Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sambungnyawabatik

Herba Sambung Nyawa Batik (Gynura Pseudochina) Rawatan Kayap dan Kesihatan

Sambung nyawa batik atau nama saintifiknya Gynura pseudochina tergolong dalam famili Asteraceae (Compositae). Ia adalah tumbuhan herba saka, separa berair (semi-succulent) yang biasanya tumbuh sehingga 20 - 60 cm tinggi dengan ketinggian maksimum 1.3 m dari ubi kayu yang keras. Spesies ini sedikit berlainan dengan pokok sambung nyawa biasa yang mempunyai daun berwarna hijau (Gynura procumbens). (sambung nyawa batik) (sambung nyawa hijau) Lokasi asal tumbuhan ini tidak diketahui tetapi banyak ditemui di Afrika Tropika, Benua Kecil India ke Selatan China dan Asia Tenggara. Ia dikenali sebagai Wan Mahakan di Thailand dan berkait rapat dengan Okinawan Spinach di Jepun, iaitu salah satu spesies genus Gynura yang berdaun ungu. (Okinawan spinach) Warna dan bentuk daunnya sering menjadi perhatian. Bilah daunnya tumbuh secara tunggal, mempunyai bentuk bujur seperti sudu, dengan muncung yang runcing dan sisi yang bergerigi lebar serta kepanjangan 7-40cm dan 5-20 cm lebar. Ia berwarna hijau gel...

Apa Itu Sambung Nyawa Batik?

Sambung Nyawa Batik, Tumbuhan Bercorak Menarik Seperti Batik!      Pokok Sambung Nyawa mempunyai pelbagai variasi dan antara spesies Sambung Nyawa yang terkenal adalah Sambung Nyawa Batik. Sambung Nyawa Batik senang dikenali kerana corak daunnya seakan batik, iaitu warna ungu daun bercampur warna hijau urat daun tersebut. NAMA SPESIES: GYNURA PSEUDOCHINA VAR. HISPIDA KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: MEMPUNYAI CORAK TEPI DAUN YANG BERSEGI DAUN BERWARNA UNGU DAN URAT DAUN BERWARNA HIJAU BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN 1.3 METER Kenali manfaat menarik yang ada pada Sambung Nyawa Batik: Melancarkan aliran haid Mengimbangi tekanan darah Melegakan sakit kepala Merawat luka ringan dan penyakit kulit Mengurangkan kadar kolestrol dan kencing manis Mnegurangkan risiko serangan penyakit jantung      Daun Sambung Nyawa Batik ini bukan sahaja enak dimakan sebagai ulam atau salad, tetapi ia juga enak dicampur dalam ramuan telur dadar atau masakan kerabu s...