Skip to main content

Posts

Showing posts with the label bungatelang

Apa Itu Bunga Telang?

  Bunga Telang, Pewarna Biru Nasi Kerabu ! Memiliki kelopak bunga berwarna ungu kebiruan yang begitu cantik dipandang, Bunga telang atau nama Inggerisnya butterfly pea adalah sejenis tumbuhan yang  memang sudah dikenali ramai di dalam penyediaan makanan dan kuih-muih. Ada yang mengambil bunga telang sebagai makanan ulam di Malaysia.  Bukan itu sahaja, bunga telang juga sering digunakan sebagai pewarna biru semulajadi  terutamanya dalam sajian nasi kerabu yang terhasil daripada sebatian anthocyanin dalam pigmen bunganya yang didapati memberikan bunga ini warna biru. NAMA SPESIES: CLITORIA TERNATEA KELUARGA: FABACEAE ASAL: AMERIKA SELATAN DAN ASIA CIRI-CIRI: TUMBUHAN JENIS MENJALAR DAN BERDAUN ELIPS BUNGA MEMILIKI KELOPAK BERBENTUK CORONG BUNGA BIRU TUA ATAU UNGU KEBIRUAN DENGAN TANDA KUNING DI TENGAH  TUMBUH DENGAN CEPAT DAN MENCAPAI KETINGGIAN 6-10 KAKI Kebaikan bunga telang Bunga telang turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan. Antaran...