Skip to main content

CARA CARA MEMBUAT JELI DAUN CINCAU HIJAU DAN KEBAIKAN UNTUK KESIHATAN

 

BERITA MENARIK! KAMI KINI ADALAH PEMBEKAL NOMBOR 1 DAUN CINCAU HIJAU TERBAIK DI MALAYSIA! DAPATKAN SEKARANG DARI KEBUN REYHAN!

Wah! Kini anda boleh membuat sendiri minuman cincau hijau di rumah dengan menggunakan daun cincau hijau dari kami! Tumbuhan cincau hijau ini hanya terdapat di Indonesia, Vietnam, Laos dan Kemboja sahaja tau! Tapi sekarang, anda boleh terus beli segar dari kami, Kebun Reyhan!

5 KEBAIKAN DAUN CINCAU HIJAU UNTUK KESIHATAN!

1. Keupayaan untuk mengawal tekanan darah

2. Mengatasi masalah pencernaan

3. Melancarkan peredaran darah

4.  Mencegah osteoporosis

5. Menurunkan suhu badan ketika demam panas

CARA CARA MEMBUAT CINCAU HIJAU DENGAN MENGGUNAKAN DAUN CINCAU HIJAU JALAR DAN DAUN CINCAU HIJAU PERDU!


Bahan-bahan: 

  • 100g daun cincau hijau jalar (cyclea barbata) & 100g daun cincau hijau perdu (premna oblongifolia) *Click link dibawah untuk beli daun cincau hijau.
  • 1.2 liter air suam
  • Penapis air

Langkah-langkah membuat jeli cincau hijau:

  1. Ambil 100g daun cincau hijau jalar (cyclea barbata) dan 100g daun cincau hijau perdu (premna oblongifolia). Basuh daun hingga bersih dengan air suam sebelum dipindahkan ke bekas baru. Urat daun cincau perdu hendaklah dicabut terlebih dahulu.
  2. Tuangkan lebih kurang 1.2 liter air ke dalam bekas berisi daun cincau hijau.
  3. Untuk mengeluarkan air yang terdapat dalam daun cincau hijau jalar dan daun cincau hijau perdu, ramas daun tersebut sambil sesekali mengoyakkannya. Perah dan koyakkan daun, kemudian ulangi selama kira-kira 30-45 minit.
  4. Selepas 45 minit memerah, air akan menjadi pekat dan berbuih
  5. Tapis air menggunakan penapis air dan daun secara berasingan.
  6. Selepas ditapis, ketepikan selama 1 jam pada suhu bilik untuk membolehkan jus cincau hijau menjadi pekat.
  7. Jeli cincau hijau siap untuk digunakan!
Jeli cincau hijau ini boleh digunakan untuk pelbagai minuman. Jom belajar resepi minuman jeli cincau hijau dibawah!

1. RESEPI MINUMAN AIS JELI CINCAU HIJAU GULA PERANG!

Bahan-Bahan:

  • 100 ml air
  • 250 ml santan
  • 30g gula perang
  • Jeli cincau hijau
  • Ais kiub

Langkah-langkah membuat minuman ais cincau hijau gula perang!

  1. Panaskan 250 ml santan selama 15 minit.
  2. Gula perang - 30g gula perang, masukkan 100 ml air, kemudian masak dengan api perlahan hingga mendidih lebih kurang 20 minit, atau sehingga gula pekat.
  3. Kemudian, masukkan jeli cincau hijau ke dalam gelas
  4. Masukkan santan yang dipanaskan tadi
  5. Masukkan sirap gula perang mengikut citarasa.
  6. Masukkan ais kiub secukupnya, kemudian kacau dengan sudu
  7. Minuman ais cincau hijau gula perang sedia untuk diminum!

2. RESEPI MINUMAN AIS JELI CINCAU HIJAU SUSU KURMA!

Bahan- bahan:

  • 250ml susu segar
  • 6 biji kurma
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Jeli cincau hijau
  • Kiub ais

Langkah-langkah membuat minuman ais jeli cincau hijau susu kurma!

  1. Masukkan 250ml susu segar dan 6 biji kurma ke dalam mesin pengisar
  2. Tapis susu kurma yang dikisar tadi menggunakan penapis air.
  3. Letak ½ sudu kecil garam ke dalam susu yang ditapis tadi.
  4. Kemudian, masukkan jeli cincau hijau ke dalam gelas.
  5. Akhir sekali, tuang susu yang ditapis tadi ke dalam gelas dan masukkan kiub ais supaya ia sejuk.
  6. Minuman ais jeli cincau hijau susu kurma sudah siap!

Nak buat homemade cincau di rumah? Jom beli daun cincau hijau jalar ! Boleh beli direct dari Kebun Reyhan disini⬇⬇⬇ 

Laman web: https://herbalwise.com.my/shopmain/ 

Lazada: lazada.com.my/steviasugar / lazada.com.my/herbalwise-holding

Shopee: shopee.com.my/steviasugar / shopee.com.my/herbalwise.holdings 

Contact: 03-89223161 / 019-5466443


 


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...