Skip to main content

Apa Itu Sireh?

 Sireh, Tumbuhan Turun-Temurun Pelbagai Guna!


Sebut sahaja sireh pasti anda akan terbayangkan tepak sireh yang digunakan dalam adat isitadat perkahwinan masyarakat Melayu. Tumbuhan yang dikenali sebagai Betel Pepper ini juga adalah suatu komponen utama dalam aktiviti mengunyah sireh yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Namun, perlu diingatkan, tabiat mengunyah sireh dengan buah pinang adalah tidak digalakkan kerana ia dipercayai boleh menyebabkan kanser mulut.  



NAMA SPESIES:
PIPER BETLE

KELUARGA:
PIPERACEAE

ASAL:
ASIA TENGGARA

CIRI-CIRI:
DAUN TUMBUH SECARA TUNGGAL BERSELANG-SELI
DAUN BERBENTUK JANTUNG MERUNCING MENYERUPAI DAUN KADUK
BERAKAR TUNJANG, BULAT BEWARNA COKLAT KEKUNINGAN
BOLEH MENCECAH KETINGGIAN HINGGA 12 METER


Sireh sering digunakan dalam perubatan tradisional kerana kelebihannya yang pelbagai. Antaranya:
  • Membantu merawat masalah keputihan
  • Membantu menghilangkan sakit tekak dan batuk berkahak
  • Menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan bagi wanita di dalam pantang
  • Menghilangkan gatal-gatal kulit 
  • Meneutralkan bau badan yang tidak menyenangkan
  • Merawat demam dan sakit kepala

Hiasi laman kediaman anda dengan pelbagai tumbuhan herba menarik seperti pokok sireh dengan melayari laman Shopee dan Lazada kami di bawah:

Lazada:
https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/
https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/

Shopee:
https://shopee.com.my/herbalwise.holdings
https://shopee.com.my/steviasugar

Comments