Skip to main content

Apa Itu Lemon Myrtle?

Lemon Myrtle, Ratu Herba Limau!


    Lemon Myrtle atau nama lainnya limau Myrtle, limau wangi dahan besi dan serai pedas adalah sejenis tumbuhan herba yang mengeluarkan aroma lemon yang bukan sahaja wangi malah menyegarkan. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari Queensland, Australia ini merupakan antara tumbuhan herba yang mampu hidup subur dalam keadaan cuaca di Malaysia dan turut ditanam di kebun kami di Serdang. 





NAMA SPESIES:
BACKHOUSIA CITRIODORA

KELUARGA:
MYRTACEAE

ASAL:
SUBTROPIKA AUSTRALIA

CIRI-CIRI:
MEMPUNYAI DAUN BERBENTUK MATA TOMBAK
BUNGA BERWARNA PUTIH KRIM DAN BERKELOMPOK DI HUJUNG DAHAN
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 20 METER



    Daun Lemon Myrtle yang dihancurkan mengeluarkan wangian sitrus lemon yang amat kuat sehingga mendapat gelaran 'The Queen of Lemon Herbs'. Selain itu, pokok Lemon Myrtle juga dikatakan berbau lebih seperti lemon berbanding lemon sendiri.


    Lemon Myrtle kian popular dalam kalangan pencinta herba kerana mendatangkan pelbagai manfaat dari segi kesihatan. Antaranya:


  • Menangani jangkitan sinus, bronkitis dan Athlete's Foot
  • Meredakan masalah sakit kepala dan migrain
  • Menguatkan sistem imun badan 
  • Melegakan masalah gastrik dan sembelit
  • Merawat batuk, flu dan melawan asma
  • Menghilangkan kahak
  • Menggalakkan tidur yang lebih baik
  • Menangani masalah jerawat
  • Meningkatkan kesihatan oral (melawan ulser)
  • Merawat gigitan serangga


    Nikmati kebaikan Lemon Myrtle dengan pembelian produk Dr Sweet Herbal Tea kami. Minuman berkhasiat ini dirumus khas dengan gabungan 8 jenis herba organik dan Stevia. Enak untuk diminum dan sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga!


    Dapatkan produk Dr Sweet Herbal Tea anda sekarang menerusi link yang tertera di bawah:


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...