Pokok stevia adalah sejenis PEMANIS SEMULA JADI TANPA KALORI.
Stevia, atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, adalah pokok pengganti gula. Ia adalah sejenis tumbuhan perennial ditanam secara meluas untuk daunnya yang sangat manis bagi menghasilkan pemanis makanan dan minuman semulajadi.
Stevia digunakan secara meluas sebagai alternatif gula tambahan yang menyihatkan dalam banyak makanan dan minuman! Ini antara 5 kebaikan pokok stevia:
Manfaat pokok stevia yang wajib diketahui. 1. Kawal kencing manis - Kajian telah menunjukkan bahawa pemanis stevia tidak menyumbang kalori atau karbohidrat kepada diet. Ia juga tidak menunjukkan kesan ke atas glukosa darah atau tindak balas insulin. Ini membolehkan penghidap diabetes makan lebih pelbagai jenis makanan dan mematuhi pelan pemakanan yang menyihatkan. Pesakit diabetes jenis 2 melaporkan bahawa stevia memberikan pengurangan ketara dalam glukosa darah dan tindak balas glukagon selepas makan. Glukagon ialah hormon yang mengawal paras glukosa dalam darah, dan mekanisme yang merembeskan glukagon selalunya rosak pada penghidap diabetes. Glukagon turun apabila glukosa darah naik. Ini mengawal tahap glukosa. 2. Bantu kawal berat badan - Terdapat banyak punca berat badan berlebihan dan obesiti, seperti ketidak-aktifan fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula tambahan. Stevia tidak mengandungi gula dan tiada kalori. Ia boleh menjadi sebahagian daripada diet yang seimbang untuk membantu mengurangkan pengambilan gula tanpa mengurangkan rasa manis. 3. Stabilkan tekanan darah - Kajian 2003 menunjukkan bahawa stevia berpotensi membantu menurunkan tekanan darah. Kajian itu mencadangkan bahawa tumbuhan stevia mungkin mempunyai tindakan kardiotonik. Tindakan kardiotonik menormalkan tekanan darah dan mengawal degupan jantung. 4. Kurangkan risiko sakit jantung dan strok - Dengan pengambilan yang konsisten, stevia dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan, dimana paras gula dan tekanan darah lebih terkawal. Risiko untuk terkena serangan jantung dan sumbatan dalam darah berkurang. Glikosida tertentu dalam ekstrak stevia dapat menganjalkan saluran darah yang mengeras. Ia juga boleh meningkatkan perkumuhan natrium (garam) dan pengeluaran air kencing. 5. Bantu masalah keradangan kulit - Makanan tinggi gula dapat mencetuskan masalah sensitiviti pada kulit terumanya kepada pesakit ekzema. Penukaran gula dalam diet kepada stevia dapat mengawal masalah ini. ⭐Fakta ringkas mengenai Stevia:
Jika anda mementingkan kesihatan, inilah masanya untuk membuat perubahan dalam gaya hidup anda 😊 Ini adalah kegemaran kami: 1. DR SWEET Stevia Extract Liquid Drops 10 ml & 30 ml
2. DR SWEET Herbal Tea 15X2g
3. DR SWEET Stevia Leaves Powder 50 ml
4. DR SWEET Stevia Powder 300g
Mengenai DR SWEET dari SteviaSugar Corporation (M) Sdn Bhd:
5. Pokok Hidup Daun Manis / Stevia (Stevia rebaudiana)
BAGAIMANA CARA NAK BELI?HQ Office: Pre-order dan self collect di HQ. Isnin-Jumaat, 9am-6pm |
Comments