Dr Irfan Unal

 Sambung Nyawa Batik, Tumbuhan Bercorak Menarik Seperti Batik!


    Pokok Sambung Nyawa mempunyai pelbagai variasi dan antara spesies Sambung Nyawa yang terkenal adalah Sambung Nyawa Batik. Sambung Nyawa Batik senang dikenali kerana corak daunnya seakan batik, iaitu warna ungu daun bercampur warna hijau urat daun tersebut.



NAMA SPESIES:
GYNURA PSEUDOCHINA VAR. HISPIDA

KELUARGA:
ASTERACEAE

ASAL:
ASIA TENGGARA

CIRI-CIRI:
MEMPUNYAI CORAK TEPI DAUN YANG BERSEGI
DAUN BERWARNA UNGU DAN URAT DAUN BERWARNA HIJAU
BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN 1.3 METER



Kenali manfaat menarik yang ada pada Sambung Nyawa Batik:
  • Melancarkan aliran haid
  • Mengimbangi tekanan darah
  • Melegakan sakit kepala
  • Merawat luka ringan dan penyakit kulit
  • Mengurangkan kadar kolestrol dan kencing manis
  • Mnegurangkan risiko serangan penyakit jantung


    Daun Sambung Nyawa Batik ini bukan sahaja enak dimakan sebagai ulam atau salad, tetapi ia juga enak dicampur dalam ramuan telur dadar atau masakan kerabu sayur. 

    Terdapat dua spesies tumbuhan Sambung Nyawa yang ditanam di Kebun Reyhan kami dan akan mula dipasarkan kepada orang ramai setelah kebun siap untuk dibuka, iaitu Sambung Nyawa Hijau dan Sambung Nyawa Batik. Ikuti posting kami yang akan datang untuk mendapatkan info mengenai tumbuhan Sambung Nyawa Hijau pula!
Dr Irfan Unal

Pegaga, Ulam Berkhasiat yang Tumbuh Melata!


    Di Kebun Reyhan, kami mengusahakan berbagai-berbagai jenis tanaman herba dan ulam-ulaman dan salah satunya adalah tumbuhan Pegaga. Dalam Bahasa Inggeris, tumbuhan ini dipanggil sebagai Indian Pennywort atau Asiatic Pennywort. Selain mudah ditanam di dalam pasu, Pegaga secara amnya tumbuh secara melata di kawasan tropika terutamanya di kebun, ladang atau padang rumput.




NAMA SPESIES:
CENTELLA ASIATICA

KELUARGA:
MACKINLYACEAE

ASAL:
ASIA TROPIKA

CIRI-CIRI:
BERSAIZ KECIL, PENDEK DAN MENJALAR
MEMPUNYAI DAUN LEBAR BERBENTUK BULAT
MEMPUNYAI TANGKAI DAUN YANG PANJANG BERWARNA HIJAU


Apakah khasiat yang terdapat pada tumbuhan Pegaga?
  • Melawaskan air kencing
  • Merawat masalah cirit birit
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menguatkan daya ingatan
  • Mengekalkan awet muda
  • Merawat panas badan
  • Penawar batu karang, ulser dan kencing berdarah

    Selain dimakan sebagai ulam, anda juga boleh membuat jus Pegaga sebagai minuman tonik kesihatan. Hanya cuci Pegaga sehingga bersih, kisarkan dan sedia untuk diminum segar-segar! 


Dr Irfan Unal

 Cekur, Rempah Perisa yang Berbau Harum!


    Cekur atau nama lainnya Maraba, Finger Root, Aromatic Ginger dan Kencur (dalam bahasa Jawa) adalah sejenis tumbuhan yang ditanam secara meluas di Malaysia termasuklah di Kebun Reyhan kami. Cekur sering digunakan dalam masakan pecel iaitu masakan ala Jawa yang sohor di sekitar negeri Johor. Pecel merupakan ikan keli dibakar atau daging ayam bakar. 




NAMA SPESIES:
KAEMPFERIA GALANGA

KELUARGA:
ZINGIBERACEAE

ASAL:
BURMA DAN NATIF DI INDIA

CIRI-CIRI:
DAUN TERSUSUN RAPI PADAT BERBENTUK ELIPTIK
BUNGA BERWARNA PUTIH TUMBUH DI TENGAH DAUN
MEMPUNYAI SAIZ RIZOM YANG KECIL DAN BERBAU AROMATIK
AKAR BERGENTIAN DAN BERISI


Apakah kebaikan yang boleh diperoleh dari Cekur?
  • Ekstrak Cekur digunakan sebagai repellent nyamuk
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meredakan kembung perut
  • Mencantikkan kulit dan awet muda 
  • Meredakan sakit otot dan sengal badan
  • Meningkatkan pengeluaran susu ibu
  • Melawaskan sistem pencernaan

    Selain ditanam di atas batas tanaman dengan cahaya matahari yang banyak serta air yang cukup, tumbuhan ini juga boleh ditanam di dalam pasu. Jika anda ingin menanam pokok Cekur, boleh terus berurusan dengan kami untuk pembelian tumbuhan Cekur di Kebun Reyhan setelah Kebun Reyhan dibuka tidak lama lagi!
    



Dr Irfan Unal

 Tenggek Burung, Tumbuhan Ulam Berkhasiat!


    Pernah dengar tentang Tenggek Burung? Tumbuhan ini dikenali sebagai Tenggek Burung kerana dikatakan burung-burung kecil suka hinggap di tumbuhan renek ini. Selain menjadi sarang untuk burung bertelur, tumbuhan ini juga boleh dimakan sebagai ulam. Pucuk daunnya rasa sedikit pahit, masam dan kelat dan enak dimakan bersama nasi serta sambal belacan.




NAMA SPESIES:
EUODIA RIDLEYI

KELUARGA:
RUTACEAE

ASAL:
ASIA TENGGARA

CIRI-CIRI:
MEMPUNYAI BANYAK DAHAN DAN RANTING
DAUN TUA BERWARNA HIJAU PEKAT DAN TEBAL
DAUN PUCUK BERWARNA HIJAU MUDA DAN LEMBUT
BUNGA BERWARNA PUTIH DALAM  BEBERAPA JAMBAK
MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN 2-3 METER



Khasiat memakan pucuk Tenggek Burung untuk kesihatan adalah:

  • Merawat tekanan darah tinggi
  • Mencegah serangan darah tinggi
  • Melancarkan peredaran darah
  • Menghilangkan lenguh di badan
  • Mengecutkan rahim dan menyegarkan badan wanita yang baru bersalin
  • Meningkatkan fungsi organ seks bagi lelaki


    Di Kebun Reyhan, kami turut mengusahakan tanaman Tenggek Burung. Tumbuhan berkhasiat ini akan mula dijual kepada orang ramai setelah Kebun Reyhan siap untuk dibuka untuk lawatan umum. Nak tahu apa lagi tumbuhan ulam-ulaman yang ditanam di kebun kami? Ikuti posting kami yang akan datang!