Skip to main content

Apa Itu Tulasi?

Tulasi, Herba Sakti yang Sohor di India!


Tulasi dikenali dengan pelbagai nama, antaranya Tulsi, Holy Basil dan Indian Basil. Tumbuhan ini diberi nama Holy Basil kerana dianggap sebagai sacred plant serta dipercayai membawa maksud "the incomparable one". 


NAMA SPESIES:
OCIMUM TENUIFLORUM

KELUARGA:
LAMIACEAE

ASAL:
INDIA

CIRI-CIRI:
BATANG POKOK BERBULU HALUS
DAUN BERWARNA KEHIJAUAN ATAU UNGU
DAUN OVATE DAN BERGERIGI DI TEPI
TINGGI POKOK ANTARA 30-60CM


Tulasi terkenal dalam perubatan ayuverdik kerana dipercayai mampu merawat, mencegah dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Antaranya:
  • Meredakan migrain, mengurangkan insomnia dan anxiety
  • Merawat demam, selsema dan perut berangin 
  • Melegakan sengatan dan gigitan serangga
  • Merawat masalah gangguan usus 
  • Mencegah penuaan pramatang
  • Menurunkan paras gula dalam darah
  • Menguatkan sistem imun badan
  • Mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung
  • Mengurangkan stress
  • Menyeimbangkan sistem metabolisma badan

Selain dimakan atau dibuat minuman, tumbuhan berdaun aromatik ini juga boleh dijadikan sebagai penghalau nyamuk kerana aromanya yang kuat iaitu seakan bau pudina mentol, bunga cengkih, likuoris dan lemon mampu menghalau nyamuk secara semulajadi.


Berminat nak tanam Tulasi di halaman rumah? Dapatkan pokok Tulasi terus dari Kebun Reyhan sekarang dengan melayari:

Lazada:
https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/
https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/

Shopee:
https://shopee.com.my/herbalwise.holdings
https://shopee.com.my/steviasugar

Comments

Popular posts from this blog

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Gymnema?

  Pokok Pemusnah Gula, Gymnema!      Pokok Gymnema ataupun nama lainnya pokok Gurmar dan pokok Australian Cowplant merupakan pokok herba yang bersifat Sugar Blocker. Dalam sistem Ayurveda , pokok Gymnema diterangkan sebagai sejenis pokok pemusnah gula dan telah digunakan secara meluas sebagai penawar diabetes dalam perubatan Ayurveda.  NAMA SPESIES: GYMNEMA SYLVESTRE KELUARGA: APOCYNACEAE ASAL: AFRIKA  TROPIKA, INDIA TENGAH DAN INDIA SELATAN CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK BUJUR DAN BERWARNA HIJAU GELAP  MEMPUNYAI BUNGA-BUNGA KECIL BERWARNA KUNING POKOK JENIS MEMANJAT DAN BERKAYU     Air rebusan daun Gymnena boleh diminum sebagai teh. Daun Gymnema  yang telah diproses menjadi serbuk dan kapsul boleh diambil dengan air kosong 5-10 minit sebelum makan sebagai supplement kesihatan. Bagi Gymnena  dalam bentuk serbuk dan kapsul, kuantiti yang selamat untuk diambil adalah seperti berikut: Serbuk Gymnena: Maksimum sehingga 4g jika tiada ...

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...