Skip to main content

Posts

Showing posts with the label bunga

Apa Itu Bunga Telang?

  Bunga Telang, Pewarna Biru Nasi Kerabu ! Memiliki kelopak bunga berwarna ungu kebiruan yang begitu cantik dipandang, Bunga telang atau nama Inggerisnya butterfly pea adalah sejenis tumbuhan yang  memang sudah dikenali ramai di dalam penyediaan makanan dan kuih-muih. Ada yang mengambil bunga telang sebagai makanan ulam di Malaysia.  Bukan itu sahaja, bunga telang juga sering digunakan sebagai pewarna biru semulajadi  terutamanya dalam sajian nasi kerabu yang terhasil daripada sebatian anthocyanin dalam pigmen bunganya yang didapati memberikan bunga ini warna biru. NAMA SPESIES: CLITORIA TERNATEA KELUARGA: FABACEAE ASAL: AMERIKA SELATAN DAN ASIA CIRI-CIRI: TUMBUHAN JENIS MENJALAR DAN BERDAUN ELIPS BUNGA MEMILIKI KELOPAK BERBENTUK CORONG BUNGA BIRU TUA ATAU UNGU KEBIRUAN DENGAN TANDA KUNING DI TENGAH  TUMBUH DENGAN CEPAT DAN MENCAPAI KETINGGIAN 6-10 KAKI Kebaikan bunga telang Bunga telang turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan. Antaran...

Apa Itu Kemuning?

  Kemuning, bunga harun seakan orange blossoms!       Kenapa pokok Kemuning dikenali dengan nama Mock Orange ? Jika anda fikir ia pasti mempunyai kaitan dengan oren, tekaan anda betul!       Kemuning atau nama Inggerisnya Orange Jasmine bukanlah bunga  Jasmine asli walaupun ia juga merupakan pokok bunga yang bersifat harum. Tumbuhan ini menjadi tarikan kerana aroma bunganya berbau orange blossoms yang sungguh menyegarkan bahkan daunnya juga apabila dihancurkan, turut mengeluarkan bau seakan sitrus. NAMA SPESIES: MURRAYA PANICULATA KELUARGA: RUTACEAE ASAL: CINA SELATAN, TAIWAN, BENUA INDIA, ASIA TENGGARA DAN AUSTRALIA UTARA CIRI-CIRI: BUNGA BERWARNA PUTIH DAN HARUM BUAH YANG MASAK BERWARNA OREN ATAU MERAH TERANG TINGGI POKOK ANTARA 2-4M Apakah kebaikan yang terdapat pada Kemuning? Untuk meredakan sakit gigi Untuk merawat bisul  Untuk membantu menurunkan berat badan  Untuk merawat bengkak terseliuh Untuk merawat sakit arth...

Apa Itu Akar Meliau?

  Akar Meliau, Tumbuhan Berbunga Ungu yang Menarik!       Terdapat pelbagai jenis tanaman yang dijual di Kebun Reyhan termasuklah pokok-pokok bunga. Salah satu pokok bunga yang popular dalam kalangan peminat pokok bunga adalah Akar Meliau.  Dikenali juga dengan nama Inggerisnya Laurel Clockvine, Akar Meliau adalah tumbuhan menjalar yang mengeluarkan bunga seakan bentuk trumpet.  NAMA SPESIES: THUNBERGIA GRANDIFLORA KELUARGA: ACANTHACEAE ASAL: SUB-KONTINEN INDIA, CINA SELATAN DAN MYANMAR CIRI-CIRI: TUMBUHAN MENJALAR YAN TUMBUH SETINGGI 15M DAUN BERWARNA HIJAU TERANG BUNGA UNGU LEMBUT BERBENTUK TRUMPET Antara kegunaan Akar Meliau adalah: Merawat menorrhagia dan jangkitan telinga Meredakan sakit luka dan bisul Dijadikan penawar bisa kala jengking Akar Meliau sering dijadikan tumbuhan pelengkap landskap sama ada sebagai dekorasi pagar atau dinding kerana bunga ungunya yang menyerlah dan menaikkan seri laman. Untuk dapatkan pokok Akar Meliau, hanya layar...

Apa Itu Sedap Malam Putih?

