Skip to main content

Siapa mahu melawat kebun Pokok Zaitun di Çanakkale, Turki?

 

Mahu pergi Canakkale, Turki? Jom jadi Agent Dr Sweet!

Dr Irfan

    Jika anda ingin bercuti di Turki, anda patut melawat kampung saya iaitu di Canakkale, Turki. Di kampung saya ada kebun yang penuh dengan pokok zaitun. 

Canakkale, Turki

Kebun zaitun keluarga Dr Irfan di Turki

    Majoriti penduduk Malaysia mesti pernah dengar pokok zaitun kan? Pokok zaitun merupakan tumbuhan paling tua di dunia dari kawasan Mediterranean dengan umur pokok yang sangat lama dan dilaporkan mampu hidup sehingga lebih 1,000 tahun.


    Pokok ini boleh tahan dalam suhu yang panas dan kemarau tanpa perlu siram selama bertahun-tahun tetapi ia juga boleh mati sekiranya akarnya terendam dalam air selama seminggu. Buah zaitun ini juga merupakan sejenis buah yang telah ditanam dan digunakan sejak zaman purba Mesir lagi.


Pokok zaitun turki


   Buah zaitun bersaiz kecil dan lonjong. Buah ini berwarna hijau semasa muda dan bertukar merah, ungu gelap dan kehitaman apabila matang. Kulit buah yang licin, berkilat atau berminnyak. Lazimnya, buah zaitun mengambil masa 6 hingga 8 bulan sebelum ia masak sepenuhnya untuk dituai. Pokok zaitun boleh mencecah ketinggian sehingga 8 hingga 15 meter.


    Batang pokok berkayu keras, bercabang banyak dan berpusar apabila mencecah umur ratusan tahun. Daun tersusun secara bertentangan dengan hujung daun berbentuk tajam serta agak tebal. Daunnya berbentuk lonjong, menirus dan mempunyai ukuran dalam 4cm hingga 10cm panjang sekitar 1cm hingga 3cm lebar.

Buah zaitun

    Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)


Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. Ini disebut di dalam Al-Quran surah An-Nuur:35:

...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api...






NAMA SAINTIFIK:
OLEA EUROPAEA

NAMA MALAY:
ZAITUN TURKEY

ASAL:
 MEDITERRANEAN, ASIA DAN AFRIKA
 
CIRI-CIRI:
TUMBUH MERENEK TIDAK LEBIH 8 HINGGA  15 METER 
DENGAN BATANG YANG BERPINTAL. 
DAUNNYA LONJONG HIJAU TERANG ATAU KEKELABUAN
 DENGAN UKURAN 4 HINGGA 10 SM PANJANG DAN 1 HINGGA 3 SM LEBAR.
 BUNGANYA BERWARNA PUTIH. 
BUAH PULA BERWARNA HIJAU (MENTAH) DAN 
UNGGU GELAP ATAU KEHITAMAN (DAH MATANG)



Minyak zaitun

Manfaat dan kegunaan 

    Pokok zaitun memiliki pelbagai khasiat dan kegunaan dalam masyarakat sejak zaman purba dahulu sama ada dalam bidang perubatan baik untuk dalaman atau pun luaran. Ia mula dikomersialkan ke peringkat antarabangsa melalui produk-produknya yang berkualiti tinggi. Pelbagai produk telah dihasilkan menggunakan buah zaitun yang membantu dalam kehidupan seharian kita.

 Antara kebaikan buah zaitun adalah:

1. Menghasilkan "minyak zaitun"

    Sesiapa pun di dunia ini pernah dengar minyak zaitun atau nama Inggerisnya "Olive Oil". Jika anda perasan, terdapat pelbagai brand produk di pasaran seperti minyak rambut, syampu, produk kecantikan, masakan, ubat-ubatan dan sebagainya yang dihasilkan daripada buah zaitun. Hal ini kerana minyak zaitun dipercayai dapat membantu:
  • Merawat rambut yang rosak
  • Menghilangkan kelemumur
  • Melebatkan rambut
  • Melembapkan dan mengurangkan kesan kedutan pada kulit
  • Membuang sel kulit mati sekaligus menghaluskan kulit
  • Membantu melarutkan batu karang pada buah pinggang
  • Membantu mengurangkan rasa lapar (menurunkan berat badan)

Kebaikan minyak zaitun


2. Teh dari Daun Zaitun

    Daun zaitun yang bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia. Mereka mengamalkan meminum teh daun zaitun untuk merawat batuk, sakit tekak, demam dan gout.


3. Perabot dan Tasbih dari Batang Zaitun

Batang zaitun pula boleh dibuat perabot kerana ketahanan dan kebesaran batang pokok zaitun. Malah ada juga tasbih yang diperbuat daripada kayu zaitun. Tasbih aripada kayu zaitun ini kelihatan agak beminyak dan agak harum.


