Skip to main content

Posts

Showing posts with the label buahkristal

Apa Itu Buah Kristal?

Buah 3 Rasa, Buah Kristal! Pernah dengar tentang buah kristal ? Jika tidak, mari kenali lebih banyak tentang buah eksotik ini.  Cantik dipandang, enak dimakan. Buah kristal atau matoa fruit dikatakan mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, durian dan rambutan. Keunikan buah kristal tidak terhenti di situ sahaja, ia diberi nama buah kristal kerana isi buahnya yang berwarna putih jernih seakan kristal dan berkulit rapuh serta mudah pecah.   Buah kristal yang telah dikopek Ketika muda, buahnya berwarna hijau muda tetapi lama-kelamaan buah kristal akan bertukar kepada merah keperang-peranga n sehingga merah kehitam-hitaman apabila cukup matang. NAMA SPESIES: POMETIA PINATA KELUARGA: SAPINDACEAE ASAL: PAPUA, INDONESIA CIRI-CIRI: DAUN BERALUN DENGAN PUCUK BERWARNA MERAH BENTUK BUAHNYA LONJONG SEUKURAN BUAH PINANG BUAH KRISTAL BERGUGUS SEPERTI BUAH LONGAN BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA LEBIH 30M Apakah kebaikan buah kristal untuk kesihatan dan kecantikan? Mengur...

Buah Kristal / Matoa / Kasai - buah eksotik/nadir Papua adik-beradik Laici?

Buah kristal dikenali secara botani sebagai Pometia pinnata dan merupakan ahli keluarga sapindaceae yang eksotik seperti laici, rambutan dan longan. Ia dirujuk sebagai "buah khas dari Papua" dan dipanggil Ton atau Taun di pulau Papua New Guinea, Buah Matoa di Indonesia, dan Buah Kristal atau Kasai di Malaysia Barat. Ia didapati tumbuh meluas di Indonesia, sekitar pulau Sulawesi, Maluku, Maluku Utara, dan Borneo, tetapi buah ini tidak berapa dikenali di Malaysia kerana sifat nadirnya.  Berbeza dengan rambutan yang mempunyai campuran rasa masam dan manis, buah kristal mempunyai rasa manis yang lebih kuat seperti buah longan atau laici, dengan tekstur yang lembut dan berair. Ia boleh didapati dalam warna hijau dan kuning ketika muda, dan merah, coklat dan ungu ketika masak.  Saiz buahnya tidaklah besar dan tidaklah kecil, kira-kira 5-7cm panjang dan 3cm lebar. Anda boleh menikmati buah ini secara segar, menambahnya ke dalam minuman, menyimpannya dalam sirap, atau pelbagai c...