Dr Irfan Unal
PERHATIAN!
Sekarang produk Dr.Sweet boleh didapati dengan mudah di kawasan 
Sungai Petani, Kedah dan juga di Rawang.

Produk-Produk Dr.Sweet

Orang ramai yang tinggal di Kedah boleh dapatkan produk Dr.Sweet di:

Fatimah Bakery
No.17, Jalan Pengkalan Baru,
Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 04-4253702

Dan di Rawang boleh hubungi:

Pn. Siti Rodiah Abu
Ummy Syahir Enterprise
Phone: 019-2046634

Alhamdulillah produk kami makin berkembang dari hari ke hari.
Kepada sesiapa yang berminat untuk jadi agent atau pengedar boleh hubungi kami.
Sebarkan gaya hidup sihat kepada semua.



Dr Irfan Unal
Gula merupakan elemen penting dalam makanan atau minuman. 
Gula menjadikan makanan lebih lazat tetapi pada masa sama boleh memudaratkan kesihatan.

Bagaimana gula boleh memudaratkan kesihatan?
Tengok video untuk ketahui lebih lanjut mengenai kesan gula kepada manusia.




Semoga video ini memberikan kesedaran kepada kita.
Jalani hidup sihat tanpa gula tetapi gantikan dengan stevia.
Dr Irfan Unal
Pemanis tiruan ialah pemanis pengganti gula yang dihasilkan secara kimia.
Antara pemanis tiruan yang ada adalah:

  • Aspartame
  • Sucralose
  • Saccharin
  • Acesulfame K
  • Neotame
  • Neohesperidin DC
  • Cyclamates
  • Alitame

Pemanis tiruan yang popular sekarang adalah Sucralose. Namun begitu, semua pemanis tiruan memberikan kesan tidak baik kepada kesihatan.


Apakah Bahaya Pemanis Tiruan?

Pemanis tiruan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan jika diambil secara berterusan.
Di sini kami selitkan beberapa kesan merbahaya dari pemanis tiruan.

  • Migrain
  • Perubahan dalam penglihatan
  • Loya dan muntah
  • Masalah insomnia / tidur
  • Sakit perut dan sendi
  • Perubahan dalam kadar jantung
  • kemurungan
  • kehilangan ingatan
  • Peningkatan kandungan gula dalam darah
  • kanser otak
  • Cenderung meningkatkan berat badan



Walaupun pemanis tiruan dikatakan baik untuk pesakit kencing manis tetapi sebenarnya tidak kerana pemanis tiruan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengawal gula dalam darah yang menyebabkan perubahan metabolik.

Pemanis tiruan hanya memberikan zero kalori dan mempunyai paras kemanisan yang lebih manis daripada gula.


Sebaiknya elakkan mengambil pemanis tiruan. 
Tukar pemanis anda dengan pemanis semulajadi stevia.
Pilihan terbaik pengganti gula adalah stevia.



Dr Irfan Unal
Dr.Sweet SureVia 
merupakan pemanis pengganti gula yang sangat sesuai bagi anda yang inginkan manis dalam makanan mahupun minuman dan ingin kekalkan kesihatan yang baik.

Dr.Sweet SureVia adalah pemanis semulajadi diperbuat daripada ekstrak tumbuhan StebianA Stevia.

Dr.Sweet SureVia

Bagaimana kegunaan Dr. Sweet SureVia:

Sebagaimana gula, Dr.Sweet SureVia juga sama cara penggunaannya cuma jumlah yang perlu ditambah hanyalah sedikit sahaja kerana 

1 paket Dr.Sweet SureVia = 2 sudu teh gula



Cadangan Penyediaan :

1 cawan teh + 1 sachet Dr.Sweet SureVia 


Kelebihan Dr.Sweet SureVia:
- Baik untuk diabetics
- Berpatutan
- Mudah dibawa
- Kalori sifar
- Semulajadi
- Tiada perasa tiruan


Harga retail : RM15.90 (50 sachet)


Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami:
SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
No 7-11, 7th Floor Wisma Central #384, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-21660445, 21660446
Fax: 03-21660448
Email: info@stevia.com.my
Website: www.stevia.com.my

Dr Irfan Unal
Resepi lagi!
Hari ini kami kongsikan satu resepi mudah.

