Skip to main content

BUAH MENTEGA KACANG


Peanut Butter Fruit, Buah Mentega Kacang atau nama saintifiknya Bunchosia Argentea mula menarik ramai peminat buah-buahan eksotik kerana namanya yang menarik dan rasa yang unik. Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya rasa sebenar yang terkandung dalam buah ini. Adakah rasanya seperti jem mentega kacang yang sering dipromosikan atau namanya sebenarnya tiada kaitan dengan rasa? Jika anda penggemar rasa mentega kacang, buah ini mungkin boleh memenuhi selera anda!

Sifat Buah Mentega Kacang

    Sebenarnya, buah ini beraroma seperti kacang dan berasa lemak manis (creamy). Buah mentega kacang ini berasal dari Colombia dan Venezuela. Sifat tumbuhannya yang renek dan bermalar hijau membuatkan sebahagian penanamnya menjadikan pokok ini sebagai tumbuhan hiasan. Buahnya pula 
berukuran kecil dan lonjong, kira-kira seukuran jari kelingking. Kulitnya nipis (seperti kulit tomato) yang semula jadi berwarna hijau kemudian akan berubah menjadi jingga dan akhirnya berwarna merah tua ketika sudah masak atau matang. Isi buah mentega kacang ini sangat tebal dan sedikit melekit menyelimuti bijinya yang besar.

    Buah ini boleh dianggap masak setelah kulitnya bertukar menjadi warna kulit merah tua dan perlu segera dipetik untuk mengelakkan buah tersebut busuk atau kering di pokok. Disebabkan buah ini bersifat lembut, buah ini tidak sesuai untuk penghantaran yang jauh dan lama dan disebabkan itulah buah ini sukar ditemui di pasaraya secara segar.





Cara Penjagaan Tumbuhan Mentega Kacang

Oleh itu, bagi anda yang ingin petik dan terus masuk ke mulut anda, anda boleh mula menanam sendiri. Pokok ini tumbuh subur di tanah yang lembab, bersaliran baik dan di bawah cahaya matahari secara penuh. Pokok ini perlu disiram mengikut keperluan jika pokok ini terlihat kering. Anda boleh menggunakan baja sebulan sekali ikut keperluan dan jika pokok sedang aktif membesar. Anda boleh lakukan pemangkasan pada bahagian daun yang kurang baik atau layu. Apabila buah telah masak, petik serta-merta untuk elakkan buah ini menjadi rosak. Pokok ini boleh dibiakkan atau ditanam daripada biji benih atau keratan batang. 

Kebaikan Buah Mentega Kacang

-Boleh mengurangkan risiko masalah jantung

-Membantu menurunkan paras kolesterol

-Membantu dalam mengurangkan sakit sembelit

-Mengurangkan risiko kanser 

-Mengandungi asid folik yang membantu membentuk darah merah



Ingin dapatkan tumbuhan ini? Anda boleh dapatkan di KEBUN REYHAN!




Laman web: https://herbalwise.com.my/


Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holding

Comments

Popular posts from this blog

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Pokok Chaya?

  Pokok Chaya, Tumbuhan Berdaun Seperti Daun Betik! Pernah dengar tentang Pokok Chaya ? Pokok Chaya atau nama lainnya Bayam Suria merupakan tumbuhan yang tumbuh tinggi, mempunyai daun seakan daun betik dan berbatang seperti batang ubi. Tumbuhan ini hidup dengan subur di kawasan lembap dan kering serta ada ditanam di Kebun Reyhan kami.  NAMA SPESIES: CNIDOSCOLUS ACONITIFOLIUS  KELUARGA: EUPHORBIACEAE ASAL: SEMENANJUNG YUCATAN DI MEXICO CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG LEBAR BERSAIZ OBLONG YANG PANJANG BATANG POKOK BERWARNA COKLAT KELABU MUDA DENGAN GARIS-GARIS GELAP  MENGANDUNGI LATEKS BERWARNA PUTIH  BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 6M Manfaat Pokok Chaya untuk kesihatan adalah: Untuk mencegah diabetes Untuk menurunkan paras kolesterol Untuk melancarkan peredaran darah Untuk melancarkan penghadaman Untuk mencegah batuk Untuk merawat insomnia Untuk memerangi artritis Untuk mencegah anemia Untuk merawat penyakit kulit Untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak...

Apa Itu Terung Asam?

  Terung Asam, Buah Terung yang Popular di Sarawak!      Pokok Terung Asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan sejenis tumbuhan renek berbuah yang terkenal di Sarawak. Buah Terung Asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang. Disebabkan rasa buahnya yang masam seperti tomato, ia sering digunakan dalam masakan seperti masakan asam pedas, sambal atau kari. NAMA SPESIES: SOLANUM LASIOCARPUM  KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: ASIA TENGGARA, PAPUA NEW GUINEA, AMERIKA SELATAN CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN AGAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH DAN KUNING DI BAHAGIAN TENGAH BUAH BERBENTUK BULAT ATAU BULAT LEPER MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1 METER  Manfaat yang terdapat pada pokok Terung Asam adalah: Mengawal tekanan darah Mengurangkan risiko penyakit jantung Menstabilkan gula dalam darah Memerangi Osteoporosis Menurunkan risiko kanser Membantu menurunkan berat badan Merawat masalah kulit seperti kudi...