Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

KHASIAT CINCAU HIJAU JALAR DAN CARA-CARA UNTUK MEMBUAT JELI

Cincau hijau jalar  disebut juga  cincau hijau melilit atau cincau hijau merambat ini sering menjadi bualan hangat terutama di Indonesia mengenai kebaikan dan khasiat yang ada pada tumbuhan ini. Nak tahu bagaimana pokok ini boleh memberi khasiat kepada kesihatan manusia? Mari kita lihat di bawah.  Pokok ini jenis berkayu lembut dan boleh mencecah sehingga 5 meter jika tidak dipangkas. Dahan pokok berwarna coklat gelap berdaun hijau jenis lonjong dan licin serta tebal . Mudah bertunas jika dipangkas dan menghasilkan akar serabut pada pangkal daun bila pokok sudah berusia. Sesuai ditanam di dalam pasu mahupun di tanah pokok. Indonesia sudah lama menanam pokok ini dan sudah menjadi rutin memakan/meminum cincau hijau dalam diet mereka. KHASIAT CINCAU HIJAU JALAR KEPADA KESIHATAN Manfaat segelas cincau hijau jenis jalar dipercayai boleh menurunkan panas badan , masalah usus dan darah tinggi . Cincau jalar ini kaya dengan vitamin A , B , C ,  kalsium , zat besi , fosforus dan serat . D

Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS 2022)

Sukacita kami maklumkan bahawa Steviasugar Corporation (M) Sdn Bhd dan Herbalwise Holdings (M) Sdn Bhd kini sedang berada di Pameran Halal Antarabangsa / Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada 7-10 September, 2022.  Acara ini dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MIHAS ialah platform perniagaan nombor satu industri Halal untuk mempamer dan memasarkan produk dan perkhidmatan oleh pelbagai syarikat berstatus Halal di Malaysia. Edisi ke-18 MIHAS tahun ini akan menjadi acara Hibrid - pameran fizikal, serentak dengan pameran di platform maya MIHAS. Kami akan memaparkan pelbagai produk penjagaan kesihatan DR Sweet, termasuk DR Sweet Spoonable Powder, iaitu serbuk stevia yang semakin popular! Anda juga akan berpeluang untuk bekerjasama dengan kami sebagai pengilang OEM untuk mencipta produk makanan dan minuman tambahan anda send

Family Day bersama Steviasugar Corporation (M) Sdn Bhd dan Herbalwise Holdings (M) Sdn Bhd

Steviasugar Corporation dan Herbalwise Holdings mengadakan Hari Keluarga tahunan hujung minggu lalu, pada hari Sabtu, 3 September 2022, untuk memupuk perpaduan dan semangat berpasukan di kalangan ahli jabatan di kedua-dua syarikat. Majlis tersebut telah diadakan di Kebun Reyhan di Hulu Langat. Setiap orang membawa ahli keluarga masing-masing dan menghabiskan masa seharian untuk berkenalan sesama sendiri, menerokai kebun, bermain kuiz, dan makan-makan. Pemenang kuiz turut diberikan hadiah istimewa. Hari Keluarga ini disudahi dengan mengambil gambar berkumpulan bagi memperingati majlis istimewa ini. Secara keseluruhannya, acara ringkas ini mencapai objektifnya untuk meningkatkan semangat berpasukan dan memupuk persefahaman yang lebih baik di kalangan kakitangan. Kami berharap dapat menganjurkan satu lagi hari keluarga pada masa akan datang.