecah.   Buah kristal yang telah dikopek Ketika muda, buahnya berwarna hijau muda tetapi lama-kelamaan buah kristal akan bertukar kepada merah keperang-peranga n sehingga merah kehitam-hitaman apabila cukup matang. NAMA SPESIES: POMETIA PINATA KELUARGA: SAPINDACEAE ASAL: PAPUA, INDONESIA CIRI-CIRI: DAUN BERALUN DENGAN PUCUK BERWARNA MERAH BENTUK BUAHNYA LONJONG SEUKURAN BUAH PINANG BUAH KRISTAL BERGUGUS SEPERTI BUAH LONGAN BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA LEBIH 30M Apakah kebaikan buah kristal untuk kesihatan dan kecantikan? Mengur...

Jom Kenali 2 Jenis Bangun-Bangun!

Herba yang Mirip Oregano, Bangun-Bangun! Pokok bangun-bangun, bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, ati-ati hijau atau lemuju bukanlah oregano asli. Ia adalah sejenis herba aromatik yang sangat beraroma dan lazimnya digunakan di dalam masakan Mediterranean. Masyarakat India banyak menanam pokok bangun-bangun ini di sekitar laman. Ia boleh digunakan sebagai ulaman, herba ubatan dan sebagai tumbuhan hiasan yang menarik.  Terdapat 2 varieti pokok bangun-bangun iaitu bangun-bangun hijau ( Tropical oregano ) dan b angun-bangun batik ( Variegated tropical oregano ). BANGUN-BANGUN HIJAU NAMA SPESIES: PLECTRANTHUS AMBOINICUS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: AFRIKA SELATAN DAN AFRIKA TIMUR CIRI-CIRI: MEMPUNYAI AROMA KUAT SEAKAN OREGANO DAN TAIM DAUN BERBENTUK HATI DENGAN HUJUNGNYA MERUNCING DAUN MEMPUNYAI GERIGI DI SEKELILINGNYA BUNGA MAJMUK, KECIL DAN BERWARNA PUTIH BANGUN-BANGUN BATIK NAMA SPESIES: PLECTRANTHUS AMBOINICUS 'VARIEGATUS' KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: BERASAL DARI AFRIKA ATAU...

KHASIAT CINCAU HIJAU JALAR DAN CARA-CARA UNTUK MEMBUAT JELI

Cincau hijau jalar  disebut juga  cincau hijau melilit atau cincau hijau merambat ini sering menjadi bualan hangat terutama di Indonesia mengenai kebaikan dan khasiat yang ada pada tumbuhan ini. Nak tahu bagaimana pokok ini boleh memberi khasiat kepada kesihatan manusia? Mari kita lihat di bawah.  Pokok ini jenis berkayu lembut dan boleh mencecah sehingga 5 meter jika tidak dipangkas. Dahan pokok berwarna coklat gelap berdaun hijau jenis lonjong dan licin serta tebal . Mudah bertunas jika dipangkas dan menghasilkan akar serabut pada pangkal daun bila pokok sudah berusia. Sesuai ditanam di dalam pasu mahupun di tanah pokok. Indonesia sudah lama menanam pokok ini dan sudah menjadi rutin memakan/meminum cincau hijau dalam diet mereka. KHASIAT CINCAU HIJAU JALAR KEPADA KESIHATAN Manfaat segelas cincau hijau jenis jalar dipercayai boleh menurunkan panas badan , masalah usus dan darah tinggi . Cincau jalar ini kaya dengan vitamin A , B , C ,  kalsium , zat besi , fosf...

Family Day bersama Steviasugar Corporation (M) Sdn Bhd dan Herbalwise Holdings (M) Sdn Bhd

Steviasugar Corporation dan Herbalwise Holdings mengadakan Hari Keluarga tahunan hujung minggu lalu, pada hari Sabtu, 3 September 2022, untuk memupuk perpaduan dan semangat berpasukan di kalangan ahli jabatan di kedua-dua syarikat. Majlis tersebut telah diadakan di Kebun Reyhan di Hulu Langat. Setiap orang membawa ahli keluarga masing-masing dan menghabiskan masa seharian untuk berkenalan sesama sendiri, menerokai kebun, bermain kuiz, dan makan-makan. Pemenang kuiz turut diberikan hadiah istimewa. Hari Keluarga ini disudahi dengan mengambil gambar berkumpulan bagi memperingati majlis istimewa ini. Secara keseluruhannya, acara ringkas ini mencapai objektifnya untuk meningkatkan semangat berpasukan dan memupuk persefahaman yang lebih baik di kalangan kakitangan. Kami berharap dapat menganjurkan satu lagi hari keluarga pada masa akan datang.

