Skip to main content

Posts

Tak Pernah Nampak Buah Jambu Mawar?

  Dr Irfan Buah Jambu Berbau Ros? Pernah dengar tentang  buah jambu mawar ? Jika tidak, mari kenali lebih banyak tentang buah unik ini.       Pokok ini berasal daripada kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan sebagainya. Nama-nama lain jambu ini adalah seperti chompu namdokmai(Thailand), Tampoy (Filipina), Chom'-puu (Kemboja), Bo Dao (Vietnam), dan apple rose/ melabar (English).      Mungkin buahnya tidak kelihatan menarik, tetapi keistimewaan buah jambu mawar adalah kerana jambu ini mempunyai bau atau aroma yang wangi iaitu bau "ros". Buah jambu mawar biasanya dimakan segar. Buah ini susah dijumpai di pasaran dan mungkin kalau ada pun di kawasan pendalaman atau di kampung.      Jambu ini berbentuk seperti loceng (lonjong) atau oval, dengan isinya berwarna putih kekuningan dan teksturnya berair. Jambu ini akan berwarna kuning ketika matang.   Buah jambu mawar     Tingginya sekita...

Apa Itu Ceri Surinam?

Ceri Surinam, Buah Eksotik yang Rasanya Masam Manis! Memiliki rupa mirip labu yang bersaiz mini,   atau nama lainnya Surinam cherry merupakan sejenis pokok renek yang sering dimakan segar atau dibuat jeruk. Ceri Surinam adalah tanaman eksotik yang berasal daripada negara Amerika Selatan yang dapat tumbuh dengan baik di kebun atau di dalam rumah. Ia ditanam sebagai tanaman hiasan dan sebagai pokok buah untuk dimakan. Variasi warna buah ceri surinam Tumbuhan ini boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 8m, mempunyai bunga berwarna putih , pucuk kemerahan, daun berwarna hijau muda kekelabuan (pucuk dan daun muda) dan hijau tua berkilat (daun tua).Mereka mempunyai aroma damar ringan, yang dirasakan ketika digosok di tangan. Manakala, buah ceri surinam yang  berwarna hijau  mempunyai rasa kelat yang teramat masam (belum matang),separa masak ketika ia  berwarna oren (ketika matang) ,  apabila dah  berwarna merah  ia mempunyai rasa masam-masam manis yang cu...

SATU-SATUNYA PRODUK STEVIA ASLI DI PASARAN MALAYSIA- DARI KEBUN TERUS KE RUMAH ANDA!

Anda mengetahui stevia sebagai salah satu alternatif untuk menjadi pemanis semulajadi dalam makanan dan minuman anda. Namun, lambakan produk stevia di pasaran tidak mampu dipastikan sumber dan proses penghasilannya. Dr Sweet. Sebuah jenama yang boleh anda percayai kerana kami satu-satunya pengeluar dan pengilang produk yang berasaskan stevia. Kami menanam sendiri ribuan pokok stevia dan menghasilkan produk 100% bersumberkan tanaman kami. Wow, banyaknya pokok stevia yang ditanam!   Ya, pokok-pokok stevia ini ditanam di Kebun Reyhan yang menempatkan ratusan lagi jenis pokok termasuklah pokok nadir dan unik. Penghasilan produk Dr Sweet juga melalui proses yang amat teliti di kilang kami di Bangi. Bermula dari proses pemeriksaan bahan mentah, perahan bahan, penapisan, pembungkusan sehingga pemeriksaan produk siap dilakukan dengan penyediaan yang amat ketat untuk memastikan produk selamat digunakan oleh pengguna kami. Kilang kami juga mempunyai taraf Amalan Pengilangan yang Bai...

MANFAAT POKOK INSULIN YANG PERLU DIKETAHUI

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019), peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.5 peratus pada tahun 2019. Dengan lambakan makanan-makanan viral  yang kebanyakannya makanan manis dan berlemak, masyarakat sepertinya tidak mampu mengelak daripada terus mengkonsumsi makanan bergula ini.      Namun begitu, tidak sedikit juga golongan di media sosial yang mempromosikan cara hidup yang sihat terutama dalam mengurangkan penggunaan gula dalam tubuh badan. Penggunaan tumbuh-tumbuhan semula jadi juga menjadi inisiatif penting dalam meningkatkan promosi ini. Antaranya ialah penggunaan pokok insulin dalam kehidupan seharian.      Pokok insulin ini merupakan pokok yang terkenal dengan keistimewaannya untuk membantu mereka yang menghadapi masalah diabetes atau kencing manis. Namun begitu, penggunaan pokok ini dalam kegunaan seharian masih kurang digunakan. Hal ini mungkin dise...

BUAH MENTEGA KACANG

Peanut Butter Fruit, Buah Mentega Kacang atau nama saintifiknya Bunchosia Argentea mula menarik ramai peminat buah-buahan eksotik kerana namanya yang menarik dan rasa yang unik. Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya rasa sebenar yang terkandung dalam buah ini. Adakah rasanya seperti jem mentega kacang yang sering dipromosikan atau namanya sebenarnya tiada kaitan dengan rasa? Jika anda penggemar rasa mentega kacang, buah ini mungkin boleh memenuhi selera anda! Sifat Buah Mentega Kacang      Sebenarnya, buah ini beraroma seperti kacang dan berasa lemak manis (creamy). Buah mentega kacang ini berasal dari Colombia dan Venezuela. Sifat tumbuhannya yang renek dan bermalar hijau membuatkan sebahagian penanamnya menjadikan pokok ini sebagai tumbuhan hiasan. Buahnya pula  berukuran kecil dan lonjong, kira-kira seukuran jari kelingking. Kulitnya nipis (seperti kulit tomato) yang semula jadi berwarna hijau kemudian akan berubah menjadi jingga dan akhirnya berwarna mer...

⚠️ URGENT IMPORTANT NOTICE ⚠️

TO OUR RESPECTIVE CUSTOMERS, AGENTS, AND ALL.

POKOK INSULIIN UNTUK MERAWAT DIABETES: ADAKAH BENAR-BENAR BERKESAN?

Mampukah tumbuhan insulin ini merawat diabetes? Bagaimana cara pengambilan daun insulin? Berapa daun yang perlu anda makan untuk menurunkan paras gula dalam darah? Adakah perlu anda makan daun Insulin? Dapatkan semua jawapan anda di sini! Kita semua telah mendengar tentang beberapa rawatan dirumah untuk merawat Diabetes Jenis kedua. Ada yang berkesan, ada yang tidak. Walaubagaimanapun, terdapat satu rawatan dirumah yang telah menjadi popular akhir-akhir ini, dan itu adalah tumbuhan insulin untuk diabetes. Adakah tumbuhan ini benar-benar berfungsi? Adakah ia merangsang pengeluaran insulin seperti yang didakwanya? Teruskan membaca untuk mengetahui sama ada pokok insulin membantu dalam merawat Diabetes Jenis kedua.  Apakah fungsi Insulin terhadap badan kita Insulin  ialah hormon yang dihasilkan oleh sel beta dalam pankrea. Biasanya, pankreas (organ yang terletak di belakang perut) menghasilkan insulin untuk membantu badan anda menyimpan dan menggunakan gula dan lemak daripada m...