Ais Krim Vanila Stevia


Bahan-bahan:
1 cawan susu
2 biji telur
6 paket Dr.Sweet SureVia
1 cubit garam
2 cawan krim 
1 sudu teh vanila ekstrak


Cara-caranya:
1. Panaskan susu dan kacau dengan sekata.
2. Di dalam mangkuk lain, pukul telur sambil tambahkan satu cawan susu panas secara perlahan-lahan. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan Dr.Sweet SureVia dan kacau sehingga larut.
4. Alihkan dari api dan kacau bersama garam, krim dan vanila.
5. Tutup dan sejukkan.
Siap!


Senang saja..
Ais Krim tanpa gula DIY...

Selamat Mencuba~
Dr Irfan Unal

Semua tahu akan kebaikan susu.
Namun begitu,
Kebanyakan orang suka minum susu lembu berbanding susu kambing.
Bila ditanya kenapa dan jawapannya mesti 
"Saya tidak suka bau kambing la".. 
dan pelbagai lagi.

Tetapi, sebanarnya susu kambing lebih berkhasiat berbanding susu lembu.


KELEBIHAN SUSU KAMBING

1) Susu kambing lebih senang dihadam berbanding susu lembu
- Molekul lemak dalam susu kambing lebih kecil berbanding susu lembu

2) Susu kambing sekata secara semulajadi
- Jika tinggalkan susu lembu di atas meja sekejap, lemak akan terpisah dan timbul di atas.
Susu lembu perlu diproses untuk sekatakan teksturnya.
Berbeza dengan susu kambing, ianya telah pun sekata secara semulajadi dan tidak perlu diproses.

3) Susu kambing mengandungi kurang lactose (Gula susu)
- Sesetengah orang mempunyai kurang enzim lactase (Menghadamkan lactose), jadi mereka akan cuba mengelakkan makanan yang mengandungi Lactose.
Tapi, susu kambing sesuai bagi mereka yang mengalami "Lactose intolerence" disebabkan ianya mengandungi kurang lactose berbanding susu lembu.

4) Susu kambing kurang alergik berbanding susu kambing.
- Alergik dengan susu disebabkan oleh protein (Alpha s1 Casein).
Tapi, susu kambing mengandungi kurang protein tersebut.

5) Susu kambing mempunyai nutrien lebih berbanding susu kambing
- Susu kambing mengandungi Vitamin A dan B1.


Walaupun susu kambing mempunyai rasa yang agak kurang enak.
Siapa tahu anda akan menyukainya lebih dari makanan lain jika anda berikan peluang untuk merasainya.


Dr Irfan Unal
Pada MAHA 2014 baru-baru ini, ramai pengunjung yang hadir bertanyakan bagaimana untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dr.Sweet Vinegars and Pomegranate Concentrate.

Ok, disini kami kongsikan link ke blog kedua kami iaitu


Blog kedua Dr.Sweet Pati Delima Organik

Dalam page ini anda akan mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan Dr.Sweet Vinegars.
Pelbagai info dan tips anda akan peroleh.

Jangan lepaskan peluang dapatkan Dr.Sweet vinegars sekarang! 
Dr Irfan Unal
Alhamdulillah, MAHA 2014 kali ini berjalan dengan lancar. 
Ramai pengunjung yang hadir ke Booth kami.
Terima Kasih kepada semua yang hadir.

Kami kongsikan beberapa gambar suasana para pengunjung yang hadir ke Booth kami semasa MAHA'14 berlangsung

Bersama Customer dari Jepun, Mr. Osamu Sasaoka & Isabelle Tan

Bersama Kelurga besar yang datang ke Booth kami 




Bersama dengan Dr.Ezani dan family dari UKM


Bersama dengan keluarga Mohd Yusman, adik Muhd irfan, Nurul Badrisya, Ibu dan isteri.


Moga berjumpa lagi pada MAHA akan datang!
Dr Irfan Unal
JOM BERAMAI-RAMAI KE MAHA 2014


Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2014 
Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan (HPPNK)
kembali lagi tahun ini bertempat di 
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.
20th - 30th Nov 2014
Dari 10am - 10pm


SteviaSugar Corporation Sdn Bhd antara yang turtut serta dalam MAHA 2014.
Anda semua dijemput singgah ke Booth (Hall C - C20&C22) kami  pada hari tersebut.

