Skip to main content

Posts

Showing posts with the label #Dr Sweet SureVia

5 MANFAAT POKOK STEVIA WAJIB TAHU - PEMANIS SEMULAJADI ZERO KALORI

Pokok stevia  adalah sejenis PEMANIS SEMULA JADI TANPA KALORI.  Rupa daun stevia yang manis semulajadi Stevia, atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, adalah pokok pengganti gula. Ia adalah sejenis tumbuhan perennial ditanam secara meluas untuk daunnya yang sangat manis bagi menghasilkan pemanis makanan dan minuman semulajadi. Stevia digunakan secara meluas sebagai alternatif gula tambahan yang menyihatkan dalam banyak makanan dan minuman! Ini antara 5 kebaikan pokok stevia: Manfaat pokok stevia yang wajib diketahui. 1. Kawal kencing manis -  Kajian telah menunjukkan bahawa pemanis stevia tidak menyumbang kalori atau karbohidrat kepada diet. Ia juga tidak menunjukkan kesan ke atas glukosa darah atau tindak balas insulin. Ini membolehkan penghidap diabetes makan lebih pelbagai jenis makanan dan mematuhi pelan pemakanan yang menyihatkan. Pesakit diabetes jenis 2 melaporkan bahawa stevia memberikan pengurangan ketara dalam glukosa darah dan tindak balas glukagon selepas ...

PUDING VANILA DARI DR.SWEET

Resepi untuk hari ini adalah Puding Vanila.  Bagi sesiapa yang ingin hidangkan Puding Vanilla ini untuk majlis hari jadi ke apa-apa majlis makan-makan boleh lah cuba resepi ini. PUDING VANILA Ini Bahan-bahan yang diperlukan : 1 1/2 susu besar tepung jagung 2 cawan susu sejuk 2 biji telur 6 paket SureVia Dr.Sweet 1/8 sudu teh garam 1 sudu vanila Cara-caranya : Pukul tepung, susu sejuk, garam dan Dr.Sweet SureVia dalam satu bekas. Masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana sehingga campuran pekat. Apabila mula mendidih, matikan api dan masukkan perisa vanila. Tuangkan ke dalam cawan puding. Sejukkan sehingga betul-betul siap untuk dihidangkan. Sudah Siap ! Sangat Mudah kan.. Selamat Mencuba~

SARAPAN DENGAN PANCAKE DR.SWEET

Kali ini kami kongsikan satu lagi resepi yang mana sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi iaitu Pancake Dr. Sweet. PANCAKE DR.SWEET Bahan-bahanya: 1/2 cawan tepung  2 paket SureVia Stevia  Ini SureVia yang digunakan 2 biji telur  1 sudu besar krim berat  1/3 cawan air  2 sudu besar minyak untuk menggoreng Cara-caranya:  Campurkan semua bahan-bahan (kecuali minyak) dalam mangkuk sederhana,.  Panaskan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana.  Masukkan adunan ke kuali dengan membuat pancake 3 inci.  Masak selama kira-kira 3-4 minit atau sehingga bahagian bawah pancake berwarrna perang   keemasan.  Pusing dan masak sebelah lagi sehingga perang keemasan.  Keluarkan dan hidangkan semasa panas. Dah siap pun. Senang, Simple dan Sihat. Mudah untuk disediakan dan enak dimakan sebagai sarapan bersama dengan keju dan madu. Selamat mencuba~