  Bunga Wangi Semerbak, Sedap Malam Putih!      Sedap Malam Putih atau nama inggerisnya Night Blooming Jasmine merupakan sejenis tumbuhan berbau wangi yang bukan sahaja popular sebagai minyak wangi bahkan dalam penghasilan produk kosmetik. Sifat unik tumbuhan ini adalah aroma bunganya kerana ia mengeluarkan bau wangi yang kuat lebih-lebih lagi ketika waktu malam. NAMA SPESIES: CESTRUM NOCTURNUM KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: MEXICO, AMERIKA TENGAH DAN CUBA CIRI-CIRI: DAUN ELIPTIK, LICIN DAN BERKILAT RANTING MUDA BERBULU HALUS BUNGA PUTIH KEHIJAUAN HINGGA KRIM BOLEH TUMBUH SETINGGI 4 METER   Apakah kelebihan penggunaan Sedap Malam Putih dari segi kesihatan? Merawat lecur, luka dan inflamasi kulit Melegakan gejala epilepsi Mengurangkan bengkak dan inflamasi sendi disebabkan arthritis Mengatasi peluh malam     Selain Sedap Malam Kuning, Sedap Malam Putih juga ada dijual di Kebun Reyhan kami. Nak jadikan Sedap Malam Putih sebagai tanaman pagar hiasan y...

Apa Itu Sedap Malam Kuning?

  Sedap Malam Kuning, Tanaman Hiasan yang Mekar & Cantik!      Sedap Malam Kuning, apa apa dengan namanya? Tumbuhan berbunga renek dan rimbun ini dikenali sebagai Yellow Cestrum dalam bahasa Inggeris. Walaupun ia tidak mengeluarkan bau wangi seperti Sedap Malam Putih, tumbuhan ini sesuai ditanam sebagai pelengkap landskap yang indah dan sejuk mata memandang. NAMA SPESIES: CESTRUM AURANTIACUM KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: AMERIKA UTARA DAN SELATAN CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK MEMANJANG HINGGA OVATE  DAUN BERWARNA HIJAU GELAP DAN DI TENGAHNYA HIJAU TERANG SAIZ BUNGA AGAK BESAR, TUMBUH SECARA KLUSTER DAN BERWARNA OREN BUAHNYA BERUPA BERI BERWARNA PUTIH      Nak cantikkan halaman rumah dengan tumbuhan Sedap Malam Kuning? Hubungi kami sekarang di 011-23884535 atau layari laman Lazada dan Shopee kami untuk membeli pokok Sedap Malam Kuning terus dari Kebun Reyhan! Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/ https://www.lazada.com.my/s...

Apa Itu Lavender?

Lavender, Tumbuhan Berbunga Wangi dan Cantik!      Sebut sahaja nama Lavender pasti anda dapat membayangkan baunya yang wangi lagi menenangkan. Tumbuhan romantik ini diusahakan secara meluas di negara-negara beriklim sederhana. Namun, di Malaysia, Lavender juga telah ditanam secara komersial terutamanya di kawasan tanah tinggi. NAMA SPESIES: LAVANDULA ANGUSTIFOLIA KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: KAWASAN MEDITERRANEAN, SEMENANJUNG ARAB DAN RUSIA  CIRI-CIRI: BATANG BERBULU LEMBUT DAN BERSEGI DAUN BERBENTUK LINEAR DAN BERBULU HALUS BUNGA BERWARNA UNGU KEBIRUAN TUMBUH SETINGGI 1-2M Antara kelebihan Lavender adalah: Mengurangkan kegelisahan dan stress Mengurangkan sensasi kepanasan bagi wanita menopause  Mencegah masalah penghadaman Merawat kulat kaki dan kurap  Meredakan migrain dan sakit kepala Merawat masalah pernafasan Melancarkan peredaran darah Merawat ekzema      Bunga Lavender yang dipetik segar atau yang telah dikeringkan boleh digunakan dalam...

Apa Itu Sundal Malam?

