Skip to main content

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac (Momordica cochinchinensis) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd. Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina.




Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok. 


Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid.

Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya dengan avokado), tidak manis, sedikit savori, dan mempunyai tekstur yang lembut. Kerana kulit luar buah Gac tidak boleh dimakan, kita hanya makan isinya sahaja. Orang Barat merujuk Gac sebagai "buah dari syurga" kerana ia adalah ubat yang sangat berharga yang tidak memerlukan kos untuk mendapatkannya.

Banyak kajian mendapati buah Gac mengandungi minyak pati merah yang kaya dengan vitamin. Bahan utama ialah b-karotena, likopena, dan alfa-tokoferol, yang 68 kali lebih tinggi daripada tomato.


  • Beta-karotena membantu menghasilkan vitamin A untuk meningkatkan penglihatan dan memainkan peranan penting dalam kecantikan wanita.

  • Likopena ialah antioksidan yang sangat penting, membantu "memusnahkan" sel-sel yang berasal dari kanser. Menurut kajian oleh Universiti California, kandungan likopena dalam minyak pati Gac adalah 70 kali lebih tinggi daripada tomato.

  • Alfa-tokoferol mempunyai keupayaan untuk mengurangkan pembiakan sel kanser dan menjadikan kulit lembut dan lembap.


Namun, membran merah (isi buah) mempunyai paling banyak khasiat dengan manfaat padat antioksidan vitamin E dan sel anti-penuaan. Itulah sebabnya apabila menggunakan bahagian Gac, ramai orang sering memilih bahagian membran.

Ia sering dicampurkan dengan beras pulut untuk menghasilkan hidangan Vietnam yang dikenali sebagai pulut Gac dan efisien dalam menangani masalah defisiensi vitamin A. Selain itu, lapisan kulit nipis di sekeliling biji Gac juga mengandungi banyak vitamin E - bahan yang membantu melawan pengoksidaan dan penuaan sel.


Berikut adalah manfaat buah Gac untuk kesihatan:


1. Mencerahkan mata dan meningkatkan kesihatan mata

Minyak pati Gac mengandungi kandungan beta karotena yang cukup banyak. Apabila ia masuk ke dalam badan, ia bertukar menjadi vitamin A, yang bagus untuk mata.


2. Mencegah kanser

Likopena dalam Gac mempunyai keupayaan untuk mencegah kanser dan menghadkan pertumbuhan sel kanser. Manakala, karotena dan vitamin B akan meneutralkan karsinogen sehingga 75%, terutamanya dalam kes seperti kanser payudara atau kanser prostat.


3. Meningkatkan kesihatan kulit

Buah Gac telah menjadi salah satu bahan utama dalam rawatan jerawat, dan mempunyai sifat anti-penuaan. Ia merupakan ramuan kosmetik popular di pasaran.


4. Menyembuhkan buasir

Anda boleh menggunakan biji Gac yang telah dihancurkan, tambah sedikit cuka, balut dengan kain, dan tuam pada dubur semalaman. Amalkan setiap malam.


5. Mengurangkan paras kolestrol jahat dalam tubuh

Kolesterol berlebihan dalam darah akan berkurangan dengan ketara jika anda makan Gac secara konsisten dan sederhana. Ia juga akan menguatkan dinding saluran darah, melawan aterosklerosis, meningkatkan kesihatan sistem peredaran darah, mencegah penyakit kardiovaskular, dan meningkatkan jangka hayat.


6. Merawat masalah kesihatan lain

Biji kernel Gac mengandungi minyak kuning yang sering digunakan untuk merawat bisul, beguk, bengkak, kudis dan saluran susu tersumbat.

Berhati-hati apabila mengamalkan buah Gac!


Buah Gac mengandungi toksik dan boleh menyebabkan keracunan jika tidak digunakan dengan betul. Anda wajib tahu bahagian mana yang boleh digunakan dan dihadkan. 


Bagaimana untuk memilih buah Gac yang betul?

Semasa memilih buah Gac, anda harus memilih buah yang berbentuk bulat, berduri banyak, mempunyai kulit berwarna merah-oren, berat apabila diangkat, dan masih utuh (tidak rosak atau lebam kerana buah akan cepat busuk). 


Bolehkah buah Gac dimakan mentah?

Tidak. Buah Gac tidak boleh dimakan mentah. Kerana Gac mengandungi komponen beracun, dan hanya buah Gac yang telah diproses boleh digunakan. Biji Gac, sebagai contoh, mengandungi toksin berbahaya. Sebelum menggunakan biji ini, ia mesti dipanggang terlebih dahulu.


Bolehkah bahagian buah yang berwarna kuning dimakan?

Ya. Bahagian berwarna kuning ini dikenali sebagai pulpa. Ia boleh diamalkan di dalam masakan tetapi ramai tidak mengesyorkannya kerana:

  • Ia tidak mempunyai warna yang menarik
  • Ia mudah reput dan melalui proses penapaian yang cepat
  • Meningkatkan kadar vitamin A dalam masakan apabila digunakan bersama isi buah, dan menyebabkan sakit perut dan keracunan


Cara mengamalkan buah Gac yang betul:

  • Anda tidak digalakkan untuk menyalahgunakan Gac. Walaupun buah Gac adalah buah yang berkhasiat, ianya  tidak boleh diamalkan secara berlebihan kerana "terlalu banyak" itu tidak baik.
  • Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan badan berlebihan vitamin A, seterusnya mengakibatkan kuning atau keracunan vitamin A.
  • Pakar perubatan mengesyorkan bahawa biji Gac harus digunakan dengan betul, dan tidak boleh diamalkan terus secara dimakan atau diminum. Ia perlu ditukar kepada bentuk topikal (kegunaan luar) dengan syarat biji Gac telah diproses seperti dipanggang (Tradisionalnya, biji gac hanya direndam di dalam alkohol dan ini tidak digalakkan), dan digunakan secara sederhana.
  • Minyak pati Gac tidak boleh digunakan untuk masakan kerana karotena yang terkandung di dalamnya mudah musnah pada suhu tinggi. Oleh itu, minyaknya hanya perlu digaul dalam hidangan. 


Cara memelihara buah Gac:

Untuk mengekalkan kesegaran Gac dalam jangka masa yang lama, asingkan bahagian isi dari biji. Masukkan buah Gac ke dalam peti sejuk untuk kekal lama.

Jika Gac hanya disimpan di dalam peti sejuk, ia boleh digunakan selama 1 minggu, tetapi apabila dibekukan, Gac boleh disimpan selama setahun.



Dapatkan pokok eksotik Gac dari Kebun Reyhan kami!






Laman web: https://herbalwise.com.my/shopmain/

Lazada: lazada.com.my/steviasugar / lazada.com.my/herbalwise-holdings

Shopee: shopee.com.my/steviasugar / shopee.com.my/herbalwise.holdings

Contact: 03-89223161 / 019-5466443













Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Terung Asam?

  Terung Asam, Buah Terung yang Popular di Sarawak!      Pokok Terung Asam ataupun dikenali sebagai Terung Dayak merupakan sejenis tumbuhan renek berbuah yang terkenal di Sarawak. Buah Terung Asam berwarna hijau ketika muda dan bertukar kuning oren kemerahan ketika sudah matang. Disebabkan rasa buahnya yang masam seperti tomato, ia sering digunakan dalam masakan seperti masakan asam pedas, sambal atau kari. NAMA SPESIES: SOLANUM LASIOCARPUM  KELUARGA: SOLANACEAE ASAL: ASIA TENGGARA, PAPUA NEW GUINEA, AMERIKA SELATAN CIRI-CIRI: BATANG POKOK BERWARNA HIJAU DAN AGAK BERBULU BUNGA BERWARNA PUTIH DAN KUNING DI BAHAGIAN TENGAH BUAH BERBENTUK BULAT ATAU BULAT LEPER MAMPU MENCAPAI KETINGGIAN SEHINGGA 1 METER  Manfaat yang terdapat pada pokok Terung Asam adalah: Mengawal tekanan darah Mengurangkan risiko penyakit jantung Menstabilkan gula dalam darah Memerangi Osteoporosis Menurunkan risiko kanser Membantu menurunkan berat badan Merawat masalah kulit seperti kudis dan luka Melindungi dari pe

Apa Itu Pokok Chaya?

  Pokok Chaya, Tumbuhan Berdaun Seperti Daun Betik! Pernah dengar tentang Pokok Chaya ? Pokok Chaya atau nama lainnya Bayam Suria merupakan tumbuhan yang tumbuh tinggi, mempunyai daun seakan daun betik dan berbatang seperti batang ubi. Tumbuhan ini hidup dengan subur di kawasan lembap dan kering serta ada ditanam di Kebun Reyhan kami.  NAMA SPESIES: CNIDOSCOLUS ACONITIFOLIUS  KELUARGA: EUPHORBIACEAE ASAL: SEMENANJUNG YUCATAN DI MEXICO CIRI-CIRI: MEMPUNYAI DAUN YANG LEBAR BERSAIZ OBLONG YANG PANJANG BATANG POKOK BERWARNA COKLAT KELABU MUDA DENGAN GARIS-GARIS GELAP  MENGANDUNGI LATEKS BERWARNA PUTIH  BOLEH MENCAPAI KETINGGIAN HINGGA 6M Manfaat Pokok Chaya untuk kesihatan adalah: Untuk mencegah diabetes Untuk menurunkan paras kolesterol Untuk melancarkan peredaran darah Untuk melancarkan penghadaman Untuk mencegah batuk Untuk merawat insomnia Untuk memerangi artritis Untuk mencegah anemia Untuk merawat penyakit kulit Untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak      Pokok Chaya terken