Skip to main content

Jom Kenali 2 Jenis Bangun-Bangun!

Herba yang Mirip Oregano, Bangun-Bangun!


Pokok bangun-bangun, bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, ati-ati hijau atau lemuju bukanlah oregano asli. Ia adalah sejenis herba aromatik yang sangat beraroma dan lazimnya digunakan di dalam masakan Mediterranean.

Masyarakat India banyak menanam pokok bangun-bangun ini di sekitar laman. Ia boleh digunakan sebagai ulaman, herba ubatan dan sebagai tumbuhan hiasan yang menarik. 

Terdapat 2 varieti pokok bangun-bangun iaitu bangun-bangun hijau (Tropical oregano) dan bangun-bangun batik (Variegated tropical oregano).


BANGUN-BANGUN HIJAU

NAMA SPESIES:
PLECTRANTHUS AMBOINICUS

KELUARGA:
LAMIACEAE

ASAL:
AFRIKA SELATAN DAN AFRIKA TIMUR

CIRI-CIRI:
MEMPUNYAI AROMA KUAT SEAKAN OREGANO DAN TAIM
DAUN BERBENTUK HATI DENGAN HUJUNGNYA MERUNCING
DAUN MEMPUNYAI GERIGI DI SEKELILINGNYA
BUNGA MAJMUK, KECIL DAN BERWARNA PUTIH



BANGUN-BANGUN BATIK

NAMA SPESIES:
PLECTRANTHUS AMBOINICUS 'VARIEGATUS'

KELUARGA:
LAMIACEAE

ASAL:
BERASAL DARI AFRIKA ATAU INDIA

CIRI-CIRI:
MEMPUNYAI AROMA KUAT SEAKAN OREGANO DAN TAIM
DAUN BERBENTUK HATI DENGAN HUJUNGNYA MERUNCING
BERWARNA PUTIH KRIM DI TEPI DAUN DAN BERGERIGI DI SEKELILINGNYA
BUNGA MAJMUK, KECIL DAN BERWARNA UNGU MUDA HINGGA MERAH
 (ADA YANG JARANG BERBUNGA)

Apakah kebaikan yang terdapat pada bangun-bangun?:

  • Meredakan ulser dan sakit kepala
  • Melegakan batuk, asma, selsema dan demam
  • Merawat sembelit dan masalah haid bermasalah
  • Meningkatkan pengeluaran susu badan bagi ibu menyusu
  • Meningkatkan selera makan
  • Meningkatkan daya imunisasi badan

  • Pokok bangun-bangun ini dikenali sebagai pokok ubat batuk kerana ia telah digunakan secara turun temurun untuk merawat masalah batuk dan sakit tekak. Petua menghilangkan batuk tanpa ubat dengan menggunakan air rebusan pokok bangun-bangun dapat menghilangkan batuk secara semula jadi! 

    Selain menggunakan air rebusan daun, ada cara lain yang boleh diamalkan untuk memperoleh manfaat yang serupa daripada herba bangun-bangun, antaranya:

    • Ramas daunnya sehingga keluar jus daun dan minum jusnya
    • Rebus daun bangun-bangun dan minum sebagai teh herba
    • Rendam daun yang telah dicarik di dalam air panas dan minum apabila ia beransur suam
    • Kunyah daun bangun-bangun segar
    • Hiris daun bangun-bangun dan campurkan ke dalam masakan

    Teh bangun-bangun


    Dapatkan varieti bangun-bangun kesukaan anda dari Kebun Reyhan dengan membuat pembelian melalui:

    Laman web: www.herbalwise.com.my

    Lazada:
    https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/
    https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/

    Shopee:
    https://shopee.com.my/herbalwise.holdings
    https://shopee.com.my/steviasugar

    Whatsapp HQ: 019-5466443


    Pokok bangun-bangun hijau

    Pokok bangun-bangun batik

    Untuk lebih banyak info mengenai pokok herba bangun-bangun, saksikan video di bawah: 


    Comments

    Popular posts from this blog

    Apa Itu Buah Pulur?

      Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

    Apa Itu Ashitaba?

    Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

    Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

    Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...