Bunga Mekar & Harum Semerbak di Malam Hari, Sundal Malam!     Dalam banyak-banyak bunga, bunga apakah antara yang paling wangi di dunia ini? Jawapannya, bunga Sundal Malam! Walaupun nama bunga ini mengingatkan kita tentang filem Melayu Pontianak Harum Sundal Malam, namun pokok bunga ini tidak perlu ditakuti, kerana ia bukan sahaja sangat wangi malah memikat hati. Selain itu, pokok bunga Sundal Malam dikenali juga dengan nama Inggerisnya, iaitu Tuberose. NAMA SPESIES: POLIANTHES TUBEROSA KELUARGA: ASPARAGACEAE ASAL: MEXICO CIRI-CIRI: SEJENIS TANAMAN BERUMBISI ATAU TUBER MEMPUNYAI DAUN MEMANJANG BERWARNA HIJAU TERANG MEMPUNYAI BUNGA BERLILIN BETRWARNA PUTIH TINGGI POKOK KURANG DARI 3 METER   Apakah kelebihan Sundal Malam? Untuk mencegah anemia Untuk mengatasi influenza dan selsema Untuk melegakan sakit tekak Untuk mengurangkan insomnia Untuk merawat dan mengurangkan simptom katarak Untuk menguatkan sistem imun       Kewangian Sundal Malam tidak aka...

Apa Itu Nilam?

Minyak Pati Popular dalam Pasaran Kosmetik, Nilam!      Pokok Nilam atau nama lainnya Dahlum Wangi adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai aroma yang harum dan minyak patinya yang dikenali sebagai Patchouli Oil banyak digunakan dalam industri penghasilan produk kosmetik. Di samping itu, Pokok Nilam juga ditanam secara meluas di Malaysia termasuklah di Kebun Reyhan kami. NAMA SPESIES: POGOSTEMON CABLIN  KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: CINA, SRI LANKA, VIETNAM, MALAYSIA, INDONESIA, FILIPINA, NEW GUINEA  CIRI-CIRI: TANAMAN HERBA YANG BERAROMA BATANGNYA BERWARNA UNGU, BERSEGI DAN BERBULU DAUN BERBENTUK BUJUR TELUR DAN TERSUSUN DALAM PASANGAN BERLAWANAN BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1M Kelebihan yang terdapat pada tumbuhan Nilam adalah: Untuk merawat batuk dan asma Untuk merawat bisul Untuk meredakan sakit kepala Untuk merawat reumatik dan sakit otot Untuk menyembuhkan demam kuning Untuk melancarkan aliran haid        Pokok Nilam sering digunak...

Apa Itu Ros Jepun?

  Ros Jepun, Bunga Cantik Pelengkap Landskap!      Ros Jepun merupakan tumbuhan unik yang mempunyai pelbagai nama seperti Moss-Ross Purslane, Sun Rose dan Rock Rose. Bunga Ros Jepun akan berkembang pada 10 pagi dan menguncup kembali pada waktu petang. Bukan itu sahaja, daun Ros Jepun juga seolah-olah menguncup ketika senja menjelma. NAMA SPESIES: PORTULACA GRANDIFLORA KELUARGA: PORTULACACEAE ASAL: ARGENTINA, SELATAN BRAZIL DAN URUGUAY CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK TIRUS DAN TEBAL MEMPUNYAI BUNGA BERWARNA-WARNI BATANG POKOK LEMBUT BERWARNA HIJAU KECOKLATAN MENCAPAI KETINGGIAN KURANG DARI 30CM Antara kegunaan tumbuhan Ros Jepun adalah: Daun pokok yang dihancurkan boleh digunakan untuk merawat luka ringan Bunga warna-warni sebagai dekorasi laman yang menarik      Ros Jepun mula menarik perhatian ramai sebagai tanaman hiasan kerana tumbuhannya yang bersaiz comel dan warna bunga-bunganya yang bervariasi dan memukau pandangan. Jadi, bolehlah berkunjung ke ke...

Apa Itu Roselle?

Roselle, Tumbuhan Serbaguna yang Bernilai!      Roselle atau nama lainnya asam paya, asam kumbang atau asam susur mula diperkenalkan di Asia Tenggara melalui Malaysia lebih dari 3 abad yang lalu. Tumbuhan ini turut dianggap sebagai 'Pokok Emas' atau tumbuhan serbaguna kerana mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.  Roselle   juga merupakan antara tumbuhan yang kami usahakan di Kebun Reyhan untuk menghasilkan produk baru Dr Sweet yang akan datang! NAMA SPESIES: HIBISCUS SABDARIFFA  KELUARGA: MALVIACEAE ASAL: AFRIKA TIMUR DAN SELATAN TIMUR ASIA CIRI-CIRI: BATANG, TANGKAI DAN DAHAN KESELURUHAN BERWARNA MERAH BUNGA BERWARNA KUNING MUDA DAN MERAH JAMBU BUAH ROSELLE BERWARNA MERAH TUA TERDIRI DARI 5 KALIKS YANG BERCANTUM DI PANGKAL MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 2 METER  Roselle bukan sahaja kaya dengan Vitamin A dan C malah mineral. Antara kelebihan yang terdapat pada Roselle adalah: Melancarkan peredaran aliran darah Mengurangkan tekanan darah ...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Melur