Inilah peluang anda untuk saksikan dan rasai sendiri keunikan produk-produk kami.
Anda inginkan perubahan dalam diri anda ?
Datanglah beramai-ramai ke Booth SteviaSugar Corporation Sdn Bhd di MAHA 2014.
Dan anda juga boleh menikmati pelbagai aktiviti di sana.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami :

SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
No 7-11, 7th Floor Wisma Central #384, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-21660445, 21660446
Fax: 03-21660448
Email: info@stevia.com.my
Website: www.stevia.com.my
Dr Irfan Unal
Pernah anda dengar pemanis dalam bentuk serbuk daun ?
Mungkin tidak bukan.

Tetapi, sekarang anda boleh merasai sendiri pemanis semulajadi dalam bentuk serbuk daun stevia
dengan

DR.SWEET GREENVIA STEVIA LEAVES POWDER



Apa yang anda perlu tahu tentang GreenVia Stevia ?

# Ianya merupakan 100% daun stevia tulen dan tidak dicampur dengan sebarang bahan lain.

# 40 kali lebih manis dari gula

# Boleh digunakan dan ditambah dalam minuman, masakan atau diminum terus sebagai teh



Bagaimana menggunakan GreenVia Stevia ?

1 - Tambahkan sedikit GreenVia ke dalam masakan sebagai pengganti gula.
(Pelbagai resepi boleh dihasilkan dengan GreenVia)

2 - Jika tidak mahu masukkan terus dalam bentuk serbuk, anda rendamkan 1 sudu teh Greenvia dalam secawan air dan hasilnya adalah pemanis yang setara dengan 5 sudu gula.

3 - Bagi yang suka teh, GreenVia juga boleh digunakan sebagai teh atau dicampur dengan teh kegemaran anda tanpa menambah gula.

4 - Sisa GreenVia pula boleh digunakan sebagai scrub atau masker pada muka dan tangan setiap hari. Kulit menjadi halus, lembap, lebih anjal dan cerah.



Boleh dapatkan satu-satunya produk pemanis semulajadi serbuk daun Stevia di SteviaSugar Corporation Sdn Bhd dengan harga RM25.00 (50g)


Sebarang pertanyaan hubungi kami :

SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
No 7-11, 7th Floor Wisma Central #384, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-21660445, 21660446
Fax: 03-21660448
Email: info@stevia.com.my
Website: www.stevia.com.my


Dr Irfan Unal
Bagi anda yang ingin turunkan berat badan tetapi tidak tahu bagaimana,
 kami cadangkan anda ambil inspirasi dari buku ini.



Buku ini sangat bagus jika anda ingin turunkan berat badan tetapi ingin menikmati makanan kegemaran anda seperti biasa.

 Penulis buku ini, David Gillespie berkongsi tips dari pengalaman beliau sendiri bagaimana beliau boleh hilangkan berat badan beliau sehinggan 40kg.
Cara mudah yang beliau gunakan iaitu
"eat what you like, when you like, but don't eat sugar"


Antara kandungan menarik dalam buku ini adalah :

~ Beliau berkongsi ilmu mengenai gula dan pemanis yang merupakan racun kepada kesihatan.
~ Beliau juga berkongsi tips bagaimana untuk membuang ketagihan terhadap gula dan plan pemakanan dalam seharian.
~ Menyediakan beberapa resepi kesihatan.


Tidak merugikan jika anda dapatkan buku ini sebagai panduan untuk diri dan keluarga.
Selamat Mencuba!

Dr Irfan Unal
Sepertimana yang diketahui, gula banyak kesan buruk terhadap kesihatan. 
Antaranya kesan kepada otak manusia. 
Di sini kami kongsikan satu video youtube tentang bagaimana gula memberikan kesan terhadap otak manusia.



Moga selepas ini anda akan lebih berhati-hati dalam pemakanan anda.
Pilihla Dr.Sweet Stevia sebagai pengganti gula anda.

Dr Irfan Unal
Getting kids to eat healthy is no easy task. It’s much easier, however, with a recipe like this one:
Try it now and enjoy a healthy spread for breakfast! 


For any inquiries, you may reach us at:

SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
No 7-11, 7th Floor Wisma Central #384, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
T: 03-21660445, 21660446  
F: 03-21660448
Email: info@stevia.com.my
Website: www.stevia.com.my


Dr Irfan Unal
Have you recently switched from sugar to Dr Sweet Stevia? How has stevia changed the way you live and eat?

Tell us your sweet story! 




Dr Irfan Unal
Anda ingin sihat tanpa gula ?

