Selasih Limau, Tumbuhan Segar Berbau Lemon! Tahukah anda, terdapat lebih kurang 50-150 spesies Selasih yang telah dikenalpasti di seluruh dunia! Salah satu spesies Selasih yang terkenal adalah Selasih Limau ataupun Lemon Basil. Selasih Limau merupakan spesies Selasih yang unik kerana daunnya mengeluarkan aroma seakan lemon yang menyegarkan sehingga menjadi antara tumbuhan favourite dalam penyediaan potpourri. NAMA SPESIES: OCIMUM X CITRIODORUM KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: AFRIKA CIRI-CIRI: DAUN MERUNCING DAN SEDIKIT BERGERIGI DAUN MENGELUARKAN AROMA LEMON YANG KUAT BUNGANYA KECIL BERWARNA PUTIH TUMBUH SETINGGI 20-40 CM Antara manfaat Selasih Limau dari aspek kesihatan adalah: Untuk merawat jangkitan bakteria dan parasit usus Untuk meredakan demam dan selsema Untuk membantu mengatasi masalah penghadaman Untuk meredakan migrain Untuk merawat jerawat, sengatan serangga dan jangkitan kulit Daun, bunga dan biji Selasih Limau boleh dimakan tetapi yang paling kerap digunakan adal
Markisa, Buah Kecil yang Kaya Nutrisi! Pernah minum jus buah Markisa ? Tahukah anda, secara botanikalnya buah Markisa adalah sejenis beri ? Terdapat lebih daripada 200 spesies Markisa di Amazon dan setiap hidangan buah Markisa hanya mengandungi 17 kalori. Markisa juga dikenali dengan nama Inggerisnya iaitu Passion Fruit. NAMA SPESIES: PASSIFLORA EDULIS KELUARGA: PASSIFLORACEAE ASAL: AMERIKA SELATAN - BRAZIL, PARAGUAY, UTARA ARGENTINA CIRI-CIRI: TUMBUHAN JENIS MEMANJAT DENGAN PANJANG ANTARA 0.5-2 METER DAUN BERBENTUK TAPAL KUDA ATAU "V" DAN BUAH BERBENTUK OVOID BUAH BERTUKAR KUNING, KUNING KEHIJAUAN ATAU UNGU APABILA MASAK BUNGA MEMPUNYAI KELOPAK PUTIH DAN DI TENGAHNYA UNGU GELAP Apakah kebaikan makan buah Markisa? Untuk mencegah kanser Untuk meningkatkan kesihatan tulang Untuk merawat insomnia Untuk melancarkan sistem penghadaman Untuk melegakan asma Untuk menurunkan tekanan darah Selain buahnya dibuat jus, daun Markisa juga dimakan seperti sayur dan bijin