 Harum an kuat dan manis, Bunga Melur!     Pokok bunga Melur merupakan antara tumbuhan berbunga yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Tumbuhan berbunga harum  a mat popular terutamanya dalam industri penghasilan minyak wangi. Terdapat lebih dari 200 spesies tumbuhan Melur yang telah dikenalpasti dan bunganya terdiri daripada warna putih, kuning mahupun merah. Selain nama Melur, tumbuhan ini turut dipanggil sebagai Jasmine, Melati dan Sri Gading. NAMA SPESIES: JASMINUM SAMBAC KELUARGA: OLEACEAE ASAL: ASIA TROPIKA CIRI-CIRI: BUNGA BERWARNA PUTIH BERBAU HARUM DAUN BERBENTUK OVATE , LICIN DAN BERBULU HALUS DI BAWAH PERMUKAAN DAUN TUMBUHAN MALAR HIJAU JENIS BELUKAR RENEK KETINGGIAN POKOK ANTARA 0.5 - 3 METER  Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok bunga Melur adalah: Merawat sakit mata dan asma Merawat masalah resdung Merawat gigitan serangga berbisa Mengurangkan sakit kepala dan stres Menguatkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol Men...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Cina Titan

Bunga Cina Titan, Pokok Berbunga Putih Krim yang Sangat Wangi!           Bunga Cina Titan  atau lebih mesra dikenali sebagai Tahitian Gardenia  merupakan tumbuhan berbunga yang dipercayai berasal dari pantai dataran tinggi Selatan Pasifik. Bunganya yang bersaiz besar bukan sahaja cantik dipandang malah mengeluarkan aroma kuat yang manis dan wangi. NAMA SPESIES: GARDENIA TAITENSIS KELUARGA: RUBIACEAE ASAL: SELATAN PASIFIK CIRI-CIRI:  POKOK RENEK TROPIKA YANG MALAR HIJAU  BUNGANYA BERWARNA PUTIH KRIM YANG AMAT WANGI  DAUNNYA HIJAU GELAP DAN BERKILAT BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 4 METER Antara kelebihan Bunga Cina Titan adalah: Membantu mengatasi masalah sakit kepala Bersifat antiseptik dan anti inflamasi Sebagai tanaman hiasan berbunga yang harum      Anda juga boleh menikmati homemade tea Bunga Cina Titan bersama Stevia. Ambil campuran bunga dan daunnya dan racik-racikkan sehingga penuh 1/4 cawan. Kemudian, ...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Kenanga

  Bunga yang sangat harum, bunga Kenanga!      Terdapat beberapa spesies pokok bunga yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Antara tumbuhan yang tumbuh mekar di taman kami adalah pokok bunga Kenanga. Pokok bunga Kenanga dikenali juga dengan pelbagai nama lain dari pelbagai bahasa, antaranya Y lang-Ylang, Lana-Lana, Kenongo dan Mato'oi. NAMA SPESIES: CANANGA ODORATA KELUARGA: ANNONACEAE ASAL: NATIF DI KAWASAN INDO MALAYAN CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU PEKAT DAN URAT DAUN JELAS KELIHATAN BUNGA KENANGA ADALAH DALAM BENTUK SATU JAMBAK KELOPAK BUNGA ADALAH PANJANG DAN SERING BERGULUNG MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN ANTARA 5 - 20 METER      B unga Kenanga adalah suatu tumbuhan unik yang sering meraih perhatian dalam tradisi majlis perkahwinan masyarakat Melayu turun temurun. Bukan sahaja popular, bunga Kenanga merupakan antara kuntuman bunga yang wajib disertakan untuk dijadikan bunga rampai.          Minyak ekstrak dari bunga...