Skip to main content

Apa Itu Buah Kristal?

Buah 3 Rasa, Buah Kristal!

Pernah dengar tentang buah kristal? Jika tidak, mari kenali lebih banyak tentang buah eksotik ini. 

Cantik dipandang, enak dimakan. Buah kristal atau matoa fruit dikatakan mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, durian dan rambutan. Keunikan buah kristal tidak terhenti di situ sahaja, ia diberi nama buah kristal kerana isi buahnya yang berwarna putih jernih seakan kristal dan berkulit rapuh serta mudah pecah.

 
Buah kristal yang telah dikopek

Ketika muda, buahnya berwarna hijau muda tetapi lama-kelamaan buah kristal akan bertukar kepada merah keperang-perangan sehingga merah kehitam-hitaman apabila cukup matang.


NAMA SPESIES:
POMETIA PINATA

KELUARGA:
SAPINDACEAE

ASAL:
PAPUA, INDONESIA

CIRI-CIRI:
DAUN BERALUN DENGAN PUCUK BERWARNA MERAH
BENTUK BUAHNYA LONJONG SEUKURAN BUAH PINANG
BUAH KRISTAL BERGUGUS SEPERTI BUAH LONGAN
BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA LEBIH 30M


Apakah kebaikan buah kristal untuk kesihatan dan kecantikan?
  • Mengurangkan risiko kanser dan sakit jantung
  • Melawan penyakit berjangkit dan menguatkan sistem imun badan
  • Mengurangkan stress dan meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Merawat disentri
  • Meningkatkan kelembapkan dan keanjalan kulit

Pada zaman dahulu, kulit pokok kristal digunakan untuk mengawet jala supaya tahan lebih lama. Jala ikan dicelupkan dan direndam ke dalam air rebusan kulit pokok kristal yang dikeringkan untuk mengelakkan jala daripada mudah reput.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk memakannya, usah risau ia mudah sahaja.  Kulit luar buah kristal walaupun licin tetapi keras dan susah untuk dikopek bagi mendapatkan isinya.  Ada cara yang cepat untuk kopek buah kristal ini, hanya ambil dua biji buah kristal dan genggam kuat. Kulit sebiji buah kristal antara keduanya akan merekah dan pecah. Anda juga boleh melagakan buah kristal dengan mana-mana objek keras untuk kopek buah kristal.

Saksikan video di bawah untuk mengetahui cara untuk kopek buah kristal untuk dimakan: 

Link: https://youtu.be/JGadHcALesI
Credit: Pengembara Borneo by NJL

Dapatkan pokok buah kristal kesukaan anda dari Kebun Reyhan dengan membuat pembelian melalui:

Laman web: www.herbalwise.com.my

Lazada:
https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/
https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/

Shopee:
https://shopee.com.my/herbalwise.holdings
https://shopee.com.my/steviasugar

Whatsapp HQ: 019-5466443



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...