Di sini kami ingin cadangkan cara mudah bagaimana anda boleh elakkan pengambilan gula. 
Secara tidak langsung anda boleh menukar rutin penggunaan gula anda kepada gula yang lebih sihat.

Bagaimana ??

Kami cadangkan anda guna 

Dr.Sweet SureVia Stevia (Sachet)



Apa Istimewanya Dr.Sweet SureVia  Stevia (Sachet) ini :

# Semulajadi
# Senang dibawa kemana-mana
# Kalori sifar
# Sesuai untuk pesakit diabetes dan vegetarian


Bagaimana cara anda boleh kurangkan pengambilan gula ?

Mudah sahaja caranya, 
Dr.Sweet SureVia Stevia (Sachet)
1 sachet (1g) = 2 sudu teh gula.

Jika anda dirumah,
anda hanya ambil 1 sachet dan tambah dalam minuman anda
atau untuk masakan pun boleh.
Tidak perlu lagi guna gula.

Jika anda diluar rumah,
anda boleh bekalkan beberapa sachet dalam beg anda.
Bila anda makan di kedai, 
anda hanya perlu order minuman tanpa gula then nanti tambah je 1 sachet sendiri.

** Tapi kalau makan kat luar tu tak boleh la nak order makanan tanpa gula lain jadinya melainkan kalau kedai itu guna alternatif ini juga.

Selain Dr.Sweet SureVia Stevia (Sachet),
Anda juga boleh juga guna Dr.Sweet Stevia Drops..
Senang juga diguna dan dibawa kemana-mana.

Dr.Sweet Stevia Drops
Selamat Mencuba
Moga Sentiasa Sihat ~



Dr Irfan Unal
Dr Sweet GreenVia Stevia leaves is our signature blend of Stevia leaves , making it an ideal sugar substitute. It’s great for any recipe that uses sugar, especially our Banana in Sweet Sauce or more familiar to Malays Pengat Pisang! Try this now for tea!







For any inquiries, you may reach us at:

SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
No 7-11, 7th Floor Wisma Central #384, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
T: 03-21660445, 21660446  
F: 03-21660448
Email: info@stevia.com.my
Website: www.stevia.com.my


Dr Irfan Unal
Adakah Pemanis Tiruan baik untuk diet?


Jawapannya adalah tidak dan video di bawah ini menerangkan lebih jelas.

Anda akan berfikir banyak kali untuk mengambil pemanis tiruan selepas menonton video ini..





Pemanis stevia dari Dr.Sweet merupakan pemanis yang semulajadi dari daun stevia bukan pemanis tiruan seperti mana sucralose yang sudah jelas melalui proses kimia.

Sudah masanya untuk anda beralih kepada pemanis stevia Dr.Sweet untuk memaniskan hidup anda...
Dr Irfan Unal
Semua tahu gula berbahaya kepada kesihatan.
Pasti anda pun tahu tentang ini bukan ?

Sebagai peringatan kepada kita semua, 
kami ingin kongsikan beberapa sebab kenapa gula merbahaya 
dan boleh memusnahkan kesihatan kita.

Gula merbahayakan kesihatan
Tahukah Anda ?
  • Gula boleh menekan sistem imun anda. 
  • Gula mengganggu kaitan mineral dalam badan. 
  • Gula boleh menyebabkan kenakalan pada anak-anak. 
  • Gula dimakan semasa mengandung dan menyusukan anak boleh mempengaruhi pengeluaran tenaga otot pada keturunannya, yang boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk bersenam. 
  • Gula dalam soda, apabila dimakan oleh kanak-kanak, menyebabkan anak-anak kurang minum susu.
  • Gula boleh meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin dan mengembalikan ke tahap yang lebih lambat dalam pengguna kontraseptif oral. 
  • Gula boleh meningkatkan spesies oksigen reaktif (ROS), yang boleh merosakkan sel-sel dan tisu. 
  • Gula boleh menyebabkan hiperaktif, kebimbangan, ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian dan mudah tersinggung pada anak-anak. 
  • Gula boleh menghasilkan peningkatan yang ketara dalam trigliserida. 
  • Gula mengurangkan keupayaan badan untuk mempertahankan terhadap jangkitan bakteria.
  • Gula menyebabkan penurunan keanjalan tisu dan fungsi - lebih banyak gula diambil, lebih banyak keanjalan dan fungsi akan hilang. 
  • Gula mengurangkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL). 
  • Gula boleh membawa kepada kekurangan kromium. 
  • Gula boleh membawa kepada kanser ovari. 
  • Gula boleh meningkatkan tahap glukosa puasa. 
  • Gula menyebabkan kekurangan kuprum. 
  • Gula mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium dalam badan.
  • Gula boleh membuat mata lebih terdedah kepada degenerasi makula yang berkaitan dengan usia. 
  • Gula meningkatkan tahap neurotransmitter: dopamin, serotonin dan norepinephrine. 
  • Gula boleh menyebabkan hipoglisemia. 
  • Gula boleh menyebabkan saluran pencernaan berasid. 
  • Gula boleh menyebabkan peningkatan mendadak tahap adrenalin kanak-kanak. 
  • Gula boleh menyebabkan penuaan pra-matang. 
  • Gula boleh membawa kepada ketagihan alkohol. 
  • Gula boleh menyebabkan kerosakan gigi. 
  • Gula boleh menyebabkan obesiti. 
  • Gula boleh meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis ulseratif. 
  • Gula boleh menyebabkan gastrik atau ulser duodenum. 
  • Gula boleh menyebabkan artritis.

