Skip to main content

Betul Ke Gula Stevia Bagus Untuk Kuruskan Badan & Kencing Manis? Fahamkan 7 perkara ini sebelum guna Stevia!

Betul Ke Gula Stevia Bagus Untuk Kuruskan Badan & Kencing Manis? Fahamkan 7 perkara ini sebelum guna Gula Stevia!

Masyarakat kita dan gula adalah berpisah tiada. Perhatikan sahaja pengambilan makanan dan minuman kita. Tidak sah rasanya jika tiada gula, bukan? Pun begitu, tahukah anda bahawa ada alternatif selain gula yang boleh kita ambil iaitu stevia? Sila ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.


1. Fakta tentang Stevia!

Stevia ialah tumbuhan yang mempunyai rasa manis yang kuat yang telah digunakan untuk memaniskan minuman dan membuat teh sejak abad ke-16.

  • Stevia ditanam terutamanya di Brazil, Paraguay, Jepun dan China.
  • Pemanis semulajadi rasanya 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula meja
  • Stevia boleh dikelaskan sebagai "sifar kalori," kerana kalori setiap hidangan adalah sangat rendah.
  • Ia telah menunjukkan potensi manfaat kesihatan sebagai alternatif gula yang sihat untuk penghidap diabetes.
  • Stevia dan erythritol yang telah diluluskan untuk digunakan di Amerika Syarikat (A.S.) dan nampaknya tidak menimbulkan sebarang risiko kesihatan apabila digunakan secara sederhana.

2. Apa itu Gula Stevia?

Gula stevia merupakan pemanis yang berasal dari daun stevia yang diambil dari tanaman stevia rebaudiana. Daun stevia diekstrak kemudian dijadikan pemanis. Stevia juga merupakan pemanis yang kerap dijadikan pengganti gula, sehingga pemanis ini disebut gula stevia.

Gula stevia dimanfaatkan sebagai pengganti gula, hal tersebut kerana rasanya yang lebih manis daripada gula tetapi zero kalori. Gula stevia ini banyak digunakan oleh orang yang sedang mengamalkan diet. 



3. Kegunaan gula stevia dalam pemakanan seharian.

Stevia sering digunakan sebagai pemanis dalam makanan dan minuman contohnya:

  •     Aiskrim
  •     Pencuci mulut
  •     Sos
  •     Yogurt
  •     Makanan jeruk
  •     Roti
  •     Minuman ringan
  •     Gula-gula
  •     Makanan laut

1

Bagi pesakit diabetes, mereka sering dinasihat untuk mengehadkan pengambilan gula melalui beberapa langkah seperti mengurangkan minuman manis atau menggunakan pemanis semulajadi seperti stevia/pemanis tiruan yang lain di dalam minuman sebagai pengganti gula.

Kini, pemanis seperti stevia bukan sahaja menjadi pilihan buat pesakit kencing manis yang masih ingin menikmati manisan tanpa perlu khuatir akan kenaikan gula dalam darah, malah turut menjadi salah satu ikhtiar bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan berikutan jumlah kalorinya yang rendah.


4. Manfaat mengamalkan gula Stevia.

  1. Membantu dalam menurunkan berat badan
  2. Bagus untuk pesakit kencing manis
  3. Menurunkan dan mengimbangkan paras gula dalam darah
  4. Melicinkan kulit dan awet muda
  5. Meningkatkan kesihatan penghadaman dan mengekalkan pergerakan usus yang teratur.
5. Sukatan Spoonable Stevia Powder

Campurkan 1/2 sudu teh dengan 150ml-200ml air sejuk atau suam.


Perlukan Stevia? Jom beli dengan kami harga jimat berbaloi BELI 2 SPOONABLE STEVIA POWDER PERCUMA MIX HERBAL TEA!


Laman web: https://herbalwise.com.my/shopmain/ 

Lazada: lazada.com.my/steviasugar / lazada.com.my/herbalwise-holding

Shopee: shopee.com.my/steviasugar / shopee.com.my/herbalwise.holdings 

Contact: 03-89223161 / 019-5466443








Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...