Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Apa Itu Lavender?

Lavender, Tumbuhan Berbunga Wangi dan Cantik!      Sebut sahaja nama Lavender pasti anda dapat membayangkan baunya yang wangi lagi menenangkan. Tumbuhan romantik ini diusahakan secara meluas di negara-negara beriklim sederhana. Namun, di Malaysia, Lavender juga telah ditanam secara komersial terutamanya di kawasan tanah tinggi. NAMA SPESIES: LAVANDULA ANGUSTIFOLIA KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: KAWASAN MEDITERRANEAN, SEMENANJUNG ARAB DAN RUSIA  CIRI-CIRI: BATANG BERBULU LEMBUT DAN BERSEGI DAUN BERBENTUK LINEAR DAN BERBULU HALUS BUNGA BERWARNA UNGU KEBIRUAN TUMBUH SETINGGI 1-2M Antara kelebihan Lavender adalah: Mengurangkan kegelisahan dan stress Mengurangkan sensasi kepanasan bagi wanita menopause  Mencegah masalah penghadaman Merawat kulat kaki dan kurap  Meredakan migrain dan sakit kepala Merawat masalah pernafasan Melancarkan peredaran darah Merawat ekzema      Bunga Lavender yang dipetik segar atau yang telah dikeringkan boleh digunakan dalam membuat teh Lavender. Jika anda berminat un

Apa Itu Rosmari?

Tumbuhan Herba Beraroma, Rosmari!      Rosmari atau nama Inggerisnya Rosemary merupakan sejenis tumbuhan rimbun beraroma yang kebiasaannya dijumpai di kawasan beriklim sederhana dan berhampiran laut. Tumbuhan ini juga boleh ditanam di Malaysia kerana Rosmari menyukai cuaca panas kering dan boleh ditanam di pelbagai jenis tanah asalkan ia bersaliran baik. NAMA SPESIES: ROSMARINUS OFFICINALIS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: SELATAN PERANCIS DAN KAWASAN MEDITERRANEAN CIRI-CIRI: MERUPAKAN TUMBUHAN JENIS RIMBUN DAUN BERBENTUK JARUM DAN AROMATIK BUNGANYA KECIL BERWARNA UNGU KEBIRUAN KETINGGIAN POKOK LAZIMNYA ANTARA 1.5-3 METER Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari tumbuhan Rosmari adalah: Untuk melegakan sakit perut, sembelit, kembung perut dan cirit-birit Untuk dijadikan detoks Untuk menguatkan memori Untuk meredakan sakit-sakit badan Untuk merawat migrain Untuk melancarkan peredaran darah Untuk menyegarkan nafas Untuk meningkatkan kesihatan kulit     Daun Rosmari segar sering kali digun

Apa Itu Cincau Hitam?

  Cincau Hitam, Bahan Mentah Agar-Agar dan Cincau yang Enak!      Suka makan cincau? Tahukah anda, cincau sebenarnya berasal dari tumbuhan? Cincau Hitam atau nama Inggerisnya Black Grass Jelly adalah sejenis tumbuhan berbatang lembut yang membiak dengan cepat jika diberi air dan baja yang cukup. Selain Cincau Hijau, Cincau Hitam juga sering digunakan sebagai bahan mentah untuk membuat agar-agar atau cincau.   NAMA SPESIES: MESONA CHINENSIS KELUARGA: LAMIACEAE  ASAL: INDIA, MYANMAR, INDOCINA CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK OVATE HINGGA HAMPIR BULAT . BATANGNYA ADA YANG BERBULU HALUS ATAU TIDAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH, KEMERAHAN, BIRU CAIR HINGGA KEUNGUAN TINGGI POKOK ANTARA 15-100CM Manfaat yang boleh anda dapati dari Cincau Hitam adalah: Untuk mengubati hipertensi Untuk mencegah diabetes Untuk melegakan sakit sendi Untuk merawat penyakit hati Untuk merawat deman dan sakit tekak       Nak tahu bagaimana proses pembuatan Cincau Hitam?  Rebus daun dan batangnya yang kering sehingga kel

Apa Itu Sundal Malam?