Terlalu banyak keburukan gula kepada kesihatan.
Anda sendiri yang tentukan apa yang terbaik untuk diri anda.
Adakah inginkan satu perubahan atau kekal dengan 
Dr Irfan Unal
Bahaya Gula memang terbukti
Dalam video di bawah ini menceritakan tentang kesan bahaya gula.



Dan video di bawah pula menunjukkan kebaikan stevia sebagai pengganti gula.
Klik link di bawah

Dr Irfan Unal
Manis dalam makanan menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia..
Disebabkan kesan negatif gula, ramai yang mengalami masalah penyakit diabetes, obesiti, penyakit jantung dan lain-lain.

Tapi, dengan gula stevia terutama dari Dr. Sweet tidak menjadi masalah lagi.
Dr.Sweet Stevia Sugar merupakan revolusi gula bukan sahaja membolehkan menikmati rasa manis malah memberikan manfaat kesihatan kepada pengguna juga.

Anda boleh menikmati rasa manis tanpa rasa bimbang lagi.
SteviaSugar menyediakan gula dari stevia dalam pelbagai bentuk.
Salah satunya adalah
Dr.Sweet SureVia (Spoonable)


Sepertimana gula, 
Dr.Sweet SureVia Spoonable juga mempunyai pelbagai kegunaan.
Untuk makanan, minuman, masakan, serta pembuatan kuih dan kek.

Apa yang membezakan Dr.Sweet SureVia Spoonable dengan gula biasa adalah:

# Mempunyai rasa manis semulajadi dari stevia
# Tidak merbahayakan kesihatan
# Hanya sedikit sahaja diperlukaan untuk rasa manis seperti gula.
# Sesuai untuk mereka yang menitikberatkan kesihatan seperti kencing manis dan berat badan.


Hanya perlukan 1/2 sudu teh sahaja dalam minuman


Maklumat Pemakanan pada packaging 

Belum terlambat untuk anda menikmati kesihatan yang lebih baik.
Gantikan gula di dapur anda dengan Dr.Sweet SureVia Spoonable sekarang.
Dapatkan segera !!

Dimana boleh dapatkan produk ini ?

SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
No 7-11, 7th Floor Wisma Central #384, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Tel: 03-21660445, 21660446
Fax: 03-21660448
Email: info@stevia.com.my
Website: www.stevia.com.my


Dr Irfan Unal
Kembali dengan resepi baru lagi.
Hari ini kami nak kongsikan satu resepi untuk anda lagi..

Resepi ini sangat sesuai untuk dinikmati semasa musim panas dan bila-bila masa sahaja.
Bagi yang sedang diet boleh la amalkan minum jus buah-buahan dengan stevia.


JUS TEMBIKAI SEGAR


Bahan-bahan :
3 cawan tembikai
1/4 cawan air 
1 biji limau (Perah dapatkan jus)
1 paket Dr.Sweet SureVia Stevia

Cara-caranya :
Kisarkan kesemua bahan kemudian tuangkan dalam gelas.
Lebih enak jika dinikmati bersama dengan ais.


Itu sahaja cara penyediaannya..
Sangat Senang..
Hanya perlukan lebih kurang 15 minit sahaja..

Resepi ini bukan sahaja sedap tetapi sangat bagus untuk kesihatan kerana mengandungi khasiat dari buah tembikai dan pemanis semulajadi stevia.