Herba Sambung Nyawa Batik (Gynura Pseudochina) Rawatan Kayap dan Kesihatan

Sambung nyawa batik atau nama saintifiknya Gynura pseudochina tergolong dalam famili Asteraceae (Compositae). Ia adalah tumbuhan herba saka, separa berair (semi-succulent) yang biasanya tumbuh sehingga 20 - 60 cm tinggi dengan ketinggian maksimum 1.3 m dari ubi kayu yang keras. Spesies ini sedikit berlainan dengan pokok sambung nyawa biasa yang mempunyai daun berwarna hijau (Gynura procumbens). (sambung nyawa batik) (sambung nyawa hijau) Lokasi asal tumbuhan ini tidak diketahui tetapi banyak ditemui di Afrika Tropika, Benua Kecil India ke Selatan China dan Asia Tenggara. Ia dikenali sebagai Wan Mahakan di Thailand dan berkait rapat dengan Okinawan Spinach di Jepun, iaitu salah satu spesies genus Gynura yang berdaun ungu. (Okinawan spinach) Warna dan bentuk daunnya sering menjadi perhatian. Bilah daunnya tumbuh secara tunggal, mempunyai bentuk bujur seperti sudu, dengan muncung yang runcing dan sisi yang bergerigi lebar serta kepanjangan 7-40cm dan 5-20 cm lebar. Ia berwarna hijau gel...

Sehari Bersama Pelatih (Interns) dari Jabatan Pertanian UPM Serdang di Kebun Reyhan

Pada 19 Ogos 2022, kami telah mengalu-alukan kedatangan pelatih dari Jabatan Pertanian UPM Serdang ke Kebun Reyhan. Para peserta ini telah mendaftar dalam program yang akan menyediakan mereka dengan latihan sambil bekerja dalam industri pertanian selama satu hari. Kami berbesar hati kerana terpilih dan teruja untuk memperkenalkan mereka ke kebun kami! Ketua Pegawai Eksekutif kami, DR. Irfan Unal, secara peribadi mendidik mereka tentang pelbagai spesies dan jenis tumbuhan yang terdapat di ladang kami. Kami membimbing mereka melalui proses merumput sebagai sebahagian daripada program mereka. Kami juga seronok menjalinkan silaturrahim dengan mereka dan mendoakan semoga berjaya dalam pengajian.

Bengkel Ekstrasi Minyak Pati / Essential Oil Workshop oleh Herbalwise Holdings (M) Sdn Bhd

Herbalwise Holdings (M) Sdn. Bhd. telah menganjurkan acara bengkel mini (mini-workshop) untuk pemula pada 16 Ogos 2022 di Kebun Reyhan, UPM Serdang.  Program ini terbuka kepada orang ramai, dan dihadiri kira-kira 11 orang. Semasa acara itu, Ketua Pegawai Eksekutif kami (CEO), DR. Irfan Unal, mendidik para peserta tentang asas minyak pati, meliputi topik seperti minyak pati dan kaedah pengekstrakan minyak pati. Beliau juga menunjukkan kaedah pengekstrakan menggunakan mesin penyulingan wap. Secara keseluruhannya, maklum balas yang kami terima adalah sangat positif, dengan 100% peserta mengulas secara positif tentang pengalaman dan menyatakan keinginan untuk bengkel seperti ini pada masa hadapan. Kami berbesar hati untuk memaklumkan anda bahawa kursus kedua dan ketiga mengenai topik ini akan ditawarkan. Sudah tentu, sijil dan minuman percuma akan disediakan. Nantikan bengkel seterusnya! Sila hubungi kami jika anda memerlukan sebarang maklumat tambahan: E-mail: info@stevia.com.my Off...