Skip to main content

Resepi Biskut Coklat Cip Pudina - Resepi Biskut Raya Mudah Sukatan Cawan!

RESEPI BISKUT COKLAT CIP PUDINA - MINT CHOCOLATE CHIP COOKIES

Biskut Cip Coklat Pudina adalah pencuci mulut lazat yang dibuat dengan campuran ekstrak pudina dan cip coklat. 

Resipi biskut pudina yang menarik ini sesuai untuk mereka yang menggemari ais krim cip pudina! Sesuai dijamu pada hari raya!

Biskut raya coklat cip pudina bertindih dan dimakan

Membuat resipi biskut cip coklat pudina ini sangat mudah dan bagus untuk sesiapa yang menggemari gabungan coklat pudina.

Untuk tatapan tambahan > Apa Itu Pudina? // Apa Itu Pudina Coklat?

Biskut raya coklat cip pudina

Biskut raya coklat cip pudina

Masa Persediaan: 10 minit / Masa Memasak: 10 minit 

Jumlah Masa: 20 minit / Hidangan: 36 / Kalori: 126kcal

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Secubit garam
  • 226g mentega yang telah dilembutkan
  • ¼ cawan gula
  • ¾ cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • ½ sudu kecil minyak pudina atau 1 sudu kecil ekstrak pudina
  • 4-5 titik pewarna makanan hijau
  • 1 cawan cip coklat
  • 1 cawan ketulan coklat

Arahan
  • Pukul mentega, gula, pudina, dan telur sehingga sebati.
  • Masukkan dan pukul perlahan tepung, baking soda, garam, diikuti pewarna makanan hijau.
  • Gaul sebati cip coklat dan ketulan coklat, kemudian bentukkan menjadi bebola kecil menggunakan scooper aiskrim, dan letakkan di atas loyang dengan jarak 2 inci setiap biskut.
  • Bakar pada suhu 175 darjah selama 12 minit, kemudian hidangkan.


SELAMAT MENJAMU SELERA....!!!!



Resepi menarik lain:



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...