Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

Musim Buah di Kebun Reyhan!

Raja Buah dan Buahan-Buahan Bermusim di Kebun Reyhan! Ramai yang tanya di mana lokasi Kebun Reyhan?  Sebenarnya Kebun Reyhan terletak berhampiran Kampung Sungai Tumtum lebih kurang 45 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Kebun Reyhan kami diusahakan di kawasan hutan tropika yang indah di Sungai Lui,   Hulu Langat. Sejak masuk musim buah di Kebun Reyhan, kami di kebun bekerja siang dan malam untuk memetik dan mengumpul semua buah-buahan organik segar untuk dibekalkan kepada pelanggan kami. Untuk bulan ini, kami telah mula menuai hasil buah-buahan tropika iaitu manggis, durian, duku, langsat, rambutan dan pulasan. Durian atau lebih dikenali sebagai Raja Buah memang sohor dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Di kebun, kami menanam pokok durian kampung yang dikenali dengan saiz pokoknya yang tinggi-tinggi sehingga boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter! Sungguh menakjubkan! Durian kampung adalah unik berbanding varieti durian yang lain kerana rasa isi buahnya bukan sahaja berbeza