Skip to main content

Apa Itu Buah Ajaib?

 Buah Ajaib - Tumbuhan Unik Pengubah Rasa!


Buah ajaib


Pernah dengar tentang 'buah ajaib'?

Jika anda belum pernah makan buah ajaib ini, pasti anda teringin untuk mencubanya!

Buah ajaib atau nama Inggerisnya Miracle Berry atau Miracle Fruit merupakan tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Barat. Buah ini dikatakan ajaib kerana apabila anda makan buah ajaib dan kemudian anda cuba makan benda lain seperti buah lemon yang masam, anda akan mendapati buah lemon tersebut sudah tidak rasa masam lagi sebaliknya ia akan rasa manis seperti gula-gula. Jadi anda boleh makan lemon dengan mudah. Sungguh menakjubkan!


Reaksi pertama setelah mencuba buah ajaib


Buah ajaib boleh mengubah rasa


Selain sifatnya yang unik, buah ajaib juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri yang bermanfaat untuk kesihatan. Antaranya:

Mengawal paras gula dalam darah ✨
Buah ajaib digelar superfruit kerana ia kaya dengan antioksidan dan nutrisi penting yang dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah.

Membantu dalam menurunkan berat badan ✨
Setiap biji buah ajaib hanya mengandungi 1 kalori sahaja dan sifar lemak. Jadi, jika anda peminat tegar makanan manis, gantikan makanan manis yang tidak sihat kepada buah ajaib dalam diet seharian.

Membantu membaiki deria rasa bagi pesakit kanser ✨
Pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi sering mengalami masalah kehilangan deria rasa yang boleh menyebabkan pemakanan mereka terganggu.

Meningkatkan selera makan ✨
Jika anda seorang yang memilih dari segi sayur-sayuran dan buah-buahan, contohnya buah nenas dan sayur brokoli, buah ajaib boleh membantu membuatkan sayur atau buah tersebut rasa lebih enak supaya kena dengan tekak anda.


Buah ajaib sebagai alternatif gula

Buah ajaib sering menjadi pilihan individu yang mementingkan kesihatan dan amat disyorkan kepada pesakit diabetes kerana ia bukan sahaja bersifat pengubah rasa bahkan ia merupakan alternatif gula semulajadi yang dapat membantu mengurangkan pengambilan gula dalam diet seharian.


Pokok buah ajaib di Kebun Reyhan


Di Kebun Reyhan, kami turut menanam pokok-pokok buah ajaib yang sekarang sedang berbuah lebat!

Jika anda mahu mencuba buah ajaib ini, boleh dapatkan sekarang melalui no kami di: 019-5466443

Anda juga boleh buat pembelian secara terus di laman web kami: www.herbalwise.com.my

Atau anda boleh dapatkan buah ajaib di:

Lazada:
https://www.lazada.com.my/shop/herbalwise-holdings/
https://www.lazada.com.my/shop/steviasugar/

Shopee:
https://shopee.com.my/herbalwise.holdings
https://shopee.com.my/steviasugar


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...