Skip to main content

Posts

Showing posts with the label mentegakacang

BUAH MENTEGA KACANG

Peanut Butter Fruit, Buah Mentega Kacang atau nama saintifiknya Bunchosia Argentea mula menarik ramai peminat buah-buahan eksotik kerana namanya yang menarik dan rasa yang unik. Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya rasa sebenar yang terkandung dalam buah ini. Adakah rasanya seperti jem mentega kacang yang sering dipromosikan atau namanya sebenarnya tiada kaitan dengan rasa? Jika anda penggemar rasa mentega kacang, buah ini mungkin boleh memenuhi selera anda! Sifat Buah Mentega Kacang      Sebenarnya, buah ini beraroma seperti kacang dan berasa lemak manis (creamy). Buah mentega kacang ini berasal dari Colombia dan Venezuela. Sifat tumbuhannya yang renek dan bermalar hijau membuatkan sebahagian penanamnya menjadikan pokok ini sebagai tumbuhan hiasan. Buahnya pula  berukuran kecil dan lonjong, kira-kira seukuran jari kelingking. Kulitnya nipis (seperti kulit tomato) yang semula jadi berwarna hijau kemudian akan berubah menjadi jingga dan akhirnya berwarna mer...

Tumbuhan Eksotik/Nadir Unik, Buah Mentega Kacang - Rasa Seperti Mentega Kacang!

Buah Mentega Kacang, Peanut Butter Fruit, Wild Cherry atau Caferana (nama botani: Bunchosia grandulifera ) adalah buah yang berasal dari Andes Amerika Selatan dan merupakan sepupu jauh kepada pokok ceri acerola. Ia menghasilkan buah-buahan yang berwarna oren kemerahan, dan mempunyai pulpa merah berkrim dengan rasa manis seperti MENTEGA KACANG. Bentuk buahnya seiras kopi dan dipanggil caferana atau falso guarana (guarana palsu) di Brazil. Tidak dinafikan lagi, buah mentega kacang mempunyai nilai pemakanan tinggi dengan manfaat anti-oksidan, anti-penuaan, serat, vitamin C dan kalsium. Amalan berterusan dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol dan mengekalkan kesihatan jantung. Ia juga mempunyai kesan positif pada saraf kita dan meransangkan kecerdasan minda disebabkan oleh kandungan kafein.   Ia juga mengandungi folat (asid folik) yang membantu tubuh kita untuk membentuk sel darah merah , dan sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu mengandung. Pengambilan folat yang mencukupi ...