Skip to main content

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Limau Kasturi

 Limau Kasturi, Tumbuhan Sitrus Kaya Antioksidan!


    Limau Kasturi adalah antara buah sitrus yang selalu digunakan dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara terutamanya dalam masakan dan minuman. Tumbuhan sitrus ini mudah ditanam dan hidup subur dalam keadaan cuaca di Malaysia. 

    Calamansi, Calamondin, Phillippine Lime dan Philippine Lemon adalah nama lain bagi Limau Kasturi. Selain mengeluarkan aroma yang wangi, Limau Kasturi kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Menurut kajian yang dilakukan oleh MARDI, 3 biji buah limau kasturi mengandungi kandungan antioksidan Phoretin dan Vitexin bersamaan dengan 10 biji epal dan ianya jauh lebih tinggi dari teh hijau!


' 

NAMA SPESIES:
CITRUS MICROCARPA 

KELUARGA:
RUTACEAE

ASAL:
ASIA TENGGARA

CIRI-CIRI:
DAUN BERWARNA HIJAU MUDA KE HIJAU TUA
MEMPUNYAI BUNGA BERWARNA HIJAU MUDA KE HIJAU TUA
BUAH BERBENTUK SEPERTI BUAH LIMAU LEBIH KURANG BESAR IBU JARI
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 5 METER


    Antara kelebihan Limau Kasturi adalah:

  • Menyembuhkan demam, batuk dan lelah
  • Mengurangkan asma
  • Mengatasi masalah badan berbau
  • Melegakan sakit tekak dan pening kepala
  • Merawat masalah kelemumur
  • Membantu melangsingkan tubuh

     Anda juga boleh menikmati Limau Kasturi bersama Teh Herba Dr Sweet. Cuma perahkan sedikit jus Limau Kasturi ke dalam air teh, kacau rata dan terus minum. Minuman ini bukan sahaja terasa menyegarkan malahan penuh dengan khasiat semulajadi. Amalkan setiap pagi dan rasai perubahannya!
 

Dapatkan Serbuk Stevia Dr Sweet anda sekarang di:





Pokok Limau Kasturi yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet 



Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...