Skip to main content

Tak Pernah Nampak Buah Jambu Mawar?

 


Dr Irfan

Buah Jambu Berbau Ros?

Pernah dengar tentang buah jambu mawar? Jika tidak, mari kenali lebih banyak tentang buah unik ini. 

    Pokok ini berasal daripada kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan sebagainya. Nama-nama lain jambu ini adalah seperti chompu namdokmai(Thailand), Tampoy (Filipina), Chom'-puu (Kemboja), Bo Dao (Vietnam), dan apple rose/ melabar (English).

    Mungkin buahnya tidak kelihatan menarik, tetapi keistimewaan buah jambu mawar adalah kerana jambu ini mempunyai bau atau aroma yang wangi iaitu bau "ros". Buah jambu mawar biasanya dimakan segar. Buah ini susah dijumpai di pasaran dan mungkin kalau ada pun di kawasan pendalaman atau di kampung.

    Jambu ini berbentuk seperti loceng (lonjong) atau oval, dengan isinya berwarna putih kekuningan dan teksturnya berair. Jambu ini akan berwarna kuning ketika matang.

 
Buah jambu mawar

    Tingginya sekitar 3,5 meter, daunnya tunggal berujung runcing. Lebih runcing dari jambu air lainnya. Warna daun hijaunya lebih berkilat  berbanding daun jambu yang lain. Bentuk buah bulat kecil, bewarna kuning, berdiameter sekitar 4 cm. Hanya ada satu biji di dalamnya dan bewarna coklat. Isi buah tipis, tidak terlalu berair serta buahnya berbau harum. Itulah sebabnya dinamakan jambu mawar. Rasa buah manis, namun ada sedikit sepatnya. Akhir sekali, kelopak bunganya ada empat. 



NAMA SAINTIFIK:
SYZYGIUM JAMBOS (MALACCENSE)

NAMA MALAY:
JAMBU MAWAR

ASAL:
ASIA TENGGARA

CIRI-CIRI:
DAUN BERBENTUK LONJONG BERWARNA HIJAU KILAT
BUNGANYA BERWARNA PUTIH YANG BERJAMBAK
BENTUK BUAHNYA LONJONG DAN LEPER
BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA LEBIH 10M


    Masyarat Malaysia mungkin kurang familiar dengan jambu mawar. Padahal buah ini telah banyak dimanfaatkan dalam perubatan tradisional kerana kandungan nutrisinya yang kaya manfaat bagi kesihatan diri. 

Antara kebaikan buah jambu mawar untuk kesihatan adalah:
  • Untuk mendapatkan otak yang cerdas dan mengelakkan penyakit hati
  • Meredakan demam
  • Mengubati cirit-birit, selsema dan sakit kerongkong
  • Mengurangkan sakit kencing manis
  • Untuk konstruksi bangunan, karena sangat tahan terhadap serangan rayap.
  • Memberi kesegaran mata dan rawatan untuk sendi
  • Boleh ditenyeh daun untuk pesakit demam campak peringkat awal
  • Bunganya jadi penenang dan pendingin



Isi buah jambu mawar


Cara konsum & manfaat jambu mawar

Ada beberapa alternatif cara untuk konsum jambu mawar yang disarankan.

1. Makan Buah Segar

Buah jambu mawar boleh dimakan terus dan segar. Bukan itu sahaja, buah jambu mawar ini pula dicampurkan menjadi satu hidangan salad.


2. Dibuat menjadi Jeli atau Puding

Buah jambu mawar juga dapat dibuat menjadi jeli supaya disukai anak-anak. Ini salah satu cara juga supaya anak-anak yang tidak suka konsum buah dapat menikmati khasiat dari buah juga.


3. Dijadikan Rose Water

Setelah dibuang bijinya, buah jambu mawar yang telah matang dapat disuling (empat kali) untuk diambil airnya. Air sulingan dari pokok jambu mawar juga digubakan dalam industri kosmetik sebagai "rose water" untuk wangian (kebiasaannya bukan dari pokok bunga mawar tapi dari daun pokok jambu mawar bahannya digunakan untuk memberikan aroma mawar.).


4. Dijadikan Sabun Mandian

Sabun mandi yang diciptakan dari bahan ekstrak daun jambu air memiliki beberapa kelebihan iaitu membersihkan tangan, melembapkan dan mencerahkan kulit. Di samping itu, ekstrak dari daun jambu mawar ini dapat membunuh bakteri staphylococcus aureus kerana adanya enzim lisozim. 


5. Konstruksi Bangunan

Kayu batang pokok yang kuat dan keras sangat sesuai untuk konstruksi bangunan atau membina perabot asas kerana kayunya tahan terhadap serangan rayap.




Pokok jambu mawar

Dapatkan Pokok Buah Jambu Mawar kesukaan anda dari Kebun Reyhan dengan membuat pembelian melalui:

Laman web: www.herbalwise.com.my

Lazada:
https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/
https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/

Shopee:
https://shopee.com.my/herbalwise.holdings
https://shopee.com.my/steviasugar

Whatsapp HQ: 019-5466443






Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...