Skip to main content

Resepi Aiskrim 3 Bahan Homemade Paling Sedap & Mudah

MENU BERBUKA PUASA SIMPLE & CEPAT 

Sempena bulan ramadan 2022 yang akan kunjung tiba tak lama lagi, semestinya kita dah siap siap nak prepare juadah ramadan 30 hari! Hari ini saya nak share kan menu pencuci mulut yang sihat menggunakan 3 bahan sahaja, PALING SEDAP DAN MUDAH! 


Aiskrim strawberi dan pisang dihidangkan diatas pinggan bersama potongan pisang dan buah strawberi.


BAHAN-BAHAN:


Buah strawberi ranum di dalam bekas plastik dan pisang terlebih masak diatas meja alas kuning


DR SWEET Spoonable Stevia diatas meja berwarna kuning

  • 4 biji pisang apa-apa jenis, besar dan sangat masak
  • 450g strawberi segar, warna merah gelap, dan sangat masak. Biasanya beli di Jaya Grocer je
  • 1/2 sudu besar serbuk stevia, dari DR SWEET > KLIK untuk beli

CARA-CARA:

1. Hiris pisang dan strawberi menjadi kepingan kecil. Lagi nipis lagi mudah untuk kita blend nanti. Jangan lupa cuci dulu strawberi tu ya dan buang daunnya. 

2. Letakkan setiap hirisan di atas baking paper / kertas bakar kuih satu persatu. Tujuan susunan ni adalah untuk elakkan kepingan kita dari melekat dan bertindih sesama sendiri. Kalau tak ikut step ni, nanti susah nak leraikan bila dah keras kejung. Bekukan selama 2 jam atau sehingga beku sepenuhnya.

Potongan pisang dan strawberi disusun di atas kertas pembakar

3. Masukkan hirisan buah dalam pemproses makanan / blender (kalau boleh, blender yang heavy duty atau tahan lasak) dan masukkan serbuk stevia. Kalau tak cukup manis, boleh tambah lagi. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan. Blend sehingga adunan berkrim dan gebu. Jangan terlalu lama dan cair, nanti jadi smoothie pulak!


Blender aiskrim berwarna pink


4. Hidangkan segera atau simpan dalam bekas tertutup selama 3-4 jam atau sehingga keras dalam peti sejuk beku Sebelum hidang, biarkan ia cair sedikit selama 5-10 minit supaya mudah nak scoop. Dah siap~~~ (suara Mira Filzah)

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...