Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa! Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf. Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone. Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau. NAMA SPESIES: ANGEL...
SteviaSugar is Stevia experts. Nutraceutical, Functional Food & Beverage OEM Manufacturer. Herbalwise Holdings. Kebun Reyhan, organic herbs farming, rare plants & fruits. Dr Sweet healthcare products.