Bunga Mekar & Harum Semerbak di Malam Hari, Sundal Malam!     Dalam banyak-banyak bunga, bunga apakah antara yang paling wangi di dunia ini? Jawapannya, bunga Sundal Malam! Walaupun nama bunga ini mengingatkan kita tentang filem Melayu Pontianak Harum Sundal Malam, namun pokok bunga ini tidak perlu ditakuti, kerana ia bukan sahaja sangat wangi malah memikat hati. Selain itu, pokok bunga Sundal Malam dikenali juga dengan nama Inggerisnya, iaitu Tuberose. NAMA SPESIES: POLIANTHES TUBEROSA KELUARGA: ASPARAGACEAE ASAL: MEXICO CIRI-CIRI: SEJENIS TANAMAN BERUMBISI ATAU TUBER MEMPUNYAI DAUN MEMANJANG BERWARNA HIJAU TERANG MEMPUNYAI BUNGA BERLILIN BETRWARNA PUTIH TINGGI POKOK KURANG DARI 3 METER   Apakah kelebihan Sundal Malam? Untuk mencegah anemia Untuk mengatasi influenza dan selsema Untuk melegakan sakit tekak Untuk mengurangkan insomnia Untuk merawat dan mengurangkan simptom katarak Untuk menguatkan sistem imun       Kewangian Sundal Malam tidak akan hilang dan tahan agak lama jika

Apa Itu Pudina?

  Pudina, Tumbuhan Harum Berangin!      Pudina atau Wild Mint merupakan sejenis tumbuhan herba perennial yang banyak kegunaannya. Pudina digunakan secara meluas dalam menghasilkan pelbagai produk komersial seperti produk kebersihan diri, ubat-ubatan dan makanan.  NAMA SPESIES: MENTHA ARVENSIS KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: EROPAH DAN ASIA CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK ELIPTIK-OVATE DAN BERGERIGI DI TEPI MEMPUNYAI URAT DAUN YANG NYATA BUNGANYA MUNCUL DI ANTARA DAUN TUMBUH SETINGGI 10-60CM  Antara kelebihan Pudina dari segi perubatan adalah: Untuk meredakan sakit kepala Untuk melegakan sakit perut  Untuk menghilangkan nafas berbau Untuk merawat gigitan serangga Untuk merawat selsema dan sakit tekak Untuk mengatasi morning sickness      Selain dijadikan perisa makanan seperti aiskrim, tumbuhan Pudina yang mempunyai lebih kurang 30 jenis varieti ini juga sering dijadikan ramuan teh herba yang menyegarkan. Jika anda berminat untuk menanam tumbuhan Pudina di laman kediaman anda, boleh terus dapatk

Apa Itu Nilam?

Minyak Pati Popular dalam Pasaran Kosmetik, Nilam!      Pokok Nilam atau nama lainnya Dahlum Wangi adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai aroma yang harum dan minyak patinya yang dikenali sebagai Patchouli Oil banyak digunakan dalam industri penghasilan produk kosmetik. Di samping itu, Pokok Nilam juga ditanam secara meluas di Malaysia termasuklah di Kebun Reyhan kami. NAMA SPESIES: POGOSTEMON CABLIN  KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: CINA, SRI LANKA, VIETNAM, MALAYSIA, INDONESIA, FILIPINA, NEW GUINEA  CIRI-CIRI: TANAMAN HERBA YANG BERAROMA BATANGNYA BERWARNA UNGU, BERSEGI DAN BERBULU DAUN BERBENTUK BUJUR TELUR DAN TERSUSUN DALAM PASANGAN BERLAWANAN BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1M Kelebihan yang terdapat pada tumbuhan Nilam adalah: Untuk merawat batuk dan asma Untuk merawat bisul Untuk meredakan sakit kepala Untuk merawat reumatik dan sakit otot Untuk menyembuhkan demam kuning Untuk melancarkan aliran haid        Pokok Nilam sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawa