Skip to main content

Khasiat Pokok Kelor Sebenar

Apa Khasiat Pokok Kelor Sebenarnya?

Dr Irfan

    Ramai yang mengemari buah kelor atau nama saintifiknya Moringa Oleifera dari keluarga Moringacea kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Pokok ini dikenali dengan pelbagai nama sepeerti pokok drumstik (horse-radish tree), murunga (Sri Langka), melungai atau mulangai:  முருங்கை (India), 辣木 (China), atau marum: มะรุม (Thailand).



Buah kelor


    Pokok Kelor sebenarnya mengandungi lebih tinggi vitamin C berbanding dengan buah oren dan lebih kandungan protein jika dibanding dengan kacang pea manakala kandungan kalsium lebih tinggi daripada susu dan kaliumnya lebih tinggi daripada pisang sementara kandungan zat besi lebih tinggi daripada bayam (spinach). Sangat menakjubkan betul tak?
    


Pokok kelor


NAMA SAINTIFIK:
MORINGA OLEIFERA

NAMA MALAY:
MERUNGGAI, KELOR, KACANG KELOR

NAMA INGGERIS:
 MORINGA, HORSE RADISH TREE, DRUMSTICK TREE

ASAL:
 INDIA & SRI LANGKA
 
CIRI-CIRI:
TUMBUHAN BOLEH MENCAPAI 12 METER
MEMILIKI DAHAN YANG RAPUN DAN DEDAUN TIGA KELOMPOK
BUAHNYA DALAM LENGAI BERTANTUNG
BATANG POKOK BEWARNA PUTIH KELABU


Daun Kelor

Khasiat dan Manfaat dari Pokok Kelor

   Walaupun daun kelor agak kecil dan kurang diketahui umum akan khasiatnya, kini banyak usahawan tempatan di negara jiran telah berjaya mengkomersilkan daun kelorsebagai produk makanan kesihatan. 

 Antara kebaikan pokok kelor adalah:


1. Penawar demam panas

    Daun kelor ternyata memiliki fungsi sebagai penawar serta menyembuhkan demam yang berkesan untuk kanak-kanak. Caranya amat mudah iaitu dengan memetik beberapa tangkai pucuk daun kelor segar dan direbus dengan air. Kemudian, diberikan minum air rebusan sebanyak 2 kali sehari dimana demam panas akan berkurangan dan sembuh. 


Daun kelor


2. Merawat masalah cacing dalam tubuh

    Khasiat seterusnya dimana ada kemampuan untuk mengawal cacing dalam tubuh. Bagi merawat masalah cacing maka ambil beberapa helai daun kelor dan rebus bersama satu cabang daun cili dan daun dokong anak bersama 2 gelas air sehingga air tinggal separuh. Apabila sejuk minum air tersebut dan amalkan setiap hari dimana cacing dalam perut akan terhapus.


3. Menjaga kesihatan mata

    Daun kelor mempunyai kandungan antioksidan yang bermanfaat untuk membantu menjaga kesihatan mata. Dengan itu, diklaim dapat menghentikan pelebaran pembuluh darah retina, mencegah penebalan membrane kapiler.


4. Meningkatkan produksi ASI

    Daun kelor juga diketahui dapat meningkatkan produksi ASI (air susu ibu) pada ibu menyusu. Dalam kajian menyebut makan daun kelor dapat meningkatkan produksi ASI pada hari keempat atau kelima. Komponen nutrisi ibu diatur oleh sel-sel penghasil ASI di dalam payudara. Sumbernya berasal dari makanan ibu dari jaringan tubuh ibu.


5. Daun kelor menjadi teh

                                                                              Teh Kelor


Berikut adalah cara membuat daun kelor menjadi teh:

1. Petik daun kelor yang masih segar atau muda. (Pucuk dan bewarna hijau muda)
2. Rendam daun kelor dalam air bersih untuk membersihkan kotoran.
3. Keringkan daun kelor yang dicuci tadi. (letakkan daun kelor di nampan, kemudian simpan di udara secara terbuka. Sebaiknya jangan jemur di bawah matahari secara langsung kerana kandungan gizinya mungkin akan berkurang.)
4. Jika daun kelor sudah kering, tumbuk atau blender sehingga menjadi halus.
5. Kemudian, serbuk tadi diletakkan di tempat sejuk agar dapat hilangkan enzim oksidatif

Daun kelor pun tahan lama walaupun tanpa bahan pengawet. Ketika ingin membuat teh, ambil 1 atau 2 sudu serbuk daun kelor dan bancuh dengan air panas. Boleh juga dicampurkan dengan Dr Sweet Stevia dan madu untuk rasa yang lebih manis. Minum teh daun kelor dalam keadaan panas. 



Cara Penjagaan Pokok Kelor


Buah Kelor


    Pokok kelor mudah ditanam kerana pertumbuhannya yang cepat, berakar tunjang yang panjang serta berserabut, daun tidak lebat dan tidak sesuai untuk dibuat pokok naungan, hiasan, atau pokok pepagar. Secara botani, pokok kelor sesuai ditanam ditanah lom atau tanah berpasir dengan penagiran sempurna atau ditanah liat yang tidak terendam atau banjir berpanjangan.

    Kelor boleh ditanam menggunakan biji benih atau mengunakan keratan batang keras. Penggunaan baja juga tidak diperlukan kerana akarnya yang panjang membolehkannya mendapatkan nutrien dari tanah dengan berkesan. Pokok kelor juga boleh menahan seranagn penyakit dan serangga perosak namun oleh kerana daun dan buahnya digemari oleh binatang ternakan, maka perlu kawasan tanaman dijauhi dari ternakan tersebut.


Kesimpulan

    Dapatkan Pokok Kelor segar kesukaan anda dari Kebun Reyhan dengan membuat pembelian melalui:

Laman web: www.herbalwise.com.my

Lazada:
https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/
https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/

Shopee:
https://shopee.com.my/herbalwise.holdings
https://shopee.com.my/steviasugar

Whatsapp HQ: 019-5466443

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...