Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

Apa Itu Belalai Gajah?

  Belalai Gajah, Tumbuhan Penyembuh Penyakit Kronik! Sabah Snake Grass atau lebih mesra dikenali sebagai Belalai Gajah merupakan sejenis tumbuhan herba bersemak yang banyak khasiat dan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit termasuklah dalam mencegah kanser. Belalai gajah mempunyai rasa yang sedikit pahit dan merupakan sejenis herba popular di Asia Tenggara terutamanya dalam perubatan tradisional China dan Thailand. NAMA SPESIES: CLINACANTHUS NUTANS KELUARGA: ACANTHACEAE ASAL: CHINA, THAILAND, VIETNAM, MALAYSIA DAN INDONESIA CIRI-CIRI: TUMBUH MENEGAK DENGAN BATANG BERKAYU DAUN BERWARNA HIJAU GELAP DENGAN BUNGA MERAH MUDA BATANG LEMBUT MEMPUNYAI RUAS-RUAS BOLEH MENCECAH KETINGGIAN HINGGA 2.5 METER Sebahagian daripada kebaikan Belalai Gajah untuk kesihatan adalah: Mengawal diabetes Merawat tekanan darah tinggi  Merawat masalah buah pinggang   Membantu melawan kanser  Melegakan ketidakhadaman  Merawat gigitan kala jengking, ular dan serangga  Membantu mengatasi masalah kerap kencing