Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2022

Apa Itu Buah Kristal?

Buah 3 Rasa, Buah Kristal! Pernah dengar tentang buah kristal ? Jika tidak, mari kenali lebih banyak tentang buah eksotik ini.  Cantik dipandang, enak dimakan. Buah kristal atau matoa fruit dikatakan mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, durian dan rambutan. Keunikan buah kristal tidak terhenti di situ sahaja, ia diberi nama buah kristal kerana isi buahnya yang berwarna putih jernih seakan kristal dan berkulit rapuh serta mudah pecah.   Buah kristal yang telah dikopek Ketika muda, buahnya berwarna hijau muda tetapi lama-kelamaan buah kristal akan bertukar kepada merah keperang-peranga n sehingga merah kehitam-hitaman apabila cukup matang. NAMA SPESIES: POMETIA PINATA KELUARGA: SAPINDACEAE ASAL: PAPUA, INDONESIA CIRI-CIRI: DAUN BERALUN DENGAN PUCUK BERWARNA MERAH BENTUK BUAHNYA LONJONG SEUKURAN BUAH PINANG BUAH KRISTAL BERGUGUS SEPERTI BUAH LONGAN BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA LEBIH 30M Apakah kebaikan buah kristal untuk kesihatan dan kecantikan? Mengurangkan ri

Jom Kenali 2 Jenis Bangun-Bangun!

Herba yang Mirip Oregano, Bangun-Bangun! Pokok bangun-bangun, bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, ati-ati hijau atau lemuju bukanlah oregano asli. Ia adalah sejenis herba aromatik yang sangat beraroma dan lazimnya digunakan di dalam masakan Mediterranean. Masyarakat India banyak menanam pokok bangun-bangun ini di sekitar laman. Ia boleh digunakan sebagai ulaman, herba ubatan dan sebagai tumbuhan hiasan yang menarik.  Terdapat 2 varieti pokok bangun-bangun iaitu bangun-bangun hijau ( Tropical oregano ) dan b angun-bangun batik ( Variegated tropical oregano ). BANGUN-BANGUN HIJAU NAMA SPESIES: PLECTRANTHUS AMBOINICUS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: AFRIKA SELATAN DAN AFRIKA TIMUR CIRI-CIRI: MEMPUNYAI AROMA KUAT SEAKAN OREGANO DAN TAIM DAUN BERBENTUK HATI DENGAN HUJUNGNYA MERUNCING DAUN MEMPUNYAI GERIGI DI SEKELILINGNYA BUNGA MAJMUK, KECIL DAN BERWARNA PUTIH BANGUN-BANGUN BATIK NAMA SPESIES: PLECTRANTHUS AMBOINICUS 'VARIEGATUS' KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: BERASAL DARI AFRIKA ATAU