Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2022

DR SWEET'S Sweet and Sour Chicken - Ayam Masam Manis Stevia

  Sesuai untuk pesakit kencing manis/diabetik - diabetic friendly menu Bahan-bahan 570g dada ayam tanpa kulit & tulang, potongan 1 inci 3 sudu besar tepung jagung, dibahagikan 1 telur besar - putih sahaja 1 bawang besar, dihiris  3 bawang putih, dicincang 1 inci halia, dicincang  2 sudu besar pes cili kering 2 sudu besar pes tomato 1 sudu besar sos cili 4 lada benggala hijau, dihiris 1 inci 1 cawan ketulan nenas potong + 1/2 cawan jus nenas 1 sudu besar sos ikan 1 tomato segar, dipotong dadu 1 sudu  besar Dr Sweet's Stevia Spoonable Powder Secubit serbuk lada hitam & garam 1/2 cawan daun bawang, dihiris halus Cara penyediaan 1. Perap potongan ayam dengan garam dan lada hitam selama 30 minit. 2. Pukul putih telur dan sediakan 2 sudu besar tepung jagung di dalam mangkuk asing. Celup potongan ayam di dalam telur dan kemudian dalam tepung. 3. Di dalam kuali, panaskan 2 sudu besar minyak dengan api sederhana, dan goreng ayam sehingga rangup dalam 5-7 minit. Asingkan ke atas pin

KEBUN REYHAN - HASIL KEBUN ORGANIK TANPA KIMIA

  Kami membawakan anda yang terbaik dari ladang kami, Kebun Reyhan! Nampaknya ladang kami sedang dalam musim Semua hasil adalah 100% organik tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya. Tumbuhan ditanam dalam persekitaran yang tidak memberi tekanan, tiada pengubahsuaian biologi dan padat dengan nutrien semula jadi. Berikut adalah senarainya: 1. Roselle segar 500g - RM28.00 2. Bayam Vietnam 500g - RM4.90 3. Bendi 200g - RM4.50 4. Cili padi 200g - RM5.50 5. Terung 500g - RM6.50 6. Bonglai putih 250g -RM18.00 7. Halia bara 250g - RM9.50 8. Halia bentong 250g - RM5.50 9. Halia/kunyit hitam 100g - RM30.00 10. Kunyit 250g - RM4.00 11. Lengkuas 250g - RM3.50 12. Temu hitam/ireng 250g - RM25.00 13. Temu lawak 250g - RM18.00 14. Temu pauh 250g - RM22.00 15. Temu putih 250g - RM30.00 16. Daun bangun-bangun batik 50g - RM4.90 17. Daun bangun-bangun hijau 50g - RM4.90 18. Daun stevia segar 50g - RM4.90 19. Daun hribera 50g - RM4.90 20. Daun kemangi lemon 50g - RM4.90 21. Kucai cina 50g - RM4.90 22. Da

POKOK SUBANG NENEK - RAWAT MASALAH DERMATITIS KULIT, TANPA GUNA UBAT

  Dermatitis adalah istilah umum yang menggambarkan kerengsaan kulit yang biasa. Ia mempunyai banyak sebab dan bentuk dan biasanya melibatkan kulit gatal, kering atau ruam. Atau ia mungkin menyebabkan kulit melepuh, meleleh, berkerak atau mengelupas. Dermatitis tidak berjangkit, tetapi ia boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri. Untuk mengawal gejala, kulit perlu dilembapkan dengan kerap menggunakan rawatan ubat sapu, krim dan syampu klinikal. Ruam gatal ini boleh menjadi kudis terbuka jika digaru, dan akan mengakibatkan jangkitan yang boleh merebak serta mempunyai keberangkalian kecil untuk mengancam nyawa.  Langkah Pencegahan 1. Pakai pakaian pelindung jika anda melakukan tugas yang melibatkan perengsa (bahan meransang pelepuhan kulit) atau bahan kimia kaustik. 2. Elakkan kulit kering dengan mengamalkan tabiat berikut semasa mandi: Mandi sekejap. Hadkan waktu mandi anda kepada 5 hingga 10 minit. Gunakan air suam, bukannya air panas. Minyak mandian juga

SUBANG NENEK - PETUA MELEGAKAN SAKIT GIGI & GUSI DENGAN PANTAS

  Pokok subang nenek atau dikenali dengan variasi nama: Acmella oleracea Spilanthes acmella jambu electric daisy paracress eyeball plant Subang nenek ialah tumbuhan berbunga yang berasal dari Brazil. Keadaan iklim yang serupa membuatkan pokok ini mudah tumbuh meliar di negara kita terutamanya di kawasan basah dan berumpai seperti paya atau tepi tasik. Warna kuning dan oren keemasan bunga yang vibrant ini menjadikan ia "karpet rumput" yang cantik untuk halaman dan sering digunakan sebagai hiasan. Kepala bunga ini turut menarik minat kelip-kelip apabila mekar. Ramai yang tidak tahu bahawa pokok subang nenek ini adalah pokok TOOTHACHE PLANT atau pokok sakit gigi. Ini kerana ia sering digunakan untuk meredakan sakit gigi. Ia juga merupakan bahan masakan popular di Amazon kerana mempunyai rasa kuat dan pahit! Daun atau bunganya boleh dimakan, mentah atau dimasak, dan ia menambah rasa unik pada hidangan. Apabila dikunyah, ia mempunyai kesan kebas pada mulut. Kesan anestetik ini di