Skip to main content

Tumbuhan Eksotik/Nadir Unik, Buah Mentega Kacang - Rasa Seperti Mentega Kacang!

Buah Mentega Kacang, Peanut Butter Fruit, Wild Cherry atau Caferana (nama botani: Bunchosia grandulifera) adalah buah yang berasal dari Andes Amerika Selatan dan merupakan sepupu jauh kepada pokok ceri acerola. Ia menghasilkan buah-buahan yang berwarna oren kemerahan, dan mempunyai pulpa merah berkrim dengan rasa manis seperti MENTEGA KACANG. Bentuk buahnya seiras kopi dan dipanggil caferana atau falso guarana (guarana palsu) di Brazil.



Tidak dinafikan lagi, buah mentega kacang mempunyai nilai pemakanan tinggi dengan manfaat anti-oksidan, anti-penuaan, serat, vitamin C dan kalsium. Amalan berterusan dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol dan mengekalkan kesihatan jantung. Ia juga mempunyai kesan positif pada saraf kita dan meransangkan kecerdasan minda disebabkan oleh kandungan kafein.

 

Ia juga mengandungi folat (asid folik) yang membantu tubuh kita untuk membentuk sel darah merah, dan sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu mengandung. Pengambilan folat yang mencukupi dapat mengurangkan risiko kecacatan janin. Selain itu, ia juga bagus untuk kesihatan lelaki kerana membantu mengurangkan risiko kanser prostat.

 


Waktu terbaik untuk menikmati buah ini adalah apabila dipetik terus dari pokok! Ini kerana, buah mentega kacang mempunyai jangka hayat yang pendek, dan perlu disejukkan selama beberapa hari atau dibekukan terus dengan mengasingkan isi dari bijinya. Jadi, tidak hairanlah kenapa buah ini sukar ditemui di pasaraya secara segar kerana jika tidak dipantau dengan baik, buah ini akan masak dalam tempoh 12 jam sahaja. 




Buahnya sudah masak ranum apabila bertukar warna dari kuning-jingga ke merah, dan mempunyai rasa gula pekat yang manis dan lembut seperti buah ara kering atau American persimmon (pisang kaki Amerika). Biji yang telah dipanggang pula mempunyai rasa seperti kacang jagus. Selalunya, isi pulpa yang melekit sering kali dibuat jem, perasa makanan, pelbagai jenis manisan, atau dikeringkan.




Buah eksotik ini digemari oleh kedua-dua orang dewasa dan kanak kanak, dan sering kali menarik hidupan liar seperti burung, kelawar, tupai dan rakun ke laman anda! Ia sangat mudah tumbuh, low maintenance (memerlukan penjagaan minima) dan sesuai ditanam di Malaysia yang mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun. 

Jom dapatkan pokok mentega kacang dari Kebun Reyhan kami!



Cara order

Laman web: https://herbalwise.com.my/shopmain/

Lazada: lazada.com.my/steviasugar / lazada.com.my/herbalwise-holdings

Shopee: shopee.com.my/steviasugar / shopee.com.my/herbalwise.holdings

Contact: 03-89223161 / 019-5466443

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Buah Pulur?

  Biji yang Kaya Khasiat,  Buah Pulur!     Buah Pulur merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang amat popular di negeri Sabah dan Sarawak. Selain dikenali sebagai Buah Pulur, buah ini turut dipanggil Buah Kamangsi, Buah Keluwih, Buah Kulor atau nama Inggerisnya Breadnut.      Walaupun rupa Buah Pulur seakan Buah Sukun, namun sebenarnya ia agak berbeza. Jika dilihat dengan lebih dekat, perbezaan boleh dilihat pada kulit luarannya kerana Buah Sukun tidak berduri tetapi Buah Pulur mempunyai kulit berduri.  NAMA SPESIES: ARTOCARPUS CAMANSI KELUARGA: MORACEAE ASAL: NEW GUINEA, PULAU MALUKU DAN FILIPINA CIRI-CIRI: BERBULU HALUS WARNA PUTIH/PUTIH KEMERAHAN ATAS DAN BAWAH PERMUKAAN URAT DAUN, BAWAH PERMUKAAN DAUN DAN PETIOLE POKOK MENGELUARKAN GETAH BERWARNA PUTIH DAN MELEKIT BUAH BERBENTUK GLOBULAR DAN BERWARNA HIJAU KEKUNINGAN KETINGGIAN POKOK LEBIH 20 METER      Selain itu, Buah Pulur mempunyai banyak biji yang kaya dengan nutri...

Buah Gac @ Gac Fruit - Semua yang Wajib Tahu Mengenai Buah Eksotik Dari Vietnam Ini

Buah Gac ( Momordica cochinchinensis ) ialah buah berduri oren terang yang tergolong dalam genus melon dan berasal dari Asia Tenggara, khususnya Vietnam. Ia juga dikenali sebagai baby jackfruit, bitter gourd, sweet gourd, atau Cochinchin Gourd . Ia dituai hanya dua kali setahun (pada bulan Disember dan Januari) dan biasanya digunakan di Vietnam pada majlis-majlis khas serta dalam perubatan tradisional Cina. Tumbuhan ini merupakan herba menjalar yang boleh membesar sehingga 15 meter panjang dan agak kuat. Kulitnya berduri padat dan mengeluarkan bunga kuning besar yang boleh menjadi jantan atau betina. Buahnya berbentuk bujur, dengan permukaan berketul-ketul dan berduri, serta berdiameter 15-20cm bergantung kepada perkembangan pokok.  Di dalamnya terdapat isi merah terang dengan biji berwarna coklat yang rata dan bergerigi. Di Vietnam, terdapat tiga spesies yang dikenali: Gac sticky rice, Gac fruit, dan Gac hybrid. Buah Gac mempunyai rasa ringan (sesetengah orang membandingkannya ...

Apa Itu Ashitaba?

Ashitaba, Superfood dari Pulau Okinawa!      Pokok Ashitaba merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari keluarga lobak merah. Perkataan 'Ashita' membawa erti esok dan 'Ba' bermaksud daun. Gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud 'Daun Esok Hari' atau bahasa Inggerisnya Tomorrow's Leaf.     Tumbuhan yang berasal dari negara matahari terbit ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun daunnya telah dipetik, keesokan harinya akan muncul tunas yang baru. Bukan itu sahaja, daun dan batang pokok Ashitaba yang telah dipotong mengeluarkan getah pekat berwarna kuning yang dikenali sebagai Chalcone.           Chalcone mengandungi bahan aktif 4-hydroxyderrincin yang telah dikaji mampu menjadi ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, Chalcone juga kaya dengan antioksidan  malah kandungan antioksidannya adalah jauh lebih tinggi berbanding pokok teh hijau.  NAMA SPESIES: ANGEL...