Skip to main content

Buah Kristal / Matoa / Kasai - buah eksotik/nadir Papua adik-beradik Laici?

Buah kristal dikenali secara botani sebagai Pometia pinnata dan merupakan ahli keluarga sapindaceae yang eksotik seperti laici, rambutan dan longan. Ia dirujuk sebagai "buah khas dari Papua" dan dipanggil Ton atau Taun di pulau Papua New Guinea, Buah Matoa di Indonesia, dan Buah Kristal atau Kasai di Malaysia Barat.

Ia didapati tumbuh meluas di Indonesia, sekitar pulau Sulawesi, Maluku, Maluku Utara, dan Borneo, tetapi buah ini tidak berapa dikenali di Malaysia kerana sifat nadirnya. 



Berbeza dengan rambutan yang mempunyai campuran rasa masam dan manis, buah kristal mempunyai rasa manis yang lebih kuat seperti buah longan atau laici, dengan tekstur yang lembut dan berair. Ia boleh didapati dalam warna hijau dan kuning ketika muda, dan merah, coklat dan ungu ketika masak. 

Saiz buahnya tidaklah besar dan tidaklah kecil, kira-kira 5-7cm panjang dan 3cm lebar. Anda boleh menikmati buah ini secara segar, menambahnya ke dalam minuman, menyimpannya dalam sirap, atau pelbagai cara lain yang menyelerakan.


Buah kristal yang diakui terbaik adalah buah yang berasal dari Papua. Varieti buah kristal yang terkenal di sana ialah Matoa Kelapa dan Matoa Papeda. 


(Matoa kelapa & matoa papeda)

Matoa Kelapa agak besar dengan diameter buah 3.0 - 3.5 cm, manakala Matoa Papeda sekitar 2.5-3.0 cm. Isi Matoa Kelapa didapati lebih tebal dan keras berbanding dengan Matoa Papeda yang nipis dan lembut. 

Sepohon pokok kristal boleh mencapai ketinggian sehingga 10-12 meter, dengan diameter 30-40cm, dimana ia boleh menghasilkan 80-100kg buah. Jika dijaga dengan baik, ia boleh mencapai ketinggian sehingga 18-20 meter, dengan diameter 100cm, dan menghasilkan sekitar 200kg buah. 

Musim menuai buah ini biasanya setahun sekali iaitu pada musim tengkujuh. Kita digalakkan untuk kerap pangkas pokok ini supaya dapat memudahkan proses penuaian buah dan merangsang pengeluaran buah. 

Bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri, telah mengakibatkan tumbuhan ini semakin melonjak populariti kerana usaha galakan penanaman pokok asli Indonesia yang mampan, seperti buah kristal. 

Ia sukar ditemui di semenanjung Malaysia, tetapi di kawasan Sarawak dan Borneo, buah kristal dijual secara lambak dalam tandan di pasar. Kayu dari pokok ini pula digunakan untuk pembuatan perabot dan pembinaan rumah di sana.

Buah kristal mempunyai nilai pasaran yang tinggi sekitar IDR50,000-IDR65,000 sekilo, bersamaan RM15-RM20 sekilo. Ia mungkin boleh dijual dengan lebih mahal di Semenanjung Malaysia kerana sangat jarang ditemui, namun permintaannya jelas tinggi. 

Pengamalan buah kristal di Indonesia masih terhad kepada golongan kelas tertentu seperti separuh atasan kerana ianya mahal dan hanya dijual di pasaraya terkenal. Buah kristal yang paling digemari ramai termasuk pembekal buah-buahan dan pasaraya adalah buah yang berkulit merah kerana warnanya yang menyerlah.

Penanaman buah kristal boleh dijadikan sebagai suatu pelaburan di Malaysia. Tumbuhan ini tahan lasak, dan mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap serangga perosak. Ia juga mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran sejuk dan panas, dan tumbuh dengan baik di tanah kering. Justeru, ia terbukti sesuai dengan cuaca negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun. 

Di tempat asalnya, buah kristal bukan sahaja terkenal sebagai makanan istimewa yang enak, ia juga sangat berkhasiat. Orang tempatan telah menggunakan buah ini sebagai ubat tradisional. 


Berikut adalah beberapa manfaat kesihatannya:


1. Menguatkan sistem imunisasi badan

Buah kristal sangat tinggi dengan manfaat vitamin dan mineral terutamanya vitamin C. Di Papua, terdapat satu pepatah yang menyebut “Semangkut matoa sehari dapat menjauhkan penyakit”. 


2. Menstabilkan paras tekanan darah yang tinggi

Buah kristal mempunyai bahan diuresis, yang membantu mengoptimakan tahap tekanan darah dan mengeluarkan jumlah tertentu cecair badan, seterusnya mengurangkan tekanan darah tinggi.


3. Melegakan tekanan

Sebahagian daripada sebatian dalam buah ini berfungsi sebagai penenang semula jadi yang mendorong kita ke keadaan yang lebih tenang atau lebih santai.


4. Mencegah penyakit kronik

Tannis dalam buah ini berfungsi sebagai agen antioksidan yang menangkas dan merencatkan aktiviti radikal bebas berbahaya dalam badan. Radikal bebas ini akan menyerang dan merosakkan sel-sel badan dan menyebabkan penyakit kronik seperti strok atau diabetes.


5. Menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang sihat 

Buahnya sangat kaya dengan vitamin C dan E dan menjadi agen antioksidan yang berkesan untuk mengekalkan kesihatan kulit. Ia juga mempunyai anti-mikrob yang memerangi bakteria penyebab jerawat.



Dapatkan pokok eksotik buah Kristal dari kebun reyhan kami!



Laman web: https://herbalwise.com.my/shopmain/

Lazada: lazada.com.my/steviasugar / lazada.com.my/herbalwise-holdings

Shopee: shopee.com.my/steviasugar / shopee.com.my/herbalwise.holdings

Contact: 03-89223161 / 019-5466443


Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...

Your Most-Needed Health Benefits...found in Mulberries!

Mulberries...so delicious and healthy, yet so rare amongst Malaysian households. But no worries, we have got you covered...wholesome goodness in just a small bottle!  Why you must consume mulberries?  1) Antioxidant Powerhouse - Dried mulberries are an excellent source of anthocyanins, a group of antioxidants known for their anti-inflammatory properties. They have also been used to improve blood circulation. Dried mulberries contain another compound called resveratrol, the same potent antioxidant found in red wine and peanuts that is revered for its anti-aging effects. Studies indicate that resveratrol may lower blood pressure and reduce the risk for heart disease. 2) Plentiful Source of Fiber - A single serving of mulberries contains nearly 20 percent of your recommended fiber intake. Most people consume far less than the recommended amount so snacking on dried mulberries is a great way to boost the fiber content of your diet. These delicious fruits are ...