Skip to main content

Posts

POKOK INSULIN PENYELAMAT PESAKIT DIABETES

KHASIAT TERBAIK DARI POKOK MAGIS POKOK INSULIN  Tidak semua pesakit diabetes mencari ubatan semula jadi untuk merawat kencing manis. Daun insulin atau nama latin costus igneus. Daun ini sangat terkenal oleh kerana sifatnya seakan sama dengan suntikan insulin iaitu mengawal kadar gula dalam darah. 3 Fakta Pokok Insulin Yang Anda Perlu Tahu! Terdapat beberapa hal yang perlu anda ketahui mengenai pokok insulin ini. Berikut adalah fakta mengenai pokok insulin yang perlu anda ketahui. 1. Asal-usul pokok insulin Daun insulin sebenarnya berasal dari Mexico, kemudian merebak ke Amerika, Afrika, ke Asia, termasuk Indonesia. Kerana ia berasal dari Mexico, tumbuhan ini juga dikenali sebagai Bunga Matahari Mexico. 2. Ciri-ciri pokok insulin Daun insulin secara umumnya boleh dicirikan dengan bentuk daun yang seperti jari dan berwarna hijau tua, mempunyai batang berkayu setinggi 1 hingga 3 meter, mempunyai bunga seperti bunga matahari, dan mempunyai ubi berwarna coklat dengan bahagian dalam berw...

Betul Ke Gula Stevia Bagus Untuk Kuruskan Badan & Kencing Manis? Fahamkan 7 perkara ini sebelum guna Stevia!

Betul Ke Gula Stevia Bagus Untuk Kuruskan Badan & Kencing Manis? Fahamkan 7 perkara ini sebelum guna Gula Stevia! Masyarakat kita dan gula adalah berpisah tiada. Perhatikan sahaja pengambilan makanan dan minuman kita. Tidak sah rasanya jika tiada gula, bukan? Pun begitu, tahukah anda bahawa ada alternatif selain gula yang boleh kita ambil iaitu stevia? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. 1. Fakta tentang Stevia! Stevia ialah tumbuhan yang mempunyai rasa manis yang kuat yang telah digunakan untuk memaniskan minuman dan membuat teh sejak abad ke-16. Stevia ditanam terutamanya di Brazil, Paraguay, Jepun dan China. Pemanis semulajadi rasanya 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula meja Stevia boleh dikelaskan sebagai "sifar kalori," kerana kalori setiap hidangan adalah sangat rendah. Ia telah menunjukkan potensi manfaat kesihatan sebagai alternatif gula yang sihat untuk penghidap diabetes. Stevia dan erythritol yang telah diluluska...

CARA CARA MEMBUAT JELI DAUN CINCAU HIJAU DAN KEBAIKAN UNTUK KESIHATAN

  B ERITA MENARIK!  KAMI KINI ADALAH PEMBEKAL NOMBOR 1 DAUN CINCAU HIJAU TERBAIK DI MALAYSIA! DAPATKAN SEKARANG DARI KEBUN REYHAN! Wah! Kini anda boleh membuat sendiri minuman cincau hijau di rumah dengan menggunakan daun cincau hijau dari kami! Tumbuhan cincau hijau ini hanya terdapat di Indonesia , Vietnam , Laos dan Kemboja sahaja tau! Tapi sekarang, anda boleh terus beli segar dari kami, Kebun Reyhan! 5 KEBAIKAN DAUN CINCAU HIJAU UNTUK KESIHATAN! 1. Keupayaan untuk mengawal tekanan darah 2. Mengatasi masalah pencernaan 3. Melancarkan peredaran darah 4.   Mencegah osteoporosis 5. Menurunkan suhu badan ketika demam panas CARA CARA MEMBUAT CINCAU HIJAU DENGAN MENGGUNAKAN DAUN CINCAU HIJAU JALAR DAN DAUN CINCAU HIJAU PERDU! Bahan-bahan:  100g daun cincau hijau jalar (cyclea barbata) & 100g daun cincau hijau perdu (premna oblongifolia) *Click link dibawah untuk beli daun cincau hijau. 1.2 liter air suam Penapis air Langkah-langkah membuat jeli cincau hij...

