Skip to main content

Posts

Showing posts with the label resepistevia

DR SWEET'S Sweet and Sour Chicken - Ayam Masam Manis Stevia

  Sesuai untuk pesakit kencing manis/diabetik - diabetic friendly menu Bahan-bahan 570g dada ayam tanpa kulit & tulang, potongan 1 inci 3 sudu besar tepung jagung, dibahagikan 1 telur besar - putih sahaja 1 bawang besar, dihiris  3 bawang putih, dicincang 1 inci halia, dicincang  2 sudu besar pes cili kering 2 sudu besar pes tomato 1 sudu besar sos cili 4 lada benggala hijau, dihiris 1 inci 1 cawan ketulan nenas potong + 1/2 cawan jus nenas 1 sudu besar sos ikan 1 tomato segar, dipotong dadu 1 sudu  besar Dr Sweet's Stevia Spoonable Powder Secubit serbuk lada hitam & garam 1/2 cawan daun bawang, dihiris halus Cara penyediaan 1. Perap potongan ayam dengan garam dan lada hitam selama 30 minit. 2. Pukul putih telur dan sediakan 2 sudu besar tepung jagung di dalam mangkuk asing. Celup potongan ayam di dalam telur dan kemudian dalam tepung. 3. Di dalam kuali, panaskan 2 sudu besar minyak dengan api sederhana, dan goreng ayam sehingga rangup dalam 5-7 minit. Asing...

Resepi Aiskrim 3 Bahan Homemade Paling Sedap & Mudah

MENU BERBUKA PUASA SIMPLE & CEPAT  Sempena bulan ramadan 2022 yang akan kunjung tiba tak lama lagi, semestinya kita dah siap siap nak prepare juadah ramadan 30 hari! Hari ini saya nak share kan menu pencuci mulut yang sihat menggunakan 3 bahan sahaja,  PALING SEDAP DAN MUDAH!  BAHAN-BAHAN: 4 biji pisang apa-apa jenis, besar dan sangat masak 450g strawberi segar, warna merah gelap, dan sangat masak. Biasanya beli di Jaya Grocer je 1/2 sudu besar serbuk stevia, dari DR SWEET > KLIK untuk beli CARA-CARA: 1. Hiris pisang dan strawberi menjadi kepingan kecil. Lagi nipis lagi mudah untuk kita blend nanti. Jangan lupa cuci dulu strawberi tu ya dan buang daunnya.  2.  Letakkan setiap hirisan di atas baking paper / kertas bakar kuih satu persatu. Tujuan susunan ni adalah untuk elakkan kepingan kita dari melekat dan bertindih sesama sendiri. Kalau tak ikut step ni, nanti susah nak leraikan bila dah keras kejung. Bekukan selama 2 jam atau sehingga beku sepenu...

Stevia Cookbook: Resepi Agar-Agar Kelapa Stevia

     Pemanis semulajadi Stevia cukup terkenal sebagai pengganti gula dalam minuman. Tetapi, tahukah anda Stevia juga boleh digunakan dalam masakan?      Untuk posting kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda resepi agar-agar kelapa menggunakan Stevia yang serba ringkas, mudah dan enak untuk anda cuba di rumah. Resepi ini sedap dihidang sejuk-sejuk sebagai pencuci mulut dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.  Selamat mencuba! RESEPI AGAR-AGAR KELAPA STEVIA Bahan-bahan: Dr Sweet Stevia Powder (1/2 sudu teh) Gula Perang (2 sudu teh) Serbuk Agar-Agar (1 sudu teh) Buah Kelapa Muda (2 biji) Cara-cara: Tuangkan kesemua air kelapa muda ke dalam bekas yang kosong Korek isi kelapa menggunakan sudu dan masukkan isinya ke dalam bekas yang berasingan Tuangkan air kelapa ke dalam periuk, kemudian masukkan gula perang, serbuk Stevia dan serbuk agar-agar Gunakan api yang perlahan, kacau adunan hingga semua gula dan Stevia telah larut dan mula mendidih Angkat...