Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ladang

Kebun Reyhan

  Perkembangan terkini di Kebun Reyhan!      Seperti yang anda semua tahu, ladang SteviaSugar Corporation bertempat di dua buah lokasi iaitu di Serdang dan Hulu Langat. Ladang kami telah diberi nama  "Kebun Reyhan" yang bermaksud herba yang harum atau heaven flower.       Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam di Kebun Reyhan antaranya tumbuhan kunyit hitam, halia hitam, sambung nyawa dan limau kasar. Yang paling menarik, Kebun Reyhan akan dibuka sepenuhnya bukan sahaja untuk lawatan umum malah untuk urusan pembelian biji benih, buah-buahan dan lain-lain.       Selain itu, pokok-pokok herba yang diusahakan di kebun juga akan menjadi bahan mentah untuk penghasilan produk terbaru keluaran Dr Sweet, contohnya minuman teh segera. Ikuti progres kami di Kebun Reyhan pada posting yang akan datang! Antara tumbuhan yang diusahakan dan ditanam di Kebun Reyhan Mencantikkan kawasan kebun dengan tumbuhan  berbunga harum...

Ladang Stevia di Serdang dan Hulu Langat

Tapak Ladang Baru di Serdang dan Hulu Langat! Antara misi Steviasugar Corporation pada tahun 2020 adalah untuk merasmikan kawasan ladang yang baru di dua buah lokasi, iaitu di Serdang dan di Hulu Langat. Selain menjadi tapak semaian bagi penanaman tumbuhan Stevia, kami juga akan menanam pelbagai jenis  tumbuhan herba, sayur-sayuran serta buah-buahan. Proses untuk membajak tanah dan membuat batas tanaman menggunakan mesin power tiller akan dilaksanakan sebaik sahaja kawasan tanah dilapangkan. Selain itu, proses membaik pulih saluran paip air untuk water  sprinkler , membaiki dan memasang rumah hijau juga sedang giat dijalankan di kedua-dua lokasi ladang tersebut.  Ladang di Serdang dan di Hulu Langat dijangka siap pada tahun ini juga dan bakal dibuka untuk lawatan tidak lama lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis tumbuhan yang akan ditanam di ladang baru kami, ikuti perkembangan kami menerusi  posting yang akan datang.    ...