Skip to main content

KHASIAT CINCAU HIJAU JALAR DAN CARA-CARA UNTUK MEMBUAT JELI

Cincau hijau jalar disebut juga cincau hijau melilit atau cincau hijau merambat ini sering menjadi bualan hangat terutama di Indonesia mengenai kebaikan dan khasiat yang ada pada tumbuhan ini. Nak tahu bagaimana pokok ini boleh memberi khasiat kepada kesihatan manusia? Mari kita lihat di bawah. 



Pokok ini jenis berkayu lembut dan boleh mencecah sehingga 5 meter jika tidak dipangkas. Dahan pokok berwarna coklat gelap berdaun hijau jenis lonjong dan licin serta tebal. Mudah bertunas jika dipangkas dan menghasilkan akar serabut pada pangkal daun bila pokok sudah berusia. Sesuai ditanam di dalam pasu mahupun di tanah pokok. Indonesia sudah lama menanam pokok ini dan sudah menjadi rutin memakan/meminum cincau hijau dalam diet mereka.

KHASIAT CINCAU HIJAU JALAR KEPADA KESIHATAN

Manfaat segelas cincau hijau jenis jalar dipercayai boleh menurunkan panas badan, masalah usus dan darah tinggi. Cincau jalar ini kaya dengan vitamin A, B, Ckalsium, zat besi, fosforus dan serat. Dengan demikian memang cincau hijau terbaik dengan kesihatan kita. Ia membekalkan beberapa zat makanan untuk tubuh badan secara konsisten jika diamalkan meminum air atau jeli cincau mengikut ketetapan yang dibenarkan.
Disarankan juga meminum air atau memakan jeli cincau hijau sangat bermanfaat untuk mencegah penyakit barah. Ini kerana daun cincau mengandungi alkaloid dan isokandrodendrin yang mampu melawan dan mencegah barah terutamanya barah ginjal dan tumor.
Cincau hijau enak dibuat jeli yang dicampurkan pelbagai bahan asas kesukaan sendiri malah enak dijadikan minuman yang ditambah perisa disukai.

KAEDAH UNTUK MENGHASILKAN CINCAU HIJAU


Daun cincau dihancurkan dan direndam didalam air

Kemudian air dari perahan daun cincau ditapis dan boleh dibiarkan didalam peti sejuk selama 6 jam.

Selepas disejukkan, pati cincau tadi akan mengeras dan boleh dimakan.

Untuk penambah perisa, anda juga boleh mengolah resepi dengan menggunakan cincau hijau ini. 


Anda hanya perlu menghancurkan daun dalam air suam atau air yang ditapis

1. Hancurkan daun menjadi kepingan yang lebih kecil dengan tangan anda sehingga jeli bercampur air.
2. Tapis biarkan serpihan keluar dan biarkan jeli bertukar keras.
3. Anda boleh memasukkan peti sejuk untuk mempercepatkan proses (biasanya ia akan    mengambil masa kira-kira 6 jam dan ke atas)

Selepas direhatkan seketika pati cincau dari daun tersebut mengeras dan enak dimakan begitu sahaja. Agak rasa pelik sebab klorofilnya sangat kuat namun rasa tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit air perahan lemon dan bahan-bahan asas seperti bertih jagung rebus, jelly, gula atau aiskrim apa-apa perisa. Tambah ais kiub dan bolehlah dimakan sambil menonton TV atau berkumpul dengan sanak saudara. memang super sedap!

CARA PENJAGAAN POKOK CINCAU JALAR

  • Memerlukan tanah lembap bersaliran baik. Pastikan tanah tidak kering.
  • Tanam di kawasan yang agak redup atau di bawah matahari tetapi tumbuhan ini sensitif kepada cuaca panas melampau.
  • Baja tanah selang beberapa minggu menggunakan baja organik dan pastikan tidak terkena pangkal pokok.
  • Pasang trellis untuk menyokong tumbesaran pokok. Tuai daunnya untuk kegunaan.
  • Pokok boleh dibiak dengan mudah dari keratan batang




Nak buat homemade cincau di rumah? Jom tanam pokok cincau hijau jalar dirumah! Boleh beli direct dari Kebun Reyhan disini⬇⬇⬇

Laman web: https://herbalwise.com.my/shopmain/






Comments

Popular posts from this blog

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Pokok Chaya?

  Pokok Chaya, Tumbuhan Berdaun Seperti Daun Betik! Pernah dengar tentang Pokok Chaya ? Pokok Chaya atau nama lainnya Bayam Suria merupakan tumbuhan yang tumbuh tinggi, mempunyai daun seakan daun betik dan berbatang seperti batang ubi. Tumbuhan ini hidup dengan subur di kawasan lembap dan kering serta ada ditanam di Kebun Reyhan kami.  NAMA SPESIES: CNIDOSCOLUS ACONITIFOLIUS  KELUARGA: EUPHORBIACEAE ASAL: SEMENANJUNG YUCATAN DI MEXICO CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG LEBAR BERSAIZ OBLONG YANG PANJANG BATANG POKOK BERWARNA COKLAT KELABU MUDA DENGAN GARIS-GARIS GELAP  MENGANDUNGI LATEKS BERWARNA PUTIH  BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 6M Manfaat Pokok Chaya untuk kesihatan adalah: Untuk mencegah diabetes Untuk menurunkan paras kolesterol Untuk melancarkan peredaran darah Untuk melancarkan penghadaman Untuk mencegah batuk Untuk merawat insomnia Untuk memerangi artritis Untuk mencegah anemia Untuk merawat penyakit kulit Untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak...

Apa Itu Terung Asam?

  Terung Asam, Buah Terung yang Popular di Sarawak!      Pokok Terung Asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan sejenis tumbuhan renek berbuah yang terkenal di Sarawak. Buah Terung Asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang. Disebabkan rasa buahnya yang masam seperti tomato, ia sering digunakan dalam masakan seperti masakan asam pedas, sambal atau kari. NAMA SPESIES: SOLANUM LASIOCARPUM  KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: ASIA TENGGARA, PAPUA NEW GUINEA, AMERIKA SELATAN CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN AGAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH DAN KUNING DI BAHAGIAN TENGAH BUAH BERBENTUK BULAT ATAU BULAT LEPER MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1 METER  Manfaat yang terdapat pada pokok Terung Asam adalah: Mengawal tekanan darah Mengurangkan risiko penyakit jantung Menstabilkan gula dalam darah Memerangi Osteoporosis Menurunkan risiko kanser Membantu menurunkan berat badan Merawat masalah kulit seperti kudi...