Kembali dengan resepi baru lagi.
Hari ini kami nak kongsikan satu resepi untuk anda lagi..
Resepi ini sangat sesuai untuk dinikmati semasa musim panas dan bila-bila masa sahaja.
Bagi yang sedang diet boleh la amalkan minum jus buah-buahan dengan stevia.
JUS TEMBIKAI SEGAR
Bahan-bahan :
3 cawan tembikai
1/4 cawan air
1 biji limau (Perah dapatkan jus)
1 paket Dr.Sweet SureVia Stevia
Cara-caranya :
Kisarkan kesemua bahan kemudian tuangkan dalam gelas.
Lebih enak jika dinikmati bersama dengan ais.
Itu sahaja cara penyediaannya..
Sangat Senang..
Hanya perlukan lebih kurang 15 minit sahaja..
Resepi ini bukan sahaja sedap tetapi sangat bagus untuk kesihatan kerana mengandungi khasiat dari buah tembikai dan pemanis semulajadi stevia.
Selamat mencuba..
Comments