Skip to main content

Apa itu Buah Tarap?

 

Buah Tarap Popular Di Sabah?

Dr Irfan

    Bagi penggemar buah tempatan, sudah tentu kita teruja apabila tibanya musim durian atau dikenali sebagai raja segala buah. Apatah lagi pada musim durian tiba, kawasan pasar atau tepi jalan pasti menjadi tumpuan orang ramai membeli. Namun berbeza dengan orang di Sabah, buah eksotik popular dan diminati masyarakat adalah buah tarap atau dikenali sebagai "timadang" dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun.  

    Buah Tarap adalah salah satu buah-buahan tempatan negeri Sabah yang sangat terkenal dengan rasa yang cukup sedap. Pokok buah tarap mudah tumbuh dan subur di kawasan Sabah yang beriklim tropika. Ketika anda cuba makan buah tarap ini pasti akan sedar betapa bertuahnya dapat merasa buah tarap kerana ada rasa manisnya lain dari rasa manis buah yang lain. 



Buah tarap

    Pokok dan buah ini dipercayai memang berasal dari Borneo atau Filipina. Buah ini juga dikenali sebagai Kiran di Sarawak. Buah ini mempunyai rupa bentuk yang bulat dan beratnya boleh mencecah sehingga 1kg. Buah tarap yang masih  muda mempunyai kulit yang bewarna hijau pekat manakala buah yang sudah masak pula kulitnya bewarna hijau kekuningan dan sangat mudah untuk dikopek untuk ambil isinya. 

Pokok buah tarap


NAMA SAINTIFIK:
ARTOCARPUS ODORATISSIMUS

NAMA MALAY:
BUAH TARAP

NAMA INGGERIS:
 MARANG FRUIT

ASAL:
 ASIA TENGGARA
 
CIRI-CIRI:
MENYERUPAI BUAH NANGKA, 
BAU DARI BUAH SANGAT KUAT


Buah tarap


Kegunaan Pokok Buah Tarap

     Buah ini mudah didapati di negeri Sabah kerana ramai yang menanam pokok tarap ini di kebun mereka. Pokok ini juga mudah untuk berbuah iaitu sekitar 3 tahun pokok ini sudah boleh mengeluarkan buah. Selain untuk buah, pokok tarap ini mempunyai pelbagai kegunaan yang ramai orang belum tahu termasuk batang, daun dan buah dan lain-lain lagi.


Buah tarap


Antara kegunaan bagi pokok buah tarap adalah:

🌳 Merebus, dipanggang atau goreng biji buah untuk dimakan. 

🌳 Buah yang sudah matang atau masak boleh dimakan segar atau dijadikan bahan ramuan kek.

🌳 Buah yang belum masak boleh dimasak menjadi sup sayur.

🌳 Daunnya banyak digunakan untuk membungkus nasi atau makanan tradisional masyarakat Kadazan Dusun seperti Linopot. 

🌳Daunnya juga boleh digunakan untuk menampal bumbung rumah yang bocor pada masa dahulu kerana kebanyakan atap rumah diperbuat daripada nipah.

🌳 Daun pokok tarap bersaiz besar dan lebar boleh dignakan sebagai jerami untuk membuat pemisah rumah pondok sementara. 

🌳 Batang pokok biasanya digunakan dalam pertukangan kerana pokok ini mempunyai kayu jenis yang keras.

🌳 Lateks pokok buah tarap dapat merawat inflamasi disebabkan luka.

🌳 Di dalam perubatan tradisional kaum Iban di Sarawak, akar pokok buah tarap diambil untuk merawat cirit-birit.

🌳 Abu dari daun disapu di bahagian badan yang disengat kala jengking dan lipan bagi mengurangkan rasa sakit. 


Buah tarap

     Buah ini juga dikatakan mempunyai khasiatnya iaitu buah ini mengandungi Vitamin C dan buah ini juga berfungsi sebagai bahan pelawas untuk sistem pencernaan yang lebih baik. Dengan adanya khasiat seperti ini sekaligus dapat menarik ramai lagi orang ramai untuk menanam pokok atau memakan buah ini.


Buah tarap


Buah tarap


    Untuk memetik buah ini, kebiasaanya dipetik ketika buah ini kelihatan separuh masak dan masih keras lagi. Kemudian, akan menyimpannya di dalam sebuah tempat seperti karung untuk diperam sehingga masak. Ada juga terdapat sesetengah masyarakat yang membiarkan sahaja buah ini betul-betul masak di atas pokok dan tunggu buah tersebut jatuh sendiri. 

    Namun kebanyakannya, lebih suka memetik buah tarap ketika masih keras. Ini kerana bagi mengelakkan buah ini jatuh ke tanah dan pecah, kerana buah yang terlalu masak kulitnya tidak keras dan lebih mudah hancur bila jatuh dari pokok. Buah ini boleh dipetik dengan memanjat pokok dan menggunakan penjolok. 


Kesimpulan

    Dapatkan Pokok Buah Tarap segar kesukaan anda dari Kebun Reyhan dengan membuat pembelian melalui:

Laman web: www.herbalwise.com.my

Lazada:
https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/
https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/

Shopee:
https://shopee.com.my/herbalwise.holdings
https://shopee.com.my/steviasugar

Whatsapp HQ: 019-5466443

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...