Selamat mencuba..


Dr Irfan Unal
Anda Sukakan Yogurt ?

Bagi yang suka sangat dengan yogurt,
Di sini kami nak kongsikan cara bagaimana nak buat yogurt.
Mungkin anda tidak tahu,
Dr.Sweet Stevia Goat Milk 
boleh digunakan juga untuk dibuat yogurt..


CARA-CARA MEMBUAT YOGURT DR.SWEET

1. Bancuh Dr.Sweet Stevia Goat Milk menggunakan air suam.

Gunakan Dr.Sweet Stevia Goat Milk 1 sachet dalam air suam

2. Panaskan susu tadi di atas api sederhana sehingga mendidih.

Didihkan susu di atas api sederhana

3. Setelah mendidih, padamkan api dan masukkan dalam satu bekas.

Tuangkan dalam satu bekas

4. Biarkan susu tadi sehingga suhunya mencapai lebih kurang 41°C.

Tunggu sehingga suhu mencapai 41°C

5. Masukkan satu sudu besar yogurt asli dalam susu tadi dengan segera dan kacau.

Satu Sudu besar yogurt asli dimasukkan

6. Kemudian, tutupkan bekas dan biarkan buat seketika.

Tutup dengan segera selepas masukkan yogurt asli.

7. Simpan dalam peti ais untuk semalaman.

8. Selepas semalaman, yogurt siap untuk dinikmati.

Dah siap pun yogurt Dr.Sweet!

 Lebih enak jika ditambah dengan buah-buahan seperti strawberi, kiwi atau epal.

Yogurt dan buah-buahan !


Senang sahaja kan..

Apa istimewanya
Yogurt dari Dr.Sweet Stevia Goat Milk ?
- Mempunyai rasa manis semulajadi stevia
- Tekstur yogurt yang baik
- Kandungan susu kambing asli
- Semestinya sedap!
Dr Irfan Unal
Mahu elakkan diabetes ?
Kami cadangkan satu buku yang sangat bagus untuk dijadikan sebagai panduan kesihatan.

'Sugar Nation
Merupakan sebuah buku yang memaparkan kisah sebenar pergelutan 
seorang pemuda untuk mengawal hidup beliau 
dan menyelamatkan diri daripada kejadian yang sama menimpa ayahnya. 



Buku ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang bergelut dengan masalah 'Gula'..
Anda boleh jadikan buku ini sebagai panduan untuk hindari daripada penyakit diabetes.

Anda juga akan mendapat banyak tips untuk menanggani tabiat sukakan gula.

Untuk lebih lagi info boleh baca buku 
'Sugar Nation'
dari Jeff O'Connel..

Selamat Membaca 
dan 
Memperoleh kesihatan yang baik~
Dr Irfan Unal
Jom Masak lagi !
Kali ini kami nak kongsikan masakan yang istimewa dengan anda. 
Sangat lazat untuk dinikmati bersama keluarga.

Resepi Hari ini adalah...

Ayam Masak Sweet & Sour


Ayam Masak Sweet & Sour

Bahan-bahan:
1kg ayam, dipotong kecil-kecil
1 sudu besar kicap
2 sudu besar mentega
½ sudu teh halia
1 telur putih
1 lada merah & hijau benggala, dihiris
1 cawan sos masam & manis

Untuk Sweet & Sour Sos:
¾ cawan air
1/3 cawan cuka epal
5 sudu teh Dr.Sweet SureVia Spoonable
1 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung jagung

Cara-caranya:

  1. Perap ayam dalam sos soya selama kira-kira 30 minit.
  2. Cairkan mentega dalam kuali. Perlahan-lahan tumis halia.
  3. Celupkan ayam dalam putih telur dan disalut dengan baik. Goreng ayam dalam mentega sehingga berwarna keperangan.
  4. Tambah lada dan tumis selama 3-5 minit, sehingga lada mula melembut. Letakkan di atas pinggan bila masak.
  5. Untuk sos, masak bersama air, cuka, Dr.Sweet Spoonable dan sos soya dalam kuali.
  6. Larutkan tepung jagung dalam air, tambahkan dalam sos.
  7. Atas api sederhana, masak, kacau sentiasa sehingga pekat.
  8. Tuangkan sos di atas ayam yang sudah digoreng. Siap untuk dihidangkan.

