Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Limau Kasturi

  Limau Kasturi, Tumbuhan Sitrus Kaya Antioksidan!      Limau Kasturi adalah antara buah sitrus yang selalu digunakan dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara terutamanya dalam masakan dan minuman. Tumbuhan sitrus ini mudah ditanam dan hidup subur dalam keadaan cuaca di Malaysia.       Calamansi, Calamondin, Phillippine Lime dan Philippine Lemon adalah nama lain bagi Limau Kasturi. Selain mengeluarkan aroma yang wangi, Limau Kasturi kaya dengan vitamin C dan antioksidan. Menurut kajian yang dilakukan oleh MARDI, 3 biji buah limau kasturi mengandungi kandungan antioksidan Phoretin dan Vitexin bersamaan dengan 10 biji epal dan ianya jauh lebih tinggi dari teh hijau! '  NAMA SPESIES: CITRUS MICROCARPA  KELUARGA: RUTACEAE ASAL: ASIA TENGGARA CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU MUDA KE HIJAU TUA MEMPUNYAI BUNGA BERWARNA HIJAU MUDA KE HIJAU TUA BUAH BERBENTUK SEPERTI BUAH LIMAU LEBIH KURANG BESAR IBU JARI MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Pokok Selasih

  Tanaman Semusim, Pokok Selasih!      Ramai di antara kita yang tidak mengenali apa itu tumbuhan Selasih. Tanaman renek ini sangat popular dalam kalangan tukang masak di negara Eropah khususnya dalam masakan Itali seperti pizza margarita, pasta dan sup tomato.      Pokok Selasih merupakan antara tumbuhan yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet . Tumbuhan ini mengeluarkan aroma yang agak berangin seakan-akan pudina. Selain nama Selasih, tumbuhan ini turut dikenali dengan pelbagai nama lain seperti  Sweet Basil, Kemangi, Holy Basil dan Thulasi. NAMA SPESIES: OCIMUM BASILICUM KELUARGA: LAMIACEAE ASAL: INDIA CIRI-CIRI: DAUN BERBENTUK OVAL BERWARNA HIJAU PEKAT BUNGA TERDAPAT DI DAHAN DAN DI HUJUNG BATANG POKOK TERDAPAT RERAMBUT HALUS BERWARNA JERNIH DI BAWAH PERMUKAAN DAUN KETINGGIAN POKOK ANTARA 60 - 70 CM      Antara kebaikan yang boleh diperoleh dari pokok Selasih adalah seperti berikut: Melancarkan peredaran darah Menghi...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Ulam Raja

  Ulam Raja, Mahkota Segala Ulam!       Pokok Ulam Raja merupakan suatu khazanah herba yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Disebabkan khasiatnya yang pelbagai, tradisi memakan ulam-ulaman telah menjadi amalan masyarakat Melayu sejak turun-temurun.        Di Taman Herba Mini Dr Sweet, kami juga menanam tumbuhan Ulam Raja. Selain dikenali sebagai Ulam Raja, tumbuhan luar biasa ini turut mempunyai beberapa nama lain seperti King Salad , Intan Berayun dan Kenikir. NAMA SPESIES: COSMOS CAUDATUS KELUARGA: ASTERACEAE ASAL: AMERIKA LATIN CIRI-CIRI: DAUN ADALAH BERGARIS DAN BERBENTUK OVAL ATAU SEGI TIGA ANAK DAUN BERWARNA HIJAU TUA, KESAT DAN RUNCING BERBUNGA KECIL BERWARNA UNGU ATAU KUNING MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 2 METER        Manfaat Ulam Raja untuk kesihatan adalah seperti berikut: Melancarkan peredaran darah dalam badan Mencuci darah daripada bahan toksik Menguatkan tulang Merencatkan aktiviti sesetengah fungus at...

Eksplorasi Taman Herba Mini Dr Sweet: Bunga Kenanga

  Bunga yang sangat harum, bunga Kenanga!      Terdapat beberapa spesies pokok bunga yang ditanam di Taman Herba Mini Dr Sweet. Antara tumbuhan yang tumbuh mekar di taman kami adalah pokok bunga Kenanga. Pokok bunga Kenanga dikenali juga dengan pelbagai nama lain dari pelbagai bahasa, antaranya Y lang-Ylang, Lana-Lana, Kenongo dan Mato'oi. NAMA SPESIES: CANANGA ODORATA KELUARGA: ANNONACEAE ASAL: NATIF DI KAWASAN INDO MALAYAN CIRI-CIRI: DAUN BERWARNA HIJAU PEKAT DAN URAT DAUN JELAS KELIHATAN BUNGA KENANGA ADALAH DALAM BENTUK SATU JAMBAK KELOPAK BUNGA ADALAH PANJANG DAN SERING BERGULUNG MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN ANTARA 5 - 20 METER      B unga Kenanga adalah suatu tumbuhan unik yang sering meraih perhatian dalam tradisi majlis perkahwinan masyarakat Melayu turun temurun. Bukan sahaja popular, bunga Kenanga merupakan antara kuntuman bunga yang wajib disertakan untuk dijadikan bunga rampai.          Minyak ekstrak dari bunga...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Apa Itu Lemon Myrtle?

Lemon Myrtle, Ratu Herba Limau!      Lemon Myrtle atau nama lainnya limau Myrtle , limau wangi dahan besi dan serai pedas adalah sejenis tumbuhan herba yang mengeluarkan aroma lemon yang bukan sahaja wangi malah menyegarkan. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari Queensland, Australia ini merupakan antara tumbuhan herba yang mampu hidup subur dalam keadaan cuaca di Malaysia dan turut ditanam di kebun kami di Serdang.  NAMA SPESIES: BACKHOUSIA CITRIODORA KELUARGA: MYRTACEAE ASAL: SUBTROPIKA AUSTRALIA CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN BERBENTUK MATA TOMBAK BUNGA BERWARNA PUTIH KRIM DAN BERKELOMPOK DI HUJUNG DAHAN MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 20 METER     Daun Lemon Myrtle yang dihancurkan mengeluarkan wangian sitrus lemon yang amat kuat sehingga mendapat gelaran 'The Queen of Lemon Herbs'. Selain itu, pokok Lemon Myrtle juga dikatakan berbau lebih seperti lemon berbanding lemon sendiri.     Lemon Myrtle kian popular dalam kalangan pencinta herb...