Proses Tuaian Buah Zaitun

Tuaian buah zaitun

Tuaian buah zaitun



    Ini adalah proses penuaian buah zaitun sebelum dijadikan sebagai minyak zaitun di Turki. Mereka akan pasang satu jenis kain yang besar di bawah pokok zaitun dan kemudian akan menggunakan mesin bagi penuaian buah zaitun. Ada juga yang masih menggunakan cara lama bagi mengekalkan tradisi lama. Nampak macam mudah tapi jika anda lihat video, terdedah kesukaran penuaian buah zaitun.


Proses Pembuatan Minyak Zaitun

Tahukah anda bahawa banyak jenis minyak zaitun? Contohnya seperti minyak zaitun extra virgin, cold-pressed, natural dan sebagainya. Hari ini kita fokus dengan cara pembuatan menghasilkan minyak zaitun cold-pressed.

Contoh pembuatan minyak zaitun cold-pressed

    Minyak zaitun yang ditekan sejuk dibuat dengan mengumpul buah zaitun penuaian awal dan mengisarnya pada hari yang sama. Selain itu, suhu air yang digunakan semasa pengeluaran adalam maksimum 27 darjah. Kaedah menekan sejuk memastikan bahawa vitamin dan mineral dalam buah zaitun ditukar kepada minyak dengan kehilangan yang minimum. Minyak zaitun yang dihasilkan dengan kaedah ini lebih sedap dan sihat.

    Walau bagaimanapun, minyak zaitun ditekan sejuk (cold-pressed) adalah jenis minyak yang sangat sihat. Hal ini kerana, vitamin dan mineral yang terdapat dalam buah zaitun tidak hilang. Minyak zaitun cara ini juga teksturnya lebih pekat dan aromanya kuat.


Kesimpulan

    Dapatkan Pokok Zaitun Turki atau Dr Sweet Olive Oil segar kesukaan anda dari Kebun Reyhan dengan membuat pembelian melalui:

Laman web: www.herbalwise.com.my

Lazada:
https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/
https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/

Shopee:
https://shopee.com.my/herbalwise.holdings
https://shopee.com.my/steviasugar

    Anda juga dialu-alukan jika anda ingin menjadi agent bagi Dr Sweet Olive Oil. Pelbagai keistimewaan yang anda dapat jika anda turut serta sekarang. Antaranya anda berpeluang untuk menang tiket pergi ke Turki sambil boleh melawat kebun pokok zaitun di Canakkala, Turki. Boleh contact di:

Whatsapp HQ: 019-5466443

Comments

Popular posts from this blog

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Pokok Chaya?

  Pokok Chaya, Tumbuhan Berdaun Seperti Daun Betik! Pernah dengar tentang Pokok Chaya ? Pokok Chaya atau nama lainnya Bayam Suria merupakan tumbuhan yang tumbuh tinggi, mempunyai daun seakan daun betik dan berbatang seperti batang ubi. Tumbuhan ini hidup dengan subur di kawasan lembap dan kering serta ada ditanam di Kebun Reyhan kami.  NAMA SPESIES: CNIDOSCOLUS ACONITIFOLIUS  KELUARGA: EUPHORBIACEAE ASAL: SEMENANJUNG YUCATAN DI MEXICO CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG LEBAR BERSAIZ OBLONG YANG PANJANG BATANG POKOK BERWARNA COKLAT KELABU MUDA DENGAN GARIS-GARIS GELAP  MENGANDUNGI LATEKS BERWARNA PUTIH  BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 6M Manfaat Pokok Chaya untuk kesihatan adalah: Untuk mencegah diabetes Untuk menurunkan paras kolesterol Untuk melancarkan peredaran darah Untuk melancarkan penghadaman Untuk mencegah batuk Untuk merawat insomnia Untuk memerangi artritis Untuk mencegah anemia Untuk merawat penyakit kulit Untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak...

Apa Itu Terung Asam?

  Terung Asam, Buah Terung yang Popular di Sarawak!      Pokok Terung Asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan sejenis tumbuhan renek berbuah yang terkenal di Sarawak. Buah Terung Asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang. Disebabkan rasa buahnya yang masam seperti tomato, ia sering digunakan dalam masakan seperti masakan asam pedas, sambal atau kari. NAMA SPESIES: SOLANUM LASIOCARPUM  KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: ASIA TENGGARA, PAPUA NEW GUINEA, AMERIKA SELATAN CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN AGAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH DAN KUNING DI BAHAGIAN TENGAH BUAH BERBENTUK BULAT ATAU BULAT LEPER MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1 METER  Manfaat yang terdapat pada pokok Terung Asam adalah: Mengawal tekanan darah Mengurangkan risiko penyakit jantung Menstabilkan gula dalam darah Memerangi Osteoporosis Menurunkan risiko kanser Membantu menurunkan berat badan Merawat masalah kulit seperti kudi...