Siap!!
Selemat Mencuba & Menjamu Selera~
Dr Irfan Unal
Ini adalah produk keluaran SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
Produk Susu Kambing dengan Stebiana Stevia

Kandungan Dr.Sweet Stevia Goat Milk
# PH Beralkali
# Tinggi Selenium 
# Tinggi Protein
# Tinggi Kalsium
# Molekul Lemak Halus
# Manis & Rendah Kalori

Dr.Sweet Stevia Goat Milk (Sachet)

Keistimewaan Dr.Sweet Stevia Goat Milk berbanding Susu Kambing lain:
  • Keaslian Susu Kambing yang semulajadi
  • Tidak mengandungi gula
  • Tiada Non-Dairy Creamer
  • Mempunyai rasa manis semulajadi stevia
  • Boleh digunakan untuk buat yogurt
  • Senang dan cepat larut dalam air suam
  • Harga berpatutan
Dr.Sweet Stevia Goat Milk (Powder)

Dr.Sweet Stevia Goat Milk sesuai untuk:
~ Ibu mengandung / menyusu - Tenaga, pemulihan, cegah demam kuning
~ Pelajar - Kecerdasan minda, kekuatan sistem imun
~ Ahli Sukan / Golongan Aktif - Tenaga dan Stamina, kekuatan otot & tulang
~ Kanak-kanak - Cerdas minda, tumbesaran, cirit-birit, alahan, kekuatan sistem imun
~ Warga Tua - Tenaga, masalah sendi & tulang rapuh, penyakit lupa
~ Penderita Penyakit - Usus dan perut, fungsi sel imun, pemulihan selepas pembedahan, HIV-AIDS


Sebarang info boleh hubungi kami:

SteviaSugar Corporation Sdn Bhd
No 7-11, 7th Floor Wisma Central #384, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
T: 03-21660445, 21660446  
F: 03-21660448
Email: info@stevia.com.my
Website: www.stevia.com.my

Dr Irfan Unal
Anda Sukakan manis ? 
Mestila kan sebabnya kebanyakan makanan ada gula.

Ada apa-apa masalah dengan gula ?
 Manis gula tidak baik untuk kesihatan. 

Jangan risau!!
Kerana kami ada penyelesaian bagi masalah itu..

Apakah penyelesaiannya ?
Dr.Sweet SureVia Stevia Drops



Apakah kelebihan Stevia Drops ?
# Semulajadi
# kalori sifar
# Mudah digunakan
# Mudah dibawa
# Tiada perasa tiruan
# Berpatutan

Bagaimana digunakan ?
1 titis SureVia Stevia Drops = 1 sudu teh gula

Apakah kegunaannya ?
# Masakan
# Minuman
# Mengurangkan masalah jerawat
# Merawat luka kecil, gatal 

Siapa boleh gunakan ?
Sesiapa sahaja termasuklah pengidap diabetes, 
individu yang menitikberatkan kesihatan dan berat badan.


Ini adalah revolusi gula semulajadi dari Dr.Sweet.
Semoga ianya membantu anda menjalani kehidupan yang sihat
Sekian~

Dr Irfan Unal

Banyak manfaat kesihatan dari susu kambing ini sebenarnya 
(Boleh rujuk Kebaikan Susu Kambing)
Antaranya adalah boleh merawat dan mencantikkan kulit.

Kali ini kami akan kongsikan sedikit info 
tentang kebaikan susu kambing untuk kecantikan kulit


# MELEMBUT, MENCERAH & MELEMBAPKAN KULIT
Susu kambing memiliki tahap pH yang sama dengan kulit dan 
mengandungi protein, lemak, zat besi, vitamin C, vitamin D, vitamin B dan vitamin A.


# MERAWAT MASALAH JERAWAT & MEMBAIK PULIH KULIT
Susu kambing mengandungi alpha hydroxy asid semula jadi, 
yang merupakan elemen semula jadi exfoliant yang menghilangkan sel-sel kulit mati dari kulit anda.
  Oleh itu, secara tidak langsung juga dapat memperbaiki keadaan jerawat. 
 Vitamin yang terkandung dalam susu kambing mempunyai beberapa ciri anti-radang yang boleh membantu mengurangkan kemerahan jerawat. 


# SESUAI UNTUK KULIT KERING, SENSITIF, EKZEMA & PSORIASIS
Susu kambing juga dipercayai mengandungi bahan-bahan semula jadi yang boleh mengatasi kulit daripada cahaya matahari, terutama bagi kawasan iklim tropika. 
Penggunaan susu kambing secara kerap boleh mencegah kulit kasar, kering dan kusam.