KHASIAT CINCAU HIJAU JALAR DAN CARA-CARA UNTUK MEMBUAT JELI

Cincau hijau jalar  disebut juga  cincau hijau melilit atau cincau hijau merambat ini sering menjadi bualan hangat terutama di Indonesia mengenai kebaikan dan khasiat yang ada pada tumbuhan ini. Nak tahu bagaimana pokok ini boleh memberi khasiat kepada kesihatan manusia? Mari kita lihat di bawah.  Pokok ini jenis berkayu lembut dan boleh mencecah sehingga 5 meter jika tidak dipangkas. Dahan pokok berwarna coklat gelap berdaun hijau jenis lonjong dan licin serta tebal . Mudah bertunas jika dipangkas dan menghasilkan akar serabut pada pangkal daun bila pokok sudah berusia. Sesuai ditanam di dalam pasu mahupun di tanah pokok. Indonesia sudah lama menanam pokok ini dan sudah menjadi rutin memakan/meminum cincau hijau dalam diet mereka. KHASIAT CINCAU HIJAU JALAR KEPADA KESIHATAN Manfaat segelas cincau hijau jenis jalar dipercayai boleh menurunkan panas badan , masalah usus dan darah tinggi . Cincau jalar ini kaya dengan vitamin A , B , C ,  kalsium , zat besi , fosf...

Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS 2022)

Sukacita kami maklumkan bahawa Steviasugar Corporation (M) Sdn Bhd dan Herbalwise Holdings (M) Sdn Bhd kini sedang berada di Pameran Halal Antarabangsa / Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada 7-10 September, 2022.  Acara ini dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MIHAS ialah platform perniagaan nombor satu industri Halal untuk mempamer dan memasarkan produk dan perkhidmatan oleh pelbagai syarikat berstatus Halal di Malaysia. Edisi ke-18 MIHAS tahun ini akan menjadi acara Hibrid - pameran fizikal, serentak dengan pameran di platform maya MIHAS. Kami akan memaparkan pelbagai produk penjagaan kesihatan DR Sweet, termasuk DR Sweet Spoonable Powder, iaitu serbuk stevia yang semakin popular! Anda juga akan berpeluang untuk bekerjasama dengan kami sebagai pengilang OEM untuk mencipta produk makanan dan minuman tambahan anda ...

Family Day bersama Steviasugar Corporation (M) Sdn Bhd dan Herbalwise Holdings (M) Sdn Bhd

Steviasugar Corporation dan Herbalwise Holdings mengadakan Hari Keluarga tahunan hujung minggu lalu, pada hari Sabtu, 3 September 2022, untuk memupuk perpaduan dan semangat berpasukan di kalangan ahli jabatan di kedua-dua syarikat. Majlis tersebut telah diadakan di Kebun Reyhan di Hulu Langat. Setiap orang membawa ahli keluarga masing-masing dan menghabiskan masa seharian untuk berkenalan sesama sendiri, menerokai kebun, bermain kuiz, dan makan-makan. Pemenang kuiz turut diberikan hadiah istimewa. Hari Keluarga ini disudahi dengan mengambil gambar berkumpulan bagi memperingati majlis istimewa ini. Secara keseluruhannya, acara ringkas ini mencapai objektifnya untuk meningkatkan semangat berpasukan dan memupuk persefahaman yang lebih baik di kalangan kakitangan. Kami berharap dapat menganjurkan satu lagi hari keluarga pada masa akan datang.

Herba Sambung Nyawa Batik (Gynura Pseudochina) Rawatan Kayap dan Kesihatan

Sambung nyawa batik atau nama saintifiknya Gynura pseudochina tergolong dalam famili Asteraceae (Compositae). Ia adalah tumbuhan herba saka, separa berair (semi-succulent) yang biasanya tumbuh sehingga 20 - 60 cm tinggi dengan ketinggian maksimum 1.3 m dari ubi kayu yang keras. Spesies ini sedikit berlainan dengan pokok sambung nyawa biasa yang mempunyai daun berwarna hijau (Gynura procumbens). (sambung nyawa batik) (sambung nyawa hijau) Lokasi asal tumbuhan ini tidak diketahui tetapi banyak ditemui di Afrika Tropika, Benua Kecil India ke Selatan China dan Asia Tenggara. Ia dikenali sebagai Wan Mahakan di Thailand dan berkait rapat dengan Okinawan Spinach di Jepun, iaitu salah satu spesies genus Gynura yang berdaun ungu. (Okinawan spinach) Warna dan bentuk daunnya sering menjadi perhatian. Bilah daunnya tumbuh secara tunggal, mempunyai bentuk bujur seperti sudu, dengan muncung yang runcing dan sisi yang bergerigi lebar serta kepanjangan 7-40cm dan 5-20 cm lebar. Ia berwarna hijau gel...