Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

Apa Itu Ros Jepun?

  Ros Jepun, Bunga Cantik Pelengkap Landskap!      Ros Jepun merupakan tumbuhan unik yang mempunyai pelbagai nama seperti Moss-Ross Purslane, Sun Rose dan Rock Rose. Bunga Ros Jepun akan berkembang pada 10 pagi dan menguncup kembali pada waktu petang. Bukan itu sahaja, daun Ros Jepun juga seolah-olah menguncup ketika senja menjelma. NAMA SPESIES: PORTULACA GRANDIFLORA KELUARGA: PORTULACACEAE ASAL: ARGENTINA, SELATAN BRAZIL DAN URUGUAY CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK TIRUS DAN TEBAL MEMPUNYAI BUNGA BERWARNA-WARNI BATANG POKOK LEMBUT BERWARNA HIJAU KECOKLATAN MENCAPAI KETINGGIAN KURANG DARI 30CM Antara kegunaan tumbuhan Ros Jepun adalah: Daun pokok yang dihancurkan boleh digunakan untuk merawat luka ringan Bunga warna-warni sebagai dekorasi laman yang menarik      Ros Jepun mula menarik perhatian ramai sebagai tanaman hiasan kerana tumbuhannya yang bersaiz comel dan warna bunga-bunganya yang bervariasi dan memukau pandangan. Jadi, bolehlah berkunjung ke kebun kami, Kebun Reyhan untuk men

Apa Itu Roselle?

Roselle, Tumbuhan Serbaguna yang Bernilai!      Roselle atau nama lainnya asam paya, asam kumbang atau asam susur mula diperkenalkan di Asia Tenggara melalui Malaysia lebih dari 3 abad yang lalu. Tumbuhan ini turut dianggap sebagai 'Pokok Emas' atau tumbuhan serbaguna kerana mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.  Roselle   juga merupakan antara tumbuhan yang kami usahakan di Kebun Reyhan untuk menghasilkan produk baru Dr Sweet yang akan datang! NAMA SPESIES: HIBISCUS SABDARIFFA  KELUARGA: MALVIACEAE ASAL: AFRIKA TIMUR DAN SELATAN TIMUR ASIA CIRI-CIRI: BATANG, TANGKAI DAN DAHAN KESELURUHAN BERWARNA MERAH BUNGA BERWARNA KUNING MUDA DAN MERAH JAMBU BUAH ROSELLE BERWARNA MERAH TUA TERDIRI DARI 5 KALIKS YANG BERCANTUM DI PANGKAL MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 2 METER  Roselle bukan sahaja kaya dengan Vitamin A dan C malah mineral. Antara kelebihan yang terdapat pada Roselle adalah: Melancarkan peredaran aliran darah Mengurangkan tekanan darah tinggi Mencegah penyakit k

Kebun Reyhan

  Perkembangan terkini di Kebun Reyhan!      Seperti yang anda semua tahu, ladang SteviaSugar Corporation bertempat di dua buah lokasi iaitu di Serdang dan Hulu Langat. Ladang kami telah diberi nama  "Kebun Reyhan" yang bermaksud herba yang harum atau heaven flower.       Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam di Kebun Reyhan antaranya tumbuhan kunyit hitam, halia hitam, sambung nyawa dan limau kasar. Yang paling menarik, Kebun Reyhan akan dibuka sepenuhnya bukan sahaja untuk lawatan umum malah untuk urusan pembelian biji benih, buah-buahan dan lain-lain.       Selain itu, pokok-pokok herba yang diusahakan di kebun juga akan menjadi bahan mentah untuk penghasilan produk terbaru keluaran Dr Sweet, contohnya minuman teh segera. Ikuti progres kami di Kebun Reyhan pada posting yang akan datang! Antara tumbuhan yang diusahakan dan ditanam di Kebun Reyhan Mencantikkan kawasan kebun dengan tumbuhan  berbunga harum dan tumbuhan herba

Apa Itu Orange Aubergine?

Orange Aubergine, Terung Comel Seperti Tomato!     Jika anda datang ke Kebun Reyhan kami, anda juga berpeluang untuk melihat tumbuhan Orange Aubergine yang kami usahakan di kebun. Pokok Orange Aubergine berasal dari Turki dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Turkish Orange Eggplant, Mock Eggplant dan Garden Eggs. Walaupun buah Orange Aubergine mempunyai biji yang agak banyak tapi ia mempunyai rasa yang lebih manis berbanding buah terung lain. NAMA SPESIES: SOLANUN INTEGRIFOLIUM KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: TURKI CIRI-CIRI: BUAH BERSAIZ BOLA TENIS SEPERTI TOMATO BUAH BERWARNA OREN TERANG DAN BERJALUR HIJAU DAUN BERWARNA HIJAU KEBIRUAN BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN 2-4 KAKI  Jadi apakah kelebihan yang ada pada Orange Aubergine ? Antikanser seperti mencegah, melawan dan membaiki sel yang rosak Kaya dengan bioflavonoids bagi melawan kanser Mengandungi lycopene sebagai sumber antioksidan Membantu mengurangkan berat badan Merawat gigitan kala jengking dan merawat radang dingin Kaya dengan

Apa Itu Terung Asam?

  Terung Asam, Buah Terung yang Popular di Sarawak!      Pokok Terung Asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan sejenis tumbuhan renek berbuah yang terkenal di Sarawak. Buah Terung Asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang. Disebabkan rasa buahnya yang masam seperti tomato, ia sering digunakan dalam masakan seperti masakan asam pedas, sambal atau kari. NAMA SPESIES: SOLANUM LASIOCARPUM  KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: ASIA TENGGARA, PAPUA NEW GUINEA, AMERIKA SELATAN CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN AGAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH DAN KUNING DI BAHAGIAN TENGAH BUAH BERBENTUK BULAT ATAU BULAT LEPER MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1 METER  Manfaat yang terdapat pada pokok Terung Asam adalah: Mengawal tekanan darah Mengurangkan risiko penyakit jantung Menstabilkan gula dalam darah Memerangi Osteoporosis Menurunkan risiko kanser Membantu menurunkan berat badan Merawat masalah kulit seperti kudis dan luka Melindungi dari pe

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutrisi dan boleh dimakan. Apabila bijinya direbus, teksturnya e

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Melur

 Harum an kuat dan manis, Bunga Melur!     Pokok bunga Melur merupakan antara tumbuhan berbunga yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Tumbuhan berbunga harum  a mat popular terutamanya dalam industri penghasilan minyak wangi. Terdapat lebih dari 200 spesies tumbuhan Melur yang telah dikenalpasti dan bunganya terdiri daripada warna putih, kuning mahupun merah. Selain nama Melur, tumbuhan ini turut dipanggil sebagai Jasmine, Melati dan Sri Gading. NAMA SPESIES: JASMINUM SAMBAC KELUARGA: OLEACEAE ASAL: ASIA TROPIKA CIRI-CIRI: BUNGA BERWARNA PUTIH BERBAU HARUM DAUN BERBENTUK OVATE , LICIN DAN BERBULU HALUS DI BAWAH PERMUKAAN DAUN TUMBUHAN MALAR HIJAU JENIS BELUKAR RENEK KETINGGIAN POKOK ANTARA 0.5 - 3 METER  Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok bunga Melur adalah: Merawat sakit mata dan asma Merawat masalah resdung Merawat gigitan serangga berbisa Mengurangkan sakit kepala dan stres Menguatkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol Menguatkan sistem imun tubuh Menurunk

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Subang Nenek

Subang Nenek,  Anestetik dan Penambah Perisa Semulajadi!     Jika anda kunyah daun Subang Nenek, anda akan mengalami sensasi seperti meletakkan bateri 9V  pada lidah dan jika anda kunyah bunganya, mata akan mula berair dan air liur akan mula memenuhi mulut sehingga anda terasa seperti hendak muntah.      Subang Nenek merupakan sejenis tumbuhan yang sangat unik kerana bunganya apabila dimakan akan memberi efek seperti dibius kekebasan. Disebakan itu, Subang Nenek diberi jolokan 'Toothache Plant' dan dikenali sebagai Electric Daisy. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'Eyeball plant' dan 'Butang Baju Siti Fatimah' disebabkan rupa bunganya yang seakan-akan bebola mata atau butang baju.   NAMA SPESIES: ACMELLA OLERACEAE KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: BRAZIL CIRI-CIRI: BUNGA KECIL-KECIL DAN TUMBUH SECARA   KLUSTER BUNGA BERWARNA MERAH BERCAMPUR KUNING KEEMASAN BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN LICIN DAN DAUNNYA BERBENTUK OVATE   KETINGGIAN POKOK MENCECAH 16 INCI     

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Cape Jasmine Gardenia

  Cape Jasmine Gardenia, Pokok Berbunga Wangi Putih Bersih!     Cape Jasmine Gardenia atau lebih mesra dikenali sebagai Bunga Cina Kampung merupakan tumbuhan berbunga yang kebiasaannya dijumpai tumbuh meliar di negara Vietnam, Selatan Cina, Korea, Taiwan, Japan, Myanmar, India dan Bangladesh.  Tumbuhan yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet ini dinamakan Cape Jasmine kerana tumbuhan berbunga ini dipercayai berasal dari Cape of Good Hope, South Africa.  NAMA SPESIES: GARDENIA JASMINOIDES KELUARGA: RUBIACEAE ASAL: ASIA CIRI-CIRI:  POKOK RENEK MALAR HIJAU DENGAN DAUN BERWARNA HIJAU PEKAT MEMPUNYAI BUNGA BERWARNA PUTIH YANG AMAT WANGI  BATANGNYA BERKAYU, BERCABANG DAN BERWARNA KEKELABUAN KETINGGIAN POKOK 1- 2 METER      Cape Jasmine Gardenia bukan sahaja berbau harum malah penuh dengan manfaat. Antaranya: Menyembuhkan demam dan sakit tekak Merawat masalah inflamasi pada mata Sebagai aromaterapi bagi mengatasi depresi Mengurangkan masalah obesiti Melawan jangkitan dan merawat luka Meni