# MENCEGAH KANSER KULIT
Kandungan mineral susu dan selenium adalah sangat penting untuk kesihatan kulit, yang dipercayai  untuk mengelakkan kerosakan kulit dan kanser kulit.

Dr Irfan Unal
Resepi untuk hari ini adalah Puding Vanila. 

Bagi sesiapa yang ingin hidangkan Puding Vanilla ini untuk majlis hari jadi ke apa-apa majlis makan-makan boleh lah cuba resepi ini.

PUDING VANILA


Ini Bahan-bahan yang diperlukan :

1 1/2 susu besar tepung jagung
2 cawan susu sejuk
2 biji telur
6 paket SureVia Dr.Sweet
1/8 sudu teh garam
1 sudu vanila

Cara-caranya :
  1. Pukul tepung, susu sejuk, garam dan Dr.Sweet SureVia dalam satu bekas.
  2. Masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana sehingga campuran pekat.
  3. Apabila mula mendidih, matikan api dan masukkan perisa vanila.
  4. Tuangkan ke dalam cawan puding.
  5. Sejukkan sehingga betul-betul siap untuk dihidangkan.

Sudah Siap !
Sangat Mudah kan..

Selamat Mencuba~
Dr Irfan Unal
Susu Kambing antara minuman yang paling baik untuk diamalkan. Ini kerana susu kambing mengandungi pelbagai khasiat kesihatan dan kandungan nutrisinya adalah dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu.

Susu kambing kaya dengan pelbagai vitamin (vitamin B2, C, A, D, B12), kalsium, inositol, zat besi, karbohidrat, sodium, asid folik dan potassium.
Susu Kambing segar

SUSU KAMBING VS SUSU LEMBU

  • Susu kambing kurang alahan
  • Susu kambing adalah campuran sekata secara semulajadi
  • Susu kambing adalah senang untuk dihadam
  • Susu kambing sepadan dengan tubuh manusia lebih baik berbanding susu lembu
  • Susu kambing jarang sekali menyebabkan intoleransi lactosa


KHASIAT SUSU KAMBING

  • Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Meningkatkan daya tumpuan, kepekaan dan ingatan
  • Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
  • Melancarkan sistem penghadaman dan masalah usus (gastrik, senggugut, ulser, buasir)
  • Merawat dan membantu penyembuhan penyakit kanser, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung
  • Membantu masalah demam kuning, asthma, penyakit kulit, insomnia, batuk kering dan gout
  • Membantu dan melegakan sakit kepala (migrain)
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (Tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf)
  • Memulihkan tenaga batin
  • Membantu untuk tampil awet muda
  • Merawat dan mencantikkan kulit
Dr Irfan Unal
Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda tentang keajaiban semulajadi stevia kepada manusia. 
Ini berdasarkan satu buku yang bertajuk
 "The Miracle of Stevia" dari James A. May.

Muka depan 
Banyak info menarik yang anda akan perolehi dalam buku ini.

Dari buku ini anda akan lebih mengetahui tentang banyak kegunaan stevia dengan lebih jelas.

Juga dikongsikan beberapa resepi daripada stevia dalam buku ini.

Buku ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan hidup sihat.

Semuanya bermula dengan STEVIA !





Dr Irfan Unal
Kali ini kami kongsikan satu lagi resepi yang mana sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi iaitu Pancake Dr. Sweet.

PANCAKE DR.SWEET


Bahan-bahanya:
1/2 cawan tepung 
2 paket SureVia Stevia 

Ini SureVia yang digunakan







2 biji telur 
1 sudu besar krim berat 
1/3 cawan air 
2 sudu besar minyak untuk menggoreng

Cara-caranya: 
  1. Campurkan semua bahan-bahan (kecuali minyak) dalam mangkuk sederhana,. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali di atas api yang sederhana. 
  3. Masukkan adunan ke kuali dengan membuat pancake 3 inci. 
  4. Masak selama kira-kira 3-4 minit atau sehingga bahagian bawah pancake berwarrna perang   keemasan. 
  5. Pusing dan masak sebelah lagi sehingga perang keemasan. 
  6. Keluarkan dan hidangkan semasa panas.

Dah siap pun. Senang, Simple dan Sihat.
Mudah untuk disediakan dan enak dimakan sebagai sarapan bersama dengan keju dan madu.

Selamat mencuba~