Skip to main content

Herba Sambung Nyawa Batik (Gynura Pseudochina) Rawatan Kayap dan Kesihatan

Sambung nyawa batik atau nama saintifiknya Gynura pseudochina tergolong dalam famili Asteraceae (Compositae). Ia adalah tumbuhan herba saka, separa berair (semi-succulent) yang biasanya tumbuh sehingga 20 - 60 cm tinggi dengan ketinggian maksimum 1.3 m dari ubi kayu yang keras. Spesies ini sedikit berlainan dengan pokok sambung nyawa biasa yang mempunyai daun berwarna hijau (Gynura procumbens).

(sambung nyawa batik)

(sambung nyawa hijau)

Lokasi asal tumbuhan ini tidak diketahui tetapi banyak ditemui di Afrika Tropika, Benua Kecil India ke Selatan China dan Asia Tenggara. Ia dikenali sebagai Wan Mahakan di Thailand dan berkait rapat dengan Okinawan Spinach di Jepun, iaitu salah satu spesies genus Gynura yang berdaun ungu.

(Okinawan spinach)

Warna dan bentuk daunnya sering menjadi perhatian. Bilah daunnya tumbuh secara tunggal, mempunyai bentuk bujur seperti sudu, dengan muncung yang runcing dan sisi yang bergerigi lebar serta kepanjangan 7-40cm dan 5-20 cm lebar. Ia berwarna hijau gelap bercampur ungu keperangan dengan corak batik. Manakala urat ke tangkai daun adalah 0.3-3 cm panjang dan berwarna hijau terang.


Selain itu, ia juga menghasilkan sejambak bunga halus dan kecil, menonjol dengan warna kuning oren dan mencapai ketinggian 30cm dari tanah. Bunganya berbentuk silinder seakan-akan bunga marigold. Tumbuhan ini menghasilkan bau kasturi yang kuat dan tidak menyenangkan. Anehnya, ia boleh menarik rama-rama dan kupu-kupu.


Sambung nyawa batik biasanya terdapat di dalam hutan dan dikutip untuk tujuan makanan dan perubatan, tetapi pada masa kini, ia ditanam di dalam rumah sebagai tumbuhan hiasan juga. Ia sesuai ditanam dalam pasu atau batas dan memerlukan penjagaan minima kerana tahan lasak.  Ia mudah dibiakkan dengan menggunakan keratan batang atau pucuk.

Kegunaan herba sambung nyawa batik:

  • Dimakan segar atau dijeruk/diacar
  •  Direneh menjadi minuman herba
  • Serbuk kering digunakan dalam produk suplemen kesihatan
  • Dijadikan pes untuk kegunaan luar bagi merawat luka, nanah dan kerengsaan kulit

Daun dan ubinya telah menunjukkan ciri-ciri perubatan. Kajian saintifik telah menunjukkan terdapat sebatian sifat anti-radang dalam daun. Dalam perubatan tradisional Thai, tumbuhan ini digunakan untuk merawat keradangan jangka pendek dan kronik. Ia juga telah digunakan untuk merawat demam dan penyakit virus.

Khasiat herba sambung nyawa batik:

  • Merawat kayap: tumbuk 5-6 helai daun yang telah dibersihkan pada tempat kayap selama 1 jam. Ulang selama 3 hari berturut-turut sehingga kayap kering.
  • Melegakan daripada sengat kala jengking/ tebuan dan lebah: makan 2-3 helai daun serta tumbuh daun secukupnya untuk diletakkan pada tempat yang terkena sengatan.
  • Demam: rebus akar bersama daun dan airnya diminum.
  • Mengawal haid dan merawat tumor payudara wanita: tidak dinyatakan bahagian mana digunakan
  • Meningkatkan kesihatan tubuh: reneh ubi, daun segar atau bunga untuk dijadikan minuman yang mengandungi khasiat dan zat yang menyihatkan

Jika anda ingin menggunakan sambung nyawa batik untuk perubatan, anda harus berhati-hati. Menurut buku teks perubatan tradisional Cina, tumbuhan ini sedikit beracun dan berpotensi menjadi toksik. Ia tidak boleh diamalkan dengan berlebihan kerana akan menyebabkan toksin terkumpul dalam badan.

Wanita mengandung, terutamanya, dilarang sama sekali untuk mengamalkannya kerana sifat yang merangsang pengeluaran darah haid dan boleh mengakibatkan keguguran.

Dapatkan pokok Sambung Nyawa Batik dari Kebun Reyhan kami!

 


Laman web: https://herbalwise.com.my/shopmain/

Lazada: lazada.com.my/steviasugar / lazada.com.my/herbalwise-holdings

Shopee: shopee.com.my/steviasugar / shopee.com.my/herbalwise.holdings

Contact: 03-89223161 